Thursday, September 9, 2021

2-ND DOSE VAKSIN WARGA DARWA

 24 Ogos 2021 (Selasa)

Alhamdulillah syukur nikmat, pelatih Darul Wardah telah selesai mendapatkan dos vaksin yang kedua (Sinovac) di De Palma Hotel Shah Alam. Ikhtiar yang terbaik. Semoga semua diberi kesihatan yang baik oleh Allah Taala.








SALAM KEMERDEKAAN MALAYSIA KE-64

 31 Ogos 2021 (Selasa)

Sambutan hari Kemerdekaan pada tahun ini bertemakan Malaysia Prihatin yang membawa seribu satu makna di sebalik gabungan dua perkataan ini iaitu Malaysia dan Prihatin. Dua perkataan ini memberi makna signifikan kepada keadaan semasa rakyat Malaysia yang hingga kini masih bersama-sama bertarung dan berdepan dengan pandemik Cov-19. Tema sambutan kemerdekaan tahun ini menggambarkan sika prihatin semua pihak termasuk masyarakat, kerajaan dan badan bukan kerajaan berganding bahu membendung penyebaran Cov-19 bagi memastikan kelestarian hidup kita terpelihara.

Pelatih Darwa meraikan hari merdeka tahun ini secara bersederhana merasakan cinta pada tanah air. Terdapat pelbagai acara yang dipertandingkan antara mereka seperti ciptaan logo kumpulan melambangkan kemerdekaan, sajak, nyanyian, sketsa, dan juga pakaian yang bertemakan patriotik yang telah digayakan oleh semua bayi dalam setiap kumpulan. Tidak dilupakan hasil kreativiti pelbagai corak roti jala jalur gemilang.

Tahniah diucapkan kepada semua pelatih dan guru pembimbing yang memberi kerjasama dalam menjayakan program tersebut.

















LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...