Dengan nama Allah yang maha pemurah lagi maha
mengasihani.
Salam dan selawat ke atas Nabi Muhammad SAW yang sangat
mulia.
Alhamdulillah, bersempena sambutan Maulidur Rasul, Darul
Wardah telah menganjurkan beberapa program untuk pelatih di sini. Program tersebut berlangsung selama 6 hari bermula dari 21 hingga 26 November 2015. Program yang dirangka berbentuk pertandingan yang memerlukan penglibatan semua pelatih dan perlu mewakili rumah masing-masing sama ada DARWA 1 atau DARWA 2 serta penglibatan individu. Tema yang telah dipilih adalah “CINTA ALLAH, KASIH RASUL”.
Antara yang dipertandingkan adalah pertandingan melukis banner, pertandingan memasak, rumah terbersih, bilik tercantik, kuiz Maulidur Rasul, berpantun, bersajak, persembahan, love letter, Muslimah Anggun dan juga Muslimah Idol.
*Banner yang disediakan
oleh pelatih dari DARWA 1
*Banner yang disediakan
oleh pelatih dari DARWA 2
Tema untuk pertandingan memasak adalah sajian petang dan peserta perlu menyediakan hidangan hanya berdasarkan barang-barang yang
disediakan oleh pihak pengadil sahaja. Mereka perlu kreatif menyediakan hidangan
dalam masa yang telah ditetapkan dan pemenang dipilih berdasarkan undian
daripada pelatih Darwa sendiri tanpa mengetahui hidangan dari rumah mana
yang telah dirasai oleh mereka.
- 23 Disember 2015 - Pertandingan Master Chef Darwa
*Pertandingan memasak...
Pencarian Masterchef Darul Wardah.
*Para penyokong yang memberi
sokongan padu J
*Anakanda yang turut
turun padang memberi sokongan dalam pencarian Masterchef..
*Pening memikir nak masak
apaaaa....
*Dah dapat idea... maka
mulakan dengan bismillah dan salawat.. masterchef milik kami!!! J
*Sentuhan terakhir... dan
feeling macam chef dahh.. hihi
*Akhirnya... milik siapakah gelaran
masterchef Darul Wardah???
*Masa untuk memilih.. undilah dengan bijak!
*Sesi uji rasa... hidangan mana yang paling
sedap.. reaksi muka memang tak boleh dibayang dengan kata-kata.. J
- 23 Disember 2015 - Pertandingan Kuiz
*Antara peserta yang bertanding.. habis
confident...Wakil Rumah Darwa 2
*Baby pun nak tolong jugak kita kira markah...
mohon jangan bias ye dikk..
*Semua pelatih khusyuk mendengar soalan
yang ditanya.. penat mikir jawapan..
- 24 Disember 2015 - Pertandingan Berpantun Darwa
Seterusnya, pada keesokan harinya pula diadakan
pertandingan pantun antara rumah yang juga bertemakan Cinta Allah, Kasih Rasul.
Walaupun mereka tidak ada pengalaman dalam berpantun, tetapi mereka telah cuba
yang terbaik sepanjang pertandingan berlangsung. Masing-masing menyerlahkan
bakat terpendam yang disimpan selama ini. Masing-masing menunjukkan bakat terperam selama ini..Syabas!!
*Pelatih bersama Pengurus Darul
Wardah, Cik Shikin..
*Kamilah gadis Melayu terakhir.. bersama
penolong pengurus, Cik Syuhada.
*Kami ratu pantun sedunia... J
*Tapi kami yang menang cik adik... J
*Cantik berkain batik.. namun syariat tetap
dijaga..
*Khusyuk mikir untuk
membeli pantun.. Akhirnya kejuaraan milik kami.. J
*Kering idea... tanya geng sebelah.. kan
cikgu kata, tolong-menolong amalan mulia.. hehe
- 25 Disember 2015 - Muslimah Anggun
Pada keesokan malamnya pula, semua pelatih Darul Wardah
terlibat dalam pertandingan Muslimah Anggun. Mereka perlu memperagakan pakaian
masing-masing dan perlu menjawab soalan yang berbentuk general.
*5 peserta terawal..
bersedia memperagakan pakaian muslimah dan menjawab soalan yang diberikan.
“Seandainya Rasulullah
bersama dengan anda, apakah yang ingin anda katakan kepada Rasulullah?”.....
“Bagaimanakah untuk
menjadi anak solehah sehebat Saidatina Aaisyah r.a?”
*Kami peserta pusingan
kedua.. J
*Bersemangat untuk menjawab soalan.. calon
pemenang Muslimah Anggun..
*Besederhana lebih baik..
usah tabarruj..
*Walaupun saya paling
simple, tapi sayalah pemenang Muslimah Anggun Darul Wardah J
*Cik pengurus selaku
penyelaras pertandingan
*Saya tersingkir sebelum
bertanding.. huhuhu
*Sollu ‘ala nabi..
perbanyakkan bersalawat, moga peroleh syafaat baginda Rasulullah di akhirat
sana
- 26 Disember 2015 - Persembahan Rumah Darwa 1 & Darwa 2, Pertandingan Sajak & Muslimah Idol
Pada malam terakhir, antara
pertandingan yang dipertandingkan adalah bersajak, persembahan dari DARWA 1 dan
DARWA 2 dan pencarian Muslimah Idol. Kesemua pelatih menunjukkan sepenuh komitmen
dan kerjasama yang baik untuk mempersembahkan persembahan yang terbaik. Mereka
berusaha untuk menyerlahkan potensi diri masing-masing walaupun masa yang
diberi untuk sesi latihan amat singkat.
*Kita makan dulu...
*Bila dah kenyang,
masing-masing bersemangat nak buat persembahan..sebelum bertanding, kita bergambar dulu
*Persembahan sajak yang
menyentuh hati..
Ya Rasulullah, engkaulah
Rasul tercinta.. kami rindu padamu Ya Rasulullah..
Terimalah kami sebagai
umatmu...
*Sekiranya engkau bersama
kami ya Rasulullah, alangkah indahnya...
*Persembahan coral
speaking dari pelatih DARWA 1
*Persembahan
Boria dari pelatih DARWA 2
Selepas selesai persembahan dari para
pelatih, acara tayangan video diadakan yang memaparkan gambar-gambar sepanjang
para pelatih di Darul Wardah dan juga acara pertukaran hadiah setelah
mengetahui siapa secret admirer masing-masing daripada game love letter. Game
seperti ini mampu meningkatkan ukhuwah sesama mereka di samping dapat
mengetahui personaliti diri rakan-rakan yang lain.
*Nasihat berguna dari juri
jemputan, Kak Cik Ta..
*Kami juara persembahan terbaik J
*Kami pula juara rumah
terbersih dan bilik tercantik J
Bersempena dengan penutup program sambutan Maulidur
Rasul, jamuan perpisahan turut diadakan sempena dengan beberapa orang pelatih
Darul Wardah yang bakal menamatkan tempoh keberadaan di Darul Wardah dalam masa
yang terdekat.
*Moga Allah permudahkan jalan untuk kalian
selepas ini...
*Suapan terakhir dari sahabat untuk sahabat
sebelum meninggalkan Darul Wardah..
Sebelum ini kita makan berjemaah..
Sebelum ini kita makan berdulang ..
Sebelum ini kita saling bersuap..
Selepas ini tidak lagi..
Namun, dalam ingatan pasti sentiasa ada...
Setiap pertemuan pasti adanya perpisahan..
Selamat meneruskan perjuangan di luar sana
wahai adikku..
Cabaran di luar sana sedang menunggumu..
Moga sabar dan tabah menghadapi dugaan..
Ingat Allah sentiasa di hati, Allah jua pasti
bersamamu..
Moga bertemu lagi, kalau tidak di dunia di
akhirat sana. J
1 comment:
as salam...sy ingin mngambil ank angkat kalau bole bby girl.Sekiranya ada yg ingin serahkan ank sbgai ank angkat bole emel sy eitaz2002@yahoo.com.sy tggl di kuantan.terima kasih.
Post a Comment