Tuesday, January 20, 2009

PERTUBUHAN KEBAJIKAN DARUL WARDAH SELANGOR (DARWA)







1.                  PENGENALAN

PERTUBUHAN KEBAJIKAN DARUL WARDAH SELANGOR dahulunya dikenali sebagai RUMAH PERLINDUNGAN DAN PEMULIHAN WANITA DARUL WARDAH (DARWA) yang berdaftar di alamat 7B Lorong Sanggul 1F, Bandar Puteri, 41200 Klang, Selangor Darul Ehsan dan beroperasi di alamat No. 8 & 10, Jalan Tanjung Pahang 30/102A, Lorong Haji Taib, Jalan Kebun, Seksyen 30, 40460 Shah Alam, Selangor Darul Ehsan. Darul Wardah mula beroperasi pada 1 September 2008.

Pada 14 Mac 2013, Darul Wardah telah berdaftar secara rasminya dengan Jabatan Pendaftaran Petubuhan Malaysia sebagai sebuah badan pertubuhan bukan kerajaan di bawah Akta Pertubuhan, 1966 dengan nama PERTUBUHAN KEBAJIKAN DARUL WARDAH SELANGOR  (PPM-034-10-14032013).

Darul Wardah juga telah mendapat kelulusan di bawah Akta Pusat Jagaan 1993 (Seksyen 10), Jabatan Kebajikan Masyarakat Negeri Selangor dengan Perakuan Pendaftaran Pusat Jagaan No. B/P JB W 002/2015 pada 13 April 2015.

              
2.                  OBJEKTIF
      
2.1 Untuk memberi perlindungan sementara dan pemulihan dari segi akidah, emosi dan spiritual
2.2  Untuk memperkasakan maruah diri wanita selari dengan ajaran al-Quran dan as-Sunnah

3.                  VISI

Menjadi Platform Pendidikan, Pengupayaan, Pemulihan, Pencegahan dan Perundangan Yang Komprehensif dan Holistik Bagi Memartabatkan Maruah Wanita Di Malaysia


4.                  MISI

4.1          Mentarbiah dan mengislahkan golongan yang tersasar daripada cara hidup Islam
4.2   Memberi bantuan khidmat bimbingan fardhu ain, amalan kerohanian, kaunseling dan nasihat guaman.
4.3          Melatih penghuni dengan kemahiran kendiri dan kemahiran hidup.



5.                  HALA TUJU         

5.1           Menyediakan modul pemulihan dari segi psikospiritual
5.2        Menyediakan tenaga pengajar mengikut kepakaran masing-masing
5.3      Mencari dan menyediakan dana yang mencukupi untuk menampung kos perbelanjaan
             5.4        Menyediakan prasarana dan infrastruktur yang selesa kepada penghuni

6.                  NILAI

            6.1          Keyakinan hidup bertuhan
            6.2         Kasih Sayang
            6.3         Penghargaan kendiri
            6.4         Keselamatan diri
            6.5         Menghormati hak wanita

7.                  KATEGORI KES

7.1             Wanita kecelaruan aqidah; mualaf  dan murtad
7.2             Wanita teraniaya; penderaan fizikal dan mental
7.3             Mengandung  tanpa nikah; zina, rogol, sumbang mahram
7.4             Remaja yang terlibat dengan gejala sosial (zina)






















8 comments:

Pasihah said...

Assalamualaikum....

Saya sedang mencari bayi angkat. Jika ada yang ingin menyerahkan amanah Allah untuk dijaga, saya sangat berbesar hati. Mohon hubungi saya di 0122551227 atau suami saya di 0133991935

Anonymous said...

Assalamualaikum,
Saya nak tahu..boleh ke kalau daftar kan wanita berumur 54 tahun yg mempunyai masalah akhlak ke sini?

Unknown said...

assalamualaikum..
saya ingin bertanya. sekiranya saya hendak berkahwin dengan wanita yang berada di dalam pertubuhan kebajikan darul wardah.. macam mana? bagi saya, mereka juga manusia yang berhak jua mendirikan rumah tangga.

fariza zahari said...

Assalammualaikum.Saya merupakan pelajar diploma kaunseling. Saya nak bertanya adakah tempat ini menerima pelajar praktikal?

Cik ummi 0KU said...

Cik ummi oku bisu.. umur 32 thun mcm mne ke?

Cik ummi 0KU said...

Cik ummi oku bisu.. umur 32 thun mcm mne ke? Emil : Ummi0ku@gmail.com

Unknown said...

Assalamualaikum, saya sedang mencari orang yg boleh tinggal dengan saya utk jadi pengasuh anak. Boleh ke kalau saya nak ambil wanita yang berlindung di sini utk jadi pengasuh.

Anonymous said...

Ketua Belia MCA Gombak YIP JIUN HANN,
Berkenaan bapa U (YIP KUM FOOK, MCA GOMBAK) bertiga, Empat Isteri dan kaya, itu hal U sendiri,
Mengapa U cuba Menbangkitkan Nama NABI MUHAMMAD S.A.W. bagi menburukkan nama kebaikannya. U cuba ingat memalukan Muslim?
Yip Jiun Hann, U bukan Muslim kami harap jangan menyetul hal Agama Muslim dan kebaikan NABI MUHAMMAD S.A.W.
Kalau tidak kami akan ajar U seperti perkara yang terjadi di U.S.A

Kami Yang Benar,
RAKYAT GOMBAK

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...