Keburukan akibat perbuatan zina
Pada ayat 32 surah Al Isra’, telah disebutkan keburukan berzina:
Dan
janganlah kamu dekati perzinaan, sesungguhnya ia adalah suatu perbuatan yang
keji dan jalan yang buruk.
Yakni, Allah menegah manusia jangan membuat zina. Iaitu melakukan
perhubungan jenis antara lelaki dengan perempuan tanpa nikah. Mendekati perbuatan zina itu sahaja sudah
dilarang. Yang dimaksudkan dengan mendekati ialah persediaan-persedian dan
aktiviti yang boleh menjerumuskan ke arah zina, seperti bersunyi-sunyian,
berpelukan, pergaulan bebas, menonton gambar-gambar dan filem-filem porno dan
lucah dan bermacam-macam hal lain lagi.
Di antara keburukan perzinaan ialah:
1.
Terjadi percampuran benih atau keturunan
yang samar-samar. Kerana itu antara maqasid Syariah Had zina ialah untuk menjaga
keturunan dan maruah. (Hifzul nasal wal muruah). Maka hal ini bererti
membuang-buang keturunan dan mendatangkan kerosakkan terhadap alam kemanusiaan.
2.
Akan membukakan pintu masyarakat menjadi
kecoh, kacau bilau dan tidak senonoh. Dan itulah sebabnya sering berlaku
pembunuhan dan tragedi yang menyedihkan disebabkan oleh perzinaan.
3.
Cercaan, hinaan masyarakat terhadap
penzina.walaupun penzina telah bertaubat terutamanya kepada kaum perempuan. Tidak
aman hidupnya, hatinya tidak merasa tenang dan sentisa dipandang serong oleh
masyarakat.
Hukuman
akhirat akibat perbuatan zina
Diriwayatkan daripada Abdullah bin Mas’ud katanya saya bertanya:
“Ya Rasulullah! Dosa apakah yang paling besar di sisi Allah? Jawab Baginda:
Engkau adakan sekutu bagi Allah, sedangkan dia yang menjadikan engkau. Kata
saya: kemudian apa pula? Jawab Baginda: Engkau bunuh anakmu kerana engkau takut dia nanti ikut makan
bersama-samamu. Kata saya: kemudian apa lagi? Jawab baginda: Engkau berzina
dengan perempuan jiranmu.
Lalu Allah turunkan firman Nya ayat 68 surah Al Furqan untuk
membenarkan sabda Nabi SAW:
u
Hamba-hamba
Allah yang baik-baik itu ialah mereka
yang tidak menyembah Tuhan yang lain
bersama Allah, dan tidak membunuh
diri orang yang diharamkan oleh Allah membunuhnya kecuali dengan jalan yang hak, dan tidak berzina.
Maka barangsiapa melakukan yang demikian itu nescaya akan mendapat hukuman.
Dan adalah diriwayatkan daripada Huzaifah bahawa nabi SAW telah
bersabda, maksudnya:
Hai manusia!
takutilah olehmu akan zina. Sesungguhnya ia mengandungi 6 macam keburukan. Tiga
berlaku di dunia dan yang tiga lagi berlaku di akhirat. Adapun keburukannya
yang di dunia itu ialah: perzinaan menghilangkan keelokan, mewarisi kepapaan
dan mengurangkan umur. Adapun keburukannya di akhirat ialah mendapat kemurkaan
Allah SWT, dijalankan hisab yang buruk dan disiksa dengan api neraka.