12 JANUARI 2018. ISNIN
Alhamdulillah, Darul Wardah tidak putus-putus menerima tetamu dan juga sumbangan dari pelbagai pihak. Isnin 12 Januari 2018 satu program Terapi Asmaul-Husna telah dijalankan di Darul Wardah melibatkan semua penghuni DARWA. Program ini diketuai oleh Puan Rosmawati, mantan PTD di KPWK putrajaya. Katanya, " saya menemui insight melalui AsmaulHusna".
Darul Wardah juga menerima sumbangan Tafsir Al-Quran, buku Ku Seru Namamu Ya Allah, Al- Mathurat dan juga Asmaul-Husna.
Sumbangan buku yang diterima Darul Wardah |
Pelatihan Terapi Asmaul Husna ini adalah untuk penyembuhan dan penyucian jiwa anak-anak pelatih. Puan Rosmawati yang lebih mesra disapa sebagai "Ummi" menerapkan kepada anak-anak pelatih 99 nama-nama Allah beserta maksudnya dan bagaimana ia berfungsi untuk kita lebih mengenal Allah. Ummi juga mengajarkan zikir dan wirid selepas solat dengan nama-nama Allah yang indah, Asmaul-Husna.
Puan Rosmawati (Ummi) sedang memberi pengisian kepada anak pelatih |
Ustazah Hazlina dan Ustaz Zawawi sedang menyampaikan ucapan aluan dan penghargaan kepada Puan Rosmawati |
Semoga program ini memberi seribu manfaat kepada semua penghuni Darwa dan ilmu ini dapat dipraktikkan dalam kehidupan harian kita. Jutaan terima kasih dikalungkan kepada pihak Puan Rosmawati atas sumbangan ilmu, tenaga, masa yang diberikan kepada Darul Wardah. Semoga Allah memberkahi. InsyaAllah.