Friday, April 10, 2009

Jika Allah berkenan, maka jadilah.....

satu perkara yang mengejutkan kami ialah satu peristiwa aneh yang berlaku kepada R.
Menurut pengesahan Doktor pakar, beliau tidak ada harapan untuk pulih kerana kerosakan yang teruk pada saraf dan memorinya.

Dia lebih banyak bergantung kepada orang lain untuk mengurus diri dan kehidupannya.Maha suci Allah yang Maha Agung dan Maha Pengasihani yang telah menjadikan hambanya yang dizalimi dan teraniaya menikmati nikmat hidup ini.


Sejak ketiadaan warden, Si R telah berupaya menyediakan makan minumnya sendiri. Apa yang lebih mengejutkan ialah dia mampu memasak makanan sendiri, bahkan ini diakui oleh penghuni yang lain.


Sejak kedatangan tetamu baru bersama dengan seorang bayi berusia enam bulan benar-benar merangsang motivasinya untuk lebih bertanggungjawab dan ceria. Memori lamanya hidup semula apabila ia menyatakan bahawa sebenarnya anak kecilnya yang pertama telah meninggal ketika berusia dua tahun. Puncanya kerana dipukul dan didera oleh manusia kejam yang berhati binatang.

Banyak lagi keajaiban dan peristiwa yang menarik untuk dikongsikan kepada para pengunjung yang datang bertandang ke blog ini...jumpa lagi di lain siaran..adios..

Darul wardah semakin ceria bersama Warden Baru

Darul Wardah Telah menerima seorang warden baru semalam. Kehadiran aktivis baru ini diharap dapat melicinkan lagi gerak kerja dan aktiviti di sini.

Warden baru yang berasal dari negeri utara ini sedang menunggu keputusan untuk masuk ke IPT pada bulan Jun nanti. Namun begitu, banyak perkara dan urusan yang perlu diuruskan sejak kebelakangan ini kerana kemasukan ramai tetamu baru.

Suasana rumah kembali ceria dengan kehadiran tetamu baru dan banyak berlaku kejutan selepas ini...tunggu....

Siswa UM bantu Darul Wardah


Kuala Lumpur , 7 April 09 – Darul Wardah telah dipilih oleh Jabatan Syariah dan Ekonomi, Akademi Pengajian Islam, Universiti Malaya untuk menerima sumbangan wakaf yang dianjurkan oleh pelajar-pelajar tahun satu.

Selain dari itu, tujuh pertubuhan amal dan kebajikan juga disekitar Selangor turut menerima pelbagai sumbangan wakaf dari pihak penyumbang.


Yang Dipertua ABIM Selangor yang telah diberi penghormatan oleh pihak penganjur untuk memberikan sedikit ucapan mewakili Badan Kebajikan yang lain.

Pihak Darul Wardah telah menerima dua buah basikal, radio dan CD bacaan ayat suci Al Quran dan peralatan berkebun.


Menurut penasihat program ini, Dr. Asmak Abd Rahman, “program seperti ini diadakan setiap tahun bertujuan untuk mendedahkan para pelajar tentang ekonomi wakaf dalam kerja lapangan”.


Program ini telah dirasmikan oleh Ketua Jabatan , Prof. Dr. Joni Tamkin bin Borhan.

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...