Tuesday, January 3, 2012

SEMOGA TAHUN 2012 LEBIH BERSINAR

Askm wrt wbt

Apa khabar pengunjung semua? Kami doakan semoga anda semua berada dalam situasi yang baik, sejahtera dan aman bahagia.

Tahun 2012 baru sahaja menjelang tiba dan berbagai perancangan dan aktiviti sedang diatur untuk memenuhi diari kehidupan supaya hidup lebih bermakna.

Kepada semua alumni darul Wardah dimana jua anda berada, kami tetap mendoakan semoga anda semua sukses dalam kehidupan. Jadikanlah pengalaman menimba ilmu dan membaiki diri di Darul Wardah ini sebagai pedoman. Ingatlah Allah sentiasa bersama kita. Allah sentiasa memantau kita. Jangan lupa untuk berdoa dan bermunajat kepadaNya ketika anda diuji. Yakinlah bahawa setia kesukaran pasti ada kesenangan.Berusaha dan bertawakkal kepada Allah.

Semoga anda dan kami semua beroleh kejayaan yang penuh barakah dan redha Allah SWT.

Aminnnn


Admin

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...