Thursday, March 7, 2013

Program Pengurusan Jenazah - Masjid An Naim

Pada 23 FEBRUARI 2013, adik-adik penghuni Darul Wardah antara muslimat yang menyertai Program Pengurusan Jenazah yang dianjurkan oleh Lajnah Muslimat Masjid An Naim.

Program dihadiri oleh lebih daripada 80 orang muslimat dan kursus dimulakan dengan solat sunat Dhuha yang diimamkan oleh Ustazah Hazlina.

Penerangan kursus oleh Ustazah Hazlina
Solat sunat Dhuha yang diimamkan oleh Ustazah Hazlina

Penyediaan kain kafan jenazah

Cara memandikan jenazah

Mengkafankan jenazah



"Demi Allah, seandainya jenazah yang sedang kalian tangisi boleh berbicara sebentar, lalu menceritakan (pengalaman sakaratul mautnya) pada kalian, nescaya kalian akan melupakan jenazah tersebut, dan mulai menangisi diri kalian sendiri" - Imam Ghazali 

Kata Saidina Ali Ibn Abi Talib R.A, " Manusia ini sebenarnya tidur dan akan bangun bila ia mati. Bila sampai saat kematian baru dia sedar akan perlunya bekalan amalan untuk dibawa ke akhirat untuk dihitung oleh Allah kemana arah tujuan. Dimana tempat bermulanya 'kehidupan' yang sebenar."

Semoga kita sama-sama mendapat manfaat dan pengajaran daripada pengisian program pengurusan jenazah ini dan semoga ilmu yang diperolehi mendapat keberkatan daripada Allah swt. Amin.

Sunday, November 25, 2012

Mukhaiyyam ar-riqab

Alhamdulillah, pada 12 hingga 14 november 2012, satu pengalaman berharga melibatkan 5orang adik penghuni mewakili Darul Wardah yang  telah menyertai program Mukhaiyyam bertemakan MEMBENTUK UKHUWAH UMMAH. Program yang mengambil masa 3 hari telah di anjurkan oleh pihak MAIS bertempat di Kalumpang Resort and Training Centre. Pelbagai pengisian dan aktiviti menarik di lalui selama 3 hari ini.







Friday, November 23, 2012

ERTI PENGORBANAN

Erti pengorbanan bagi penghuni Darul Wardah , sewajarnya dilihat dari perspektif yang berbeza,
Bukan kambig, lembu yang diorbankan. Tiada rendang, nasi impit dan lontong untuk juadah di pagi raya.


Pelatih berjauhan dari keluarga. Rasa rindu ingin bertemu sanak saudara. Terasa kecur liur untuk mencicipi juadah lazat dan enak. Namun semuanya itu dipendam.

Itulah harga pengorbanan yang perlu dibayar atas kesilapan. kealpaan dan kelekaan sesaat dua, rupa-rupanya ,harus dibayar dengan harga yang cukup mahal.

Terpisah, terasing, ketika orang lain bergembira.

Moral:jangan sesekali melakukan kesilapan(sama ada melakukan zina dan sebagainya) 

Thursday, November 15, 2012

KELAS JAHITAN @ DARWA

Alhamdulillah, satu lagi pengalaman yang berharga di lalui oleh adik-adik darwa iaitu menyertai kelas jahitan yang di ajar oleh salah seorang sukarelawan iaitu PUAN HANUM. kelas yang di adakan dua kali dalam seminggu ini melibatkan pengisian bermula dengan asas menjahit pakaian hingga selesainya baju dibentuk sempurna.




BMG @ SEKOLAH SERI SELANGOR




Tuesday, October 2, 2012

Rehlah @tasik shah alam





gotong royong @ darwa

Bertarikh 22 september 2012 , telah di adakah program gotong royong bertempat di darul wardah bermula jam 9.00 pagi hingga 12 tengah hari, program yang mengambil masa selama 3 jam ini turut melibatkan beberapa sukarelawan daripada PEPIAS dan adik-adik 'ajk masjid'..

Terima kasih di ucapkan kepada semua pihak yang terlibat secara langsung dan tidak langsung bagi membantu malancarkan program ini. Kerjasama anda semua amat dihargai..HANYA ALLAH SAHAJA YANG DAPAT MEMBALAS JASA KALIAN SEMUA..







Monday, August 13, 2012

Rezeki mereka~

Alhamdulillah pada sabtu lepas, DARWA dikunjungi oleh sekumpulan sahabat yang berhasrat menyumbang barangan keperluan harian kepada 9 keluarga muallaf yang berada di bawah perhatian DARWA. Kumpulan sahabat yang diketuai oleh Cik Fida Viantymala, yang tiba pada jam 4 petang telah disambut oleh Pengerusi DARWA; Ustazah Hazlina Abdul Razak dan suami beliau; Ustaz Zawawi Mughni.




Selepas sesi perkenalan [taaruf], barangan sumbangan telah diagih-agihkan kepada mereka yang hadir. Alhamdulillah, sahabat-sahabat muallaf ini sangat gembira dengan pemberian tersebut kerana sekurang-kurangnya dapat meringankan beban mereka untuk bulan ini. 



Alhamdulillah, rezeki mereka melimpah ruah pada Ramadhan ini dan harapnya, sumbangan-sumbangan seperti ini tidak musim-musiman sifatnya. Buat teman-teman, teruskan lah membantu mereka yang memerlukan, tidak hanya pada bulan Ramadhan yang mulia, tetapi berterusan sepanjang tahun. Setiap rezeki yang ALLAH Taala kurniakan kepada kita, ingatlah bahawa ada hak orang lain padanya. 




Bersedekah tidak hanya menyucikan harta, tetapi turut menyucikan jiwa dari karat-karat dosa. Inshallah.

mijaazmiza: Inshallah, ini post terakhir sebelum pulang beraya di kampung halaman. Semoga ini bukan post terakhir dari diri ini. Doakan agar perjalanan dilindungi dan dipermudahkan oleh ALLAH Taala. Rindu mahu mengucup tangan dan menatap wajah bening bonda.

”Ambillah tulang belulangku. Aku sudah tidak ada apa lagi ya Rasul. Yang ada hanya tulang belulang ini. Ambillah ia jika aku telah wafat. Jadikan ia jambatan untuk sahabatmu pergi berjihad.” Kata Khadijah al kubra.

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...