Assalamualaikum
wbt
Kami kembali
semula bertugas setelah bercuti Hari Raya Eidul Adha. Alhamdulillah
thumma alhamdulillah... J
Eidul Adha pada
tahun ini jatuh pada tanggal 24 September bertepatan dengan 10 Dzulhijjah 1436
H. Semoga Eidu Adha ini mampu menjadi penghubung dan mempereratkan tali
silaturahim antara sesama muslim yang menjunjung tinggi nila-nilai
persaudaraan.
Pada tahun ini, pelatih Darul Wardah merayakan Eidul Adha beramai-ramai di Darul Wardah. Solat
sunat hari raya dan khutbah raya disampaikan sendiri oleh Ustazah Hazlina dan
khutbah yang disampaikan bertajuk Erti Pengorbanan.
Sesungguhnya,
sebagai seorang yang beragama Islam, sepatutnya kita mengambil ibrah daripada
kisah pengorbanan yang ditunjukkan oleh Nabi Ibrahim a.s. dan anaknya Nabi
Ismail a.s yang sanggup mengorbankan apa sahaja kerana Allah s.w.t. Belajarlah
dari Nabi Ibrahim yang rela mengorbankan anaknya dan jadilah seperti Ismail
yang ikhlas menerima kehendak Allah. Pengorbanan dan keikhlasan adalah simbolik
dari Eidul Adha.
*Khutbah
raya yang disampaikan oleh Ustazah Hazlina
*Pelatih
Darul Wardah khusyuk mendengar kutbah raya dari Ustazah Hazlina
*Bergambar
kenangan di pagi raya
Selesai menunaikan
Solat Sunat Hari Raya, pelatih berkesempatan untuk bersama-sama meraikan
Aidil Adha di Surau al Fateh. Di sana, 5 ekor lembu dikorbankan untuk Eidul
Adha pada hari ini.
*Antara
lembu yang telah selamat dikorbankan
*Orang
ramai yang turut membantu melakukan ibadah korban
*Ustazah
Hazlina juga turun padang memasak daging korban
*Pembahagian
daging korban...
Ya Allah,
jadikanlah setiap helaan nafas kami sebagai bukti cinta kepadaMu dan
pengorbanan kami sebagai bukti kami mendekatiMu.
“Belajarlah dari
masa lalu dan hiduplah untuk masa depan, jika masa lalu penuh dengan kesalahan
maka perbaikilah dengan memaafkan sebelum ada yang meminta."
Selamat hari raya
Eidul Adha..