Tuesday, January 20, 2009
KAMI MEMOHON SUMBANGAN DAN WAKAF UNTUK RUMAH PERLINDUNGAN WANITA INI
Saya bagi pihak pengurus DARUL WARDAH ingin memohon simpati dan sumbangan kepada encik,cik,tuan,puan,datuk,datin serta kaum muslimin,muslimat agar dapat menghulurkan sedikit sumbangan serta mewakafkan kepada DARUL WARDAH iaitu Rumah Perlindungan Wanita bagi melancarkan lagi urusan dalam membimbing insan-insan terinaya.
Sumbangan yang kami perlukan adalah berupakan seperti berikut :
Sumbangan makanan untuk sebulan (agaran sebulan Rm 600)
Computer terpakai untuk merekod data penghuni Darul Wardah
Printer
Sumbangan berupa wang tunai,cek,wang pos (nombor akaun bank muamalat atas nama Helwa ABIM Selangor 1204-000-2343-71-1)
Barangan Elektrik seperti kipas anggin,ion baju,mesin basuh,thermos air dan sebagainya.
Kos untuk pemasangan talian telefon/fax dan streymx (angaran Rm 500)
Wakaf kenderaan terpakai motorsikal,kereta atau van.
Perabot bagi melengkapkan sebuah rumah (sofa,meja,kerusi,tikar getah,kapet dan sebagainya)
Keperluan pakaian (pakaian sekolah untuk perempuan,telekung,sejadah dan sebagainya)
Buku teks, buku ulangkaji sekolah rendah (darjah 1 hingga darjah 6)
Al-Quran dan Surah Yassin
Buku panduan solat, buku panduan islam, dan sebagainya.
Penyidai pakaian
Rak kasut
Rak fail
Write box
Sukarelawan bagi mengajar kelas-kelas bimbingan.
DARUL WARDAH (PUSAT PERLINDUNGAN WANITA)
Kami memerlukan dana sebanyak Rm 30,000 untuk pengurusan, penyelenggaraan, kebajikan dan pengendalian program dan aktiviti untuk selama setahun.
Kami amat mengalu-alukan kepada para dermawan dan hartawan budiman untuk menyumbang saham akhirat ini untuk kebaikan ummah dan
dakwah Islamiyyah.
PERKHIDMATAN DARUL WARDAH
- Tele - kaunseling
- OSCC (One Stop Crisis Center)
- Pusat Perlindungan
- Kelas Pengukihan Aqidah dan Fardu Ain
- Rundingan Guaman
- Khidmat Bimbingan & Kaunseling
MATLAMAT DARUL WARDAH
- Memberi pelindungan sementara dan sokongan moral kepada saudara baru (mualaf) dan wanita teraniaya.
- Memberi bantuan khidmat bimbingan farhu ain, amalan kerohanian, kaunseling dan nasihat guaman.
- Melatih penghuni dengan kemahiran kendiri dan kemahiran hidup.
- Menawarkan perlindungan terutamanya kepada pesakit tanpa waris.