Wednesday, April 15, 2009

Budak Hilang Lagi!



Saya menerima mesej ini dari akhi P Aizan, Qiadah di Shah Alam.

Nampaknya kes budak hilang dari rumah semakin bertambah dan sukar untuk dikesan. Semoga mata dan telinga kita sentiasa terbuka dan peka dengan persekitaran.

Mesej asal seperti berikut :

Assalamualaikum

Mohon bantuan kepada sesiapa yang ada terjumpa anak saudara saya Nurhidayah Binti Surip (umur 11 tahun) yang telah hilang dari Asrama
Anak Yatim Darul Kifayah, Tmn Koop Polis, Gombak sejak hari Isnin 6 April 2009 .

Jika ada maklumat sila hubungi :

Abdul Razak Bin Salim
HEP Politeknik Johor Bahru
0177011038 / 0169326003

atau Sjn.Dalila IPK Kuala Lumpur.

Was-Was Dari Sang Iblis


beberapa hari yang lalu, Darwa menerima seorang tetamu baru. Seorang wanita pertengahan usia. Beliau dirujuk oleh pihak hospital untuk mendapatkan penempatan sementara.

Menurut maklumat awal yang diterima beliau sering diganggu oleh makhluk ghaib. Kadang-kadang dia merasakan ada seseorang yang datang menegurnya,berbual dan dia akan memberikan nasihat dan bimbingan.

Pada hari pertama,dia langsung tidak boleh tidur diatas katil. Sepanjang malam cik warden berjaga melayan dan mengawasi Makcik L. Katanya ada sahaja orang datang mengganggu."Makcik nak tidur pun tak lena, macam ada orang usik. Kadang tercium bau wangi pun ada".Makcik L sentiasa bercakap tentang kematian yang hampir datang bertandang. Hatinya sentiasa was-was tentang keimanannya dan kadang meragui ia akan mati sebagai seorang muslimah.

Esok paginya saya menghubungi seorang perunding rawatan kerohanian untuk datang membuat 'scanning'.tetapi dia ada urusan dan berjanji akan datang malam.Selepas Isya' dia datang dan mula membuat tinjauan. Hasil dari penelitian Perunding tadi, dia membuat kesimpulan bahawa si L menghadapi masalah emosi.Beliau mencadangkan supaya bacakan surah Ya Sin dan airnya diberi minum sebagai penguat semangat.

selepas pengesahan tidak ada unsur-unsur makhluk halus yang liar dan nakal, maknanya klien ini boleh dirawat melalui sesi kaunseling.

Selepas sejam sesi Kaunseling kami meneroka dan memahami masalah, kami berikan beberapa 'dos' ubat hikmat."Dalam rumah ni tak ada apa-apa. Dalam tandas tak ada apa-apa.Rumah ini selamat". " Allah lebih besar dari syaitan" ." Syaitan takut dengan Allah".Peneguhan ini perlu diulang-ulang oleh semua penghuni untuk memberikan keyakinan dan kepastian kepada klien.

Al hamdulillah, pada malam kedua, Makcik L dapat tidur dengan nyenyak dan boleh masuk ke tandas tanpa rasa curiga dan rasa takut.Mari kita doakan semoga Makcik L akan pulih dan dapat kembali kerumah dan dapat meneruskan hidup bersama anak tunggal kesayangannya.

Bersyukurlah ketika orang lain sedang menghadapi kesusahan dan derita kita diberi nikmat dan rezeki.Marilah hulurkan tangan, ringankan beban...kerana Allah.Anda bagaimana?

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...