Tuesday, August 11, 2020

Sumbangan 500 pek bubur lambuk

 4 MEI 2020 (ISNIN)

Sumbangan 500 pek bubur lambuk telah diedarkan kepada penduduk kampung dan keluarga yang memerlukan..Diucapkan ribuan terima kasih kepada Yayasan Taqwa dengan kerjasama Darul Wardah sendiri..Alhamdulilah hari ini selesai pengedarannya..Esok akan ada lagi batch kedua 500 pek lagi bubur lambuk. Semoga dibalas dengan kebaikan dalam berkongsi rezeki. ðŸ¤²

Kebiasaanya kita mendengar orang berkata, dalam rezeki kita ada rezeki orang. Secara ringkas kita lihat ada bahagian rezeki kita yang mungkin berkongsi dengan orang iaitu yang wajib adalah zakat dari bahagian rezeki wajib diberi kepada asnaf, yang sunat ialah sedekah jariah dan yang harus adalah bila kita belanjakan untuk membeli barang atau membayar perkhidmatan. Jadi Allah kekadang menurunkan rezeki terus kepada hambanya, kekadang rezeki hambanya turun menerusi orang lain, yang inilah yang disebut dalam rezeki kita ada rezeki orang.

Dengan memberi, kita akan merasa lebih tenang, rezeki akan menjadi lebih lapang dan hati kita akan lebih gembira tatkala melihat orang yang menerima pemberian dari kita mengukir senyuman dan mengucapkan terima kasih. Rasulullah saw juga pernah berpesan, jangan takut untuk berkongsi, kerana dalam rezeki kita, ada rezeki orang lain.

#prihatinfromdarwa
#berkongsirezeki
#kitajagakita
#pkpfasa4






Perkongsian Jiwa Tauhid

1 Mei 2020

Perkongsian ilmu yang akan disampaikan oleh Ustazah Hazlina di live ikim.fm pada 1 Mei 2020 (Jumaat) dengan tajuk "Berprestasi Tinggi". Moga bermanfaat untuk kita semua.



LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...