Sunday, January 24, 2016

PERKONGSIAN PENGALAMAN DARIPADA ALUMNI DARUL WARDAH

Alhamdulillah, pada kali ini warga Darul Wardah dikunjungi oleh salah seorang alumni Darul Wardah yang sudi berkongsi pengalaman sepanjang beliau tinggal di Darul Wardah suatu ketika dahulu. Kini, beliau telah berjaya dalam pelajaran dan berusaha untuk menjadi muslimah yang lebih baik dari hari ke hari.

Setelah 4 tahun meninggalkan Darul Wardah, beliau muncul semula untuk berdakwah bersama kami. Saat beliau menjejakkan kami semula ke Darul Wardah, air mata beliau tidak henti-henti mengalir, terimbau kenangan lalu yang amat perit dan sukar untuk dilupakan. Beliau juga seperti kebanyakan pelatih yang lain, masuk ke Darul Wardah kerana telah mengandung setelah melakukan hubungan terlarang dengan kekasih sendiri.


Namun, Alhamdulillah beliau tidak mengambil jalan yang salah daripada menggugurkan anak itu sebaliknya di Darul Wardah, beliau berusaha sebaik mungkin untuk berubah dan menjadi muslimah yang lebih baik.



Dalam kesedihan, beliau tetap meneruskan perkongsian kepada para pelatih yang ada.

Antara perkongsian daripada beliau,

“Saya masih ingat saat saya dihantar oleh mak ayah ke DARWA, saya ditinggalkan begitu sahaja. Mak ayah saya langsung tak pernah melawat saya di sini kerana sangat marah dengan apa yang telah saya lakukan. Segala kelengkapan untuk menyambut kelahiran anak saya, saya guna baki duit PTPTN yang masih berbaki. Saya terpaksa menangguh pengajian kerana telah mengandung dan tidak mahu kawan-kawan yang lain tahu”.
“Sepanjang saya di Darul Wardah, saya cuba memperbaiki diri. Saya hanya bersendiri ketika itu tanpa sokongan ahli keluarga. Tapi saya tahu semua tu salah saya. Saya cuba berubah jadi anak yang baik kepada mak ayah sebab saya dah banyak sakitkan hati mereka”.


Ketika ujian terus menimpa
Di saat seolah-olah tidak ada yang membantu
Di waktu seolah-olah tidak ada yang menolong
Itu mungkin teguran dari Allah
Agar kita sedar bahawa hanya Allah tempat bergantung
Supaya kita ingat
Hanya Allah tempat memohon pertolongan


“Bukan saya nak riak, tapi Alhamdulillah sejak saya masuk DARWA, saya tak pernah tinggal Qiamullail sampaikan saat di malam saya sakit nak bersalin pun saya kuatkan diri untuk bangun qiam. Saya kata, ‘aku tak qiam lagi malam ni’. Alhamdulillah, Allah hilangkan langsung sakit waktu tengah solat tu.”.


“MUSIBAH yang membuatkan kita makin dekat pada Allah lebih baik daripada KENIKMATAN yang membuatkan kita lupa mengingati Allah”.


“Hari-hari saya berdoa kepada Allah, ‘Ya Allah, berikan aku kesakitan yang sama macam mana mak aku rasa masa melahirkan aku’. Dan semasa saya nak bersalin saya rasa lebih daripada itu. Jantung anak saya berhenti tiba-tiba dan saya terpaksa dibedah. Tapi kuasa Allah, ubat bius langsung tidak berfungsi. Saya merasai bagaimana sakit dan peritnya ditoreh perut hidup-hidup walaupun untuk beberapa ketika.”

Saat itu hanya satu doa saya,


‘Ya Allah, jangan matikan aku sebagai seorang PENZINA’.


Malah setelah bersalin, saya masih lagi merasai kesakitan akibat daripada luka pembedahan. Luka pembedahan mengalami jangkitan kuman sehingga bernanah dan terpaksa mendapat rawatan. Sepanjang tempoh berpantang, saya hanya makan nasi putih dan ikan bilis bakar kerana takut luka saya semakin parah”.

“Saya hanya sempat menjaga anak saya dalam tempoh 30 hari sahaja dan kemudian mak ayah saya meminta anak saya diserahkan kepada keluarga angkat. Saya terpaksa menuruti kemahuan mak ayah walaupun saya ingin sekali menjaga anak saya. Tetapi demi menjaga hati mak ayah, saya serahkan juga anak saya kepada keluarga angkat. Dan hingga kini, saya tidak berpeluang untuk berjumpa dengan anak saya semula”.

Cerita beliau lagi, “Sepanjang saya tinggal di Darul Wardah, ada berlaku tempoh di mana saya seorang sahaja yang menjadi penghuni di Darul Wardah. Beberapa rakan yang lain keluar masuk dan ada yang lari dari Darul Wardah silih berganti. Ada yang lari melalui pagar belakang DARWA sehingga sanggup meredah ladang nenas yang penuh duri sehingga saya sendiri pelik, tak sakit ke dalam keadaan mengandung?.”

Kemudian, salah seorang penghuni bertanya kepada beliau, kenapa beliau tidak lari seperti kawan-kawan yang lain walaupun mempunyai peluang?

Jawab beliau, “Saya masih tidak bersedia untuk keluar kerana saya amat takut untuk menjalani kehidupan di luar lagi, hinggakan saya sendiri meminta tempoh kepada ustazah supaya dipanjangkan masa keberadaan saya di DARWA. Untuk membantu saya walaupun saya telah tamat dari menjalani pemulihan di DARWA, Ustazah Hazlina memberi pekerjaan kepada saya untuk menjadi pembantu di tadika milik ustazah sebelum saya menyambung semula pengajian saya”.


Hingga kini, ibu bapa beliau masih tidak dapat menerima dirinya dan dianggap seperti orang asing di rumah sendiri. Itulah harga yang terpaksa dibayar terhadap apa yang telah dilakukan. Beliau telah berusaha sebaik mungkin untuk memulihkan hubungan beliau dengan ibu bapa dan juga cuba menjadi hamba Allah yang lebih taat.


Hati kita milik ALLAH
Bila rasa sedih, berbaliklah pada ALLAH
Bila rasa keliru, berbaliklah pada ALLAH
Bila rasa gembira, berbaliklah pada ALLAH.


InsyaAllah, bila kita bersyukur dengan apa yang kita ada
Kita tidak akan risau dengan apa yang bukan milik kita.

Moga Allah Redha J


Tuesday, January 19, 2016

KENYATAAN AKHBAR - PEMILIHAN TEKS NOVEL PANTAI KASIH YANG DIJADIKAN TEKS WAJIB TINGKATAN EMPAT BAGI KOMPONEN SASTERA (KOMSAS), MOHON DIKELUARKAN DARI KURIKULUM




Pertubuhan Kebajikan Darul Wardah Selangor (DARWA) melahirkan rasa kesal apabila Novel Pantai Kasih dijadikan sebagai komponen sastera (Komsas) dalam mata pelajaran Bahasa Malaysia tingkatan empat.

Darul Wardah yang juga mengendalikan kes remaja hamil tanpa nikah di Rumah Perlindungan dan Pemulihan Wanita Darul Wardah Selangor berasa amat tidak wajar sama sekali Teks Novel Pantai Kasih yang boleh disifatkan berunsur lucah dijadikan sebagai salah satu bahan pembelajaran di sekolah menengah.

Pihak Darul Wardah berasa simpati dengan guru-guru yang bukan sahaja dibebani dengan pelbagai tugasan. Amanah kerja kadang kala menyebabkan guru terpaksa meninggalkan kelas. Remaja yang menjalani pemulihan di Rumah Perlindungan dan Pemulihan Darul Wardah memaklumkan, aktiviti yang mereka lakukan ketika ketiadaan guru adalah menonton video prono melalui telefon di belakang kelas!

Pendidikan adalah wahana untuk membetulkan kemanjadian manusia, menginsankan INSAN. Pihak kami menggesa panel pemilih supaya lebih berhati-hati, peka dan bertanggungjawab dalam pemilihan dan penilaian.

Pemilihan buku Pantai Kasih bertentangan dengan roh Falsafah Pendidikan Negara, Dasar Budaya Negara dan Dasar Sosial Negara. Teras Pendidikan yang berteraskan kepercayaan kepada Tuhan, kemuliaan akhlak, ketinggian akal budi tidak akan dicapai dengan sikap sambil lewa dan ambil mudah. Pendidikan hari ini akan mencorakkan generasi masa depan.

Pihak Darul Wardah menganggap bahawa langkah pencegahan adalah lebih baik dari merawat.

Justeru, Darul Wardah mengesa pihak Kementerian Pendidikan Malaysia untuk meneliti dan seterusnya mengambil tindakan menarik semula Novel Pantai Kasih yang menjadi novel Komponen Sastera (KOMSAS) dalam mata pelajaran Bahasa Malaysia tingkatan 4 dari kurikulum sekolah.

HAZLINA ABD RAZAK
PENGERUSI
PERTUBUHAN KEBAJIKAN DARUL WARDAH SELANGOR 

darulwardah@gmail.com

Sunday, January 10, 2016

SAMBUTAN MAULIDUR RASUL PERINGKAT DARUL WARDAH

Dengan nama Allah yang maha pemurah lagi maha mengasihani.
Salam dan selawat ke atas Nabi Muhammad SAW yang sangat mulia.

Alhamdulillah, bersempena sambutan Maulidur Rasul, Darul Wardah telah menganjurkan beberapa program untuk pelatih di sini. Program tersebut berlangsung selama 6 hari bermula dari 21 hingga 26 November 2015. Program yang dirangka berbentuk pertandingan yang memerlukan penglibatan semua pelatih dan perlu mewakili rumah masing-masing sama ada DARWA 1 atau DARWA 2 serta penglibatan individu. Tema yang telah dipilih adalah “CINTA ALLAH, KASIH RASUL”.

Antara yang dipertandingkan adalah pertandingan melukis banner, pertandingan memasak, rumah terbersih, bilik tercantik, kuiz Maulidur Rasul, berpantun, bersajak, persembahan, love letter, Muslimah Anggun dan juga Muslimah Idol. 

*Banner yang disediakan oleh pelatih dari DARWA 1 

*Banner yang disediakan oleh pelatih dari DARWA 2

Tema untuk pertandingan memasak adalah sajian petang dan peserta perlu menyediakan hidangan hanya berdasarkan barang-barang yang disediakan oleh pihak pengadil sahaja. Mereka perlu kreatif menyediakan hidangan dalam masa yang telah ditetapkan dan pemenang dipilih berdasarkan undian daripada pelatih Darwa sendiri tanpa mengetahui hidangan dari rumah mana yang telah dirasai oleh mereka.



  •  23 Disember 2015 - Pertandingan Master Chef Darwa 


*Pertandingan memasak... Pencarian Masterchef Darul Wardah.


*Para penyokong yang memberi sokongan padu J

*Anakanda yang turut turun padang memberi sokongan dalam pencarian Masterchef..


*Pening memikir nak masak apaaaa....

*Dah dapat idea... maka mulakan dengan bismillah dan salawat.. masterchef milik kami!!! J


*Sentuhan terakhir... dan feeling macam chef dahh.. hihi


*Akhirnya... milik siapakah gelaran masterchef Darul Wardah??? 


*Masa untuk memilih.. undilah dengan bijak!


*Sesi uji rasa... hidangan mana yang paling sedap.. reaksi muka memang tak boleh dibayang dengan kata-kata.. J


  • 23 Disember 2015 - Pertandingan Kuiz 


*Antara peserta yang bertanding.. habis confident...Wakil Rumah Darwa 2


*Baby pun nak tolong jugak kita kira markah... mohon jangan bias ye dikk..


*Semua pelatih khusyuk mendengar soalan yang ditanya.. penat mikir jawapan..


  • 24 Disember 2015 - Pertandingan Berpantun Darwa 

Seterusnya, pada keesokan harinya pula diadakan pertandingan pantun antara rumah yang juga bertemakan Cinta Allah, Kasih Rasul. Walaupun mereka tidak ada pengalaman dalam berpantun, tetapi mereka telah cuba yang terbaik sepanjang pertandingan berlangsung. Masing-masing menyerlahkan bakat terpendam yang disimpan selama ini. Masing-masing menunjukkan bakat terperam selama ini..Syabas!!


*Pelatih bersama Pengurus Darul Wardah, Cik Shikin..


*Kamilah gadis Melayu terakhir.. bersama penolong pengurus, Cik Syuhada.

*Kami ratu pantun sedunia... J


*Tapi kami yang menang cik adik... J


*Cantik berkain batik.. namun syariat tetap dijaga..

*Khusyuk mikir untuk membeli pantun.. Akhirnya kejuaraan milik kami.. J


*Kering idea... tanya geng sebelah.. kan cikgu kata, tolong-menolong amalan mulia.. hehe

  • 25 Disember 2015 - Muslimah Anggun 

Pada keesokan malamnya pula, semua pelatih Darul Wardah terlibat dalam pertandingan Muslimah Anggun. Mereka perlu memperagakan pakaian masing-masing dan perlu menjawab soalan yang berbentuk general.


*5 peserta terawal.. bersedia memperagakan pakaian muslimah dan menjawab soalan yang diberikan.


“Seandainya Rasulullah bersama dengan anda, apakah yang ingin anda katakan kepada Rasulullah?”.....

“Bagaimanakah untuk menjadi anak solehah sehebat Saidatina Aaisyah r.a?”


*Kami peserta pusingan kedua.. J


*Bersemangat untuk menjawab soalan.. calon pemenang Muslimah Anggun..

*Besederhana lebih baik.. usah tabarruj..


*Walaupun saya paling simple, tapi sayalah pemenang Muslimah Anggun Darul Wardah J


*Cik pengurus selaku penyelaras pertandingan


*Saya tersingkir sebelum bertanding.. huhuhu


*Sollu ‘ala nabi.. perbanyakkan bersalawat, moga peroleh syafaat baginda Rasulullah di akhirat sana


  • 26 Disember 2015 - Persembahan Rumah Darwa 1 & Darwa 2, Pertandingan Sajak & Muslimah Idol 


Pada malam terakhir, antara pertandingan yang dipertandingkan adalah bersajak, persembahan dari DARWA 1 dan DARWA 2 dan pencarian Muslimah Idol. Kesemua pelatih menunjukkan sepenuh komitmen dan kerjasama yang baik untuk mempersembahkan persembahan yang terbaik. Mereka berusaha untuk menyerlahkan potensi diri masing-masing walaupun masa yang diberi untuk sesi latihan amat singkat.


*Kita makan dulu...

*Bila dah kenyang, masing-masing bersemangat nak buat persembahan..sebelum bertanding, kita bergambar dulu

*Persembahan sajak yang menyentuh hati..
Ya Rasulullah, engkaulah Rasul tercinta.. kami rindu padamu Ya Rasulullah..
Terimalah kami sebagai umatmu...


*Sekiranya engkau bersama kami ya Rasulullah, alangkah indahnya...

*Persembahan coral speaking dari pelatih DARWA 1


*Persembahan Boria dari pelatih DARWA 2


Selepas selesai persembahan dari para pelatih, acara tayangan video diadakan yang memaparkan gambar-gambar sepanjang para pelatih di Darul Wardah dan juga acara pertukaran hadiah setelah mengetahui siapa secret admirer masing-masing daripada game love letter. Game seperti ini mampu meningkatkan ukhuwah sesama mereka di samping dapat mengetahui personaliti diri rakan-rakan yang lain.


*Nasihat berguna dari juri jemputan, Kak Cik Ta..


*Kami juara persembahan terbaik J


*Kami pula juara rumah terbersih dan bilik tercantik J

Bersempena dengan penutup program sambutan Maulidur Rasul, jamuan perpisahan turut diadakan sempena dengan beberapa orang pelatih Darul Wardah yang bakal menamatkan tempoh keberadaan di Darul Wardah dalam masa yang terdekat.




*Moga Allah permudahkan jalan untuk kalian selepas ini...



*Suapan terakhir dari sahabat untuk sahabat sebelum meninggalkan Darul Wardah..
Sebelum ini kita makan berjemaah..
Sebelum ini kita  makan berdulang ..
Sebelum ini kita saling bersuap..
Selepas ini tidak lagi..
Namun, dalam ingatan pasti sentiasa ada...





Setiap pertemuan pasti adanya perpisahan..

Selamat meneruskan perjuangan di luar sana wahai adikku..
Cabaran di luar sana sedang menunggumu..
Moga sabar dan tabah menghadapi dugaan..

Ingat Allah sentiasa di hati, Allah jua pasti bersamamu..
Moga bertemu lagi, kalau tidak di dunia di akhirat sana. J


Thursday, January 7, 2016

JOM BERSENAM.. AKTIFKAN SEL-SEL BADAN

Salam ukhuwah buat para pembaca budiman. J

BERSENAM…!
Untuk hidup lebih sihat..
Untuk mencapai muwassafat tarbiyah..
Perlunya kekuatan jasmani.


Maka Darul Wardah telah mewajibkan aktiviti bersenam pada setiap hujung minggu. Walaupun pelatih juga boleh dikatakan bersenam setiap hari apabila melakukan tugasan harian namun aktiviti senaman pagi seperti ini adalah sebagai tambahan supaya pelatih lebih relaks dan dapat menghabiskan masa hujung minggu dengan lebih santai. Admin juga disyaratkan wajib turut serta..hehe


*Aktiviti senaman outdoor..penolong pengurus pun ada tu..


*Tiru macam saya…Cik Syuhada


*Senaman indoor pun jadi laa… bila cuaca tidak mengizinkan J

Sekian laporan bergambar… J

Wednesday, January 6, 2016

EKSPEDISI DARUL WARDAH KE SELATAN THAILAND (FINAL)

Assalamualaikum w.b.t.
Alhamdulillah...

Akhirnya kami tiba jua ke destinasi utama kami iaitu di Rumah Anak Yatim Tanjung Patani. Di sana kami akan menganjurkan beberapa program untuk anak-anak yatim dan warga kampung. Beberapa aktivti dan program telah dirangka dan segala persiapan juga telah diatur oleh warga Nat Tanjung.


Ketika ketibaan kami, kami disambut dengan sangat meriah oleh warga setempat. Mereka sangat ramah menyapa dan meraikan kami seolah-olah saudara rapat yang sudah lama tidak bersua. Kami terus dihidangkan dengan makanan yang dimasak sendiri oleh kaum ibu di sana.



*Antara juadah yang menyambut kedatangan kami.. sangat sedap dan membuka selera J


Kemudian, pada waktu malamnya team Darul Wardah melakukan sedikit perbincangan berkenaan program yang akan di adakan keesokan harinya di Rumah Anak Yatim Tanjung tersebut. Antara yang hadir adalah Pengerusi dan para ahli jawatankuasa Rumah Anak Yatim Tanjung, tok imam, ketua kampung, penghulu dan Yang Berhormat juga turut hadir. Kami merasakan suasana tersebut jarang berlaku kerana semua pihak turut serta untuk bermesyuarat demi menjayakan program tersebut.


\
*Taklimat berkaitan Rumah Anak Yatim Tanjungyang disampaikan oleh pengerusi rumah anak yatim tersebut.


Berdasarkan maklumat yang telah diberi, program kami hanya boleh diadakan selepas jam 10.00 pagi kerana sudah menjadi kebiasaan warga Patani segala aktiviti harian bermula pada jam 10.00 pagi dan begitu juga dengan sesi persekolahan.

Pada keesokan harinya, kami dibawa ke rumah ketua kampung untuk menikmati sarapan pagi. Sudah menjadi kebiasaan masyarakat di sana, sarapan pagi merupakan hidangan yang agak berat kerana mereka bekerja berat di siang hari. Seluruh ahli keluarga ketua kampung sangat meraikan kehadiran kami ke rumah mereka.


*Juadah kebiasaan di Patani, nasi ulam


*Antara yang istimewa di Patani 


*Menikmati sarapan pagi yang sangat enak.. J


*Bangunan persekolahan untuk anak yatim di Nat Tanjung


Program kami bermula pada jam 10.00 pagi. Kami membahagikan team kami kepada dua kumpulan, kumpulan yang pertama menyanjurkan program untuk anak-anak yatim iaitu pertandingan mewarna dan melukis. Semua anak-anak yatim di situ sangat gembira dan terhibur sepanjang aktiviti tersebut diadakan.


*Anak-anak yatim yang tekun mengikuti aktiviti melukis dan mewarna


*Taklimat aktiviti yang disampaikan oleh Encik Azali, wakil dari Darul Wardah

Manakala untuk kaum ibu pula, Ustazah Hazlina telah mengadakan perkongsian bersama kaum ibu di sana dan kebanyakan daripada mereka merupakan ibu kepada anak-anak yatim di Nat Tanjung. Perkongsian yang disampaikan lebih kepada perkembangan anak-anak remaja dan bagaimana menjadi seorang ibu dan isteri yang hebat.


*Ustazah Hazlina yang bersemangat menyampaikan perkongsian


*Kaum ibu juga turut khusyuk mendengar perkongsian yang disampaikan


*Sesi penyampaikan hadian kepada pemenang pertandingan mewarna dan melukis


*Sesi penyampaian cenderahati kepada pengerusi Rumah Anak Yatim Tanjung


*Ustazah Hazlina menyampaian cenderahati dari Darul Wardah kepada wakil kaum ibu


*Sesi bergambar bersama beberapa orang kaum ibu yang turut hadir ke program yang  diadakan


*Team Darul Wardah bergambar kenangan dengan AJK Rumah Anak Yatim Tanjung


*Sebelum pulang, dijamu pula dengan gulai kawah oleh penduduk kampung

Terima kasih kepada semua warga Nat Tanjung Patani yang bekerjasama menyanjurkan program dan meraikan kehadiran kami.

InsyaAllah, kami akan berkunjung lagi ke sana membawa sumbangan yanng diperlukan. Sesiapa yang berminat boleh menghubungi kami atau akan kami war-warkan kemudian.

Sekian. J


LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...