Monday, September 23, 2019

PROGRAM SAYANG UPM,UM DAN UNIVERSITAS ISLAM INDONESIA



22 September 2019
Telah berlangsungnya Program Sayang: Pendidikan Kesihatan Pergigian dan Motivasi dari UPM, UM dan Universitas Islam Indonesia di Darul Wardah. Ini merupakan Program CSR Antarabangsa daripada mereka.

Mereka memberikan ceramah dan demonstrasi penjagaan gigi. Juga mengadakan sesi psycho-educational, expressive writing, dan Tazkiya al-Nafs. Dalam aktiviti ini,para pelatih diminta menuliskan kata-kata semangat yang ditujukan khas untuk sahabat mereka disini. Semua aktiviti berjalan lancar dan banyak ilmu bermanfaat disedut oleh pelatih.


Tahniah dan jutaan terima kasih kami ucapkan kepada para pensyarah, staf serta warga kerja UPM, UM dan Universitas Islam Indonesia atas penganjuran aktiviti ini. Semoga jalinan ukhuwah tidak terhenti hanya disini. Moga berjumpa lagi.












JELAJAH BICARA CINTA PICOMS



21 September 2019
Alhamdulillah Darul Wardah menjelajah ke PICOMS Jalan Ipoh untuk sesi Jelajah Bicara Cinta bersama mereka disana. Syukur, kali ini kami dapat menjalin kerjasama bersama Pusat Pungutan Zakat MAIWP.

Penyertaan peserta juga menggalakkan. Lebih 150 pelajar dapat menyertai program pencegahan kami. Kerjasama cemerlang juga ditunjukkan oleh para pelajar PICOMS. Alhamdulillah syukur.


Tiada lain yang kami harapkan melainkan kesemua pihak dapat mengambil iktibar dan pengajaran dari program ini. Moga sama-sama dalam perlindungan Allah. InsyaAllah.















Thursday, September 12, 2019

RAMAH MESRA PPZ BERSAMA DARWA



11 September 2019

Alhamdulillah telah selesai Program Ramah Mesra Pusat Pungutan Zakat MAIWP bersama Darul Wardah. Turut hadir Tuan Haji Ahmad Shukri Yusoff iaitu Ketua Pegawai Eksekutif PPZ MAIWP bersama Puan Nur Haliza Abd Rahman (Pengurus Unit CSR & Hubungan Antarabangsa) serta 3 lagi staf beliau.

Tuan Haji Ahmad Shukri Yusoff juga menyampaikan ceramah kepada anak-anak pelatih Darul Wardah dengan tajuk "Cukuplah Allah di Hatiku". Satu suntikan semangat yang memang diperlukan oleh anak-anak pelatih.


Alhamdulillah satu kunjungan yang sangat bermakna buat kami disini. Kami sangat berbesar hati menerima kunjungan ini dan berharap dapat meneruskan kesinambungan silaturahim ini lagi. Terima kasih juga kepada pegawai media yang hadir membuat liputan semalam. Alf syukran dari kami. Siiru 'ala barakatillah. InsyaAllah.











RAMAH MESRA PEKAWANIS BERSAMA NGO NEGERI SELANGOR

7 September 2019

Jemputan Majlis Ramah Mesra PEKAWANIS bersama NGO Negeri Selangor. Alhamdulillah Darul Wardah berkesempatan menghadiri majlis tersebut. Terima kasih kepada pihak penganjur. Semoga diberkati.





AMBANG MERDEKA



30 Ogos 2019
Darul Wardah tidak ketinggalan mengadakan aktiviti-aktiviti ambang kemerdekaan. Kami mengadakan pertandingan mendeklamasikan sajak, pertandingan sketsa, peragaan baju kemerdekaan,pertandingan nyanyian lagu patriotik, pertandingan kek batik merdeka dan juga pertandingan sandwich merdeka dalam kalangan pelatih.

Ternyata kerjasama yang diberikan mereka sangat menggalakkan. Mereka mampu bekerja dalam kumpulan dan bersungguh-sungguh menjayakan pertandingan yang disertai. Alhamdulillah dan tahniah. Moga semangat murni ini terus berkekalan dalam diri kalian.
















LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...