Thursday, October 10, 2019

JELAJAH BICARA CINTA DI INSTITUT KEMAHIRAN BAITULMAL



8 Oktober 2019
Selasa

Sekitar Program Jelajah Bicara Cinta di Institut Kemahiran Baitulmal Kuala Lumpur. Kali ini Jelajah Bicara Cinta mendapat kerjasama dengan Pusat Pungutan Zakat MAIWP. Alhamdulillah.

Lebih kurang 180 pelajar IKB dapat menyertai program kali ini. Pendedahan tentang Darul Wardah, apa itu zina dan juga terapi Asmaul Husna antara pengisian dalam Jelajah Bicara Cinta.

Pusat Pungutan Zakat MAIWP turut hadir merasmikan dan juga membuka booth mengenai PPZ untuk pelajar dan tenaga pengajar disana.

Alhamdulillah, program berjalan lancar hingga ke akhirnya. Terima kasih kepada pihak IKB dan juga PPZ MAIWP atas kerjasama menjayakan program ini. Jutaan terima kasih kami ucapkan.

Tiada lain yang diharapkan selain pendedahan yang diberikan dapat menyentuh hati-hati yang mendengar. Moga sentiasa dalam perlindungan untuk semua Para Pencari Tuhan. InsyaAllah.
























RHBTOUCHHEARTS

6 Oktober 2019

Alhamdulillah,Darul Wardah didatangi oleh pihak RHB Bank untuk melakukan aktiviti CSR mereka disini. Program mereka yang dinamakan "RHBTOUCHHEARTS" melakukan aktiviti gotong royong/ spring cleaning disini dan juga mengadakan penanaman hydrophonic. Staf mereka bersama-sama pelatih membersihkan ketiga-tiga buah rumah dan juga membantu mengecat pagar dan pondok disini.

Penerangan proses penanaman dan penjagaan tanaman hydrophonic turut dilakukan pada hari tersebut dan mengambil masa 6 bulan untuk disiapkan dan dipantau oleh Duriopark Agro Trading. Hasil penanaman ini akan digunakan sebaiknya untuk dijadikan sumber makanan dan juga salah satu penjanaan pendapatan Darul Wardah.


Mereka turut menyerahkan pelbagai bentuk sumbangan kepada kami untuk kegunaan pelatih disini. Alhamdulillah kami sangat bersyukur atas kurniaan rezeki ini. Jutaan terima kasih kepada pihak RHB Bank kerana memilih Darul Wardah untuk aktviti CSR mereka. Moga diperluaskan rezeki pihak RHB, moga jalinan ukhuwah berterusan dan sama-sama mendapat manfaat. InsyaAllah


















LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...