Monday, November 29, 2021

NAZIRAN DARI ARRIQAB MAIS

10 November 2021 (Rabu)

Terima kasih diucapkan kepada Pegawai Majlis Agama Islam Selangor (MAIS) atas kunjungan hormat ke darul wardah. Sesungguhnya segala jasa dan bakti tuan/puan sangatlah bermakna dan akan dikenang sebagai satu sumbangan yang amat dihargai.

Semoga kerjasama dan sokongan padu seperti ini akan berterusan di masa akan datang dan semoga apa yang diberikan ini mendapat redha Allah swt dan digantikan dengan yang jauh lebih baik. Sekian ucapan terima kasih yang dapat kami sampaikan. Jika terdapat sebarang kekurangan, kami mohon maaf sebesar-besarnya.

 




FORUM MAULIDUR RASUL DI MASJID ANNAIM JALAN KEBUN

7 November 2021 (Ahad)

Tema sambutan Maulidur Rasul tahun ini adalah Manhaj Rabbani Ummah Berkualiti selari dengan konsep keluarga Malaysia yang menekankan 3 teras utama iaitu keterangkuman, kebersamaan dan kesyukuran. Kesemua nilai itu selari dengan dengan 20 nilai lain seperti amalan ihsan, beriman, kasih sayang dan bermusyawarah.





PROGRAM MAULIDUR RASUL (DARWA) 1443H/2021

27 Oktober 2021 (Rabu)

Sambutan maulidur rasul adalah sambutan yang diadakan sempena hari kelahiran baginda Rasulullah saw, menurut pandangan sebahagian ulama seperti Imam alSuyuti beliau menyatakan bahawa amalan tersebut adalah baik dan akan diberi pahala serta ganjarannya. 

Ini kerana ia bertujuan melahirkan rasa cinta dan sayang kepada junjungan Nabi Muhammad saw. Berdasarkan hadis yang diriwayatkan oleh Anas bin Malik, Rasulullah saw bersabda, "Tidak sempurna iman seseorang sehinggalah aku menjadi orang yang paling disayanginya melebihi ahli keluarganya sendiri dan hartanya dan manusia keseluruhannya" (Riwayat Muslim)

Salah satu tanda seseorang itu menyayangi Rasulullah saw adalah dirinya merasa gembira dengan kelahiran Rasulullah saw serta berbangga dengan apa yang dibawa oleh Rasulullah saw.












 

TAZKIRAH MAULIDUR RASUL 1443H

19 Oktober 2021

Alhamdulillah sempena maulidur rasul tahun ini, Ustazah Hazlina berkesempatan untuk menyampaikan ceramah kepada pelatih-pelatih darwa. Di samping itu, tidak lupa juga ucapan terima kasih kepada semua penyumbang yang memberi sumbangan makanan sempena maulidur rasul. Didoakan semoga dibalas dengan kebaikan.

Salam maulidur rasul dari warga darwa. Selawat dan salam ke atas junjungan besar Nabi Muhammad saw. Marilah kita memupuk rasa cinta kepada Nabi Muhammad saw dengan menerapkan sifat-sifat mulia dan kepimpinan Nabi Muhammad saw di dalam kehidupan seharian kita.

Jadilah insan yang sentiasa menyebarkan kebaikan dan kasih sayang kepada masyarakat demi keamanan, kemakmuran dan kemajuan negara.










 

CSR BERSAMA LUNALYRRA

15 Oktober 2021 (Jumaat)

Alhamdulillah syukur alhamdulillah dan ucapan jutaan terima kasih kepada team Lunalyra yang sudi datang ke darul wardah dengan satu tujuan iaitu memberi sumbangan barangan keperluan dapur untuk pelatih kami. Tidak ketinggalan juga semua pelatih menerima saguhati produk Lunalyra iaitu produk kesihatan untuk penjagaan kulit, rambut dan kuku. 

Tidak dinafikan bahawa setiap individu perlu menjaga kesihatan diri dan mengamalkan gaya hidup yang sihat terutamanya kepada setiap golongan wanita. Terima kasih kepada Team Lunalyra dan didoakan semoga diberkahi Allah swt.

Allah berfirman: "Dan (ingatlah), Allah memberi rezeki kepada sesiapa yang dikehendakiNya dengan tidak terkira (menurut undang-undang dan peraturanNya)". surah AlBaqarah, ayat 212

Oleh demikian, jangan kita menunggu setelah menjadi orang kaya dan hartawan untuk memberi makan kepada orang lain dan bersedekah serta berkongsi nikmat. Bahkan berkongsilah untuk menjadi seorang yang kaya jiwa dan harta benda.












LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...