Wednesday, April 10, 2019

JELAJAH BICARA CINTA SI SMK TENGKU AMPUAN JEMAAH (SESI PETANG)



9 APRIL 2019


Selesai sudah Program Jelajah Bicara Cinta di SMK Tengku Ampuan Jemaah untuk pelajar sesi petang. Semoga bermanfaat. Teruskan menyokong usaha pencegahan dari kami.















JELAJAH BICARA CINTA SI SK (2) TENGKU BENDAHARA AZMAN



4 April 2019

Sekitar Program Jelajah Bicara Cinta di SK (2) Tengku Bendahara Azman Pandamaran Klang. Disertai oleh murid-murid tahun 1 hingga 6. Terima kasih atas kerjasama baik dan respon positif yang diberikan. Teruskan menyokong usaha pencegahan dari kami.










PROGRAM LAWATAN BERKALA FMS

4 April 2019

Program Lawatan Berkala FMS oleh Pegawai-Pegawai Perubatan Daerah Klang dan juga Pegawai Jabatan Kerja Sosial Perubatan. Tajuk kali ini adalah Teenage Pregnancy dan Akta Pengangkatan. Alhamdulillah tajuk yang sangat baik untuk pelatih kami. Banyak input-input baru diberikan yang mendatangkan kebaikan kepada kami disini. Ribuan terima kasih kami ucapkan kepada wakil pegawai yang datang memberikan pencerahan kepada kami. Semoga sentiasa dalam kebaikan.











PROGRAM JALINAN KASIH SMK BUKIT TINGGI

4 April 2019


Program Jalinan Kasih bersama Sekolah Menengah Kebangsaan Bukit Tinggi. Mereka berkunjung bukan sahaja menghulurkan sumbangan bahkan juga memberikan sokongan sosial kepada pelatih. Semoga usaha baik ini sentiasa dirahmati Allah.















KULIAH DHUHA DAN SAMBUTAN DELEGASI NTB LOMBOK



3 April 2019.

Berlangsungnya Kuliah Dhuha sempena Israk Mikraj dan Program Sambutan Delegasi NTB Lombok. Meraikan tetamu-tetamu daripada Lombok yang sudi menjengah rumah Darul Wardah.

Kedatangan disambut dengan tangan terbuka disamping mereka menceritakan tragedi gempa bumi yang berlaku di sana sebagai kesedaran kepada kami disini.

Perkongsian antara 2 negara membuahkan manfaat berganda kepada semua. Turut hadir wakil daripada Majlis Agama Islam Selangor, Ketua Kampung Jalan Kebun, Nazir Masjid An-Naim dan juga Yang Berhormat Tuan Haji Mohd Zawawi Ahmad Mughni selaku Adun Sungai Kandis.

Alhamdulillah. Semuanya berjalan lancar. Semoga diberi kebaikan untuk keseluruhannya. Salam Israk Mikraj.


















LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...