Wednesday, May 28, 2014

KEM MOTIVASI JERAM BERSAMA FOKUS TRAINING AND CONSULTANCY

Pada 22-23 November 2013, Darul Wardah telah dipelawa untuk menyertai kem motivasi yang ditaja sepenuhnya oleh Fokus Training And Consultancy. Kosultan ini diterajui oleh Tuan Haji Mohamad Fuad Ariff dan isteri Puan Hajjah Anita Othman. Banyak perkara baru yang dipelajari oleh anak-anak Darul Wardah dalam pengukuhan jati diri untuk mencapai matlamat sebenar dalam kehidupan.

Jutaan terima kasih di atas kesudian dan keprihatinan Tuan Haji dan isteri serta team Fokus terhadap anak-anak kami. Semoga sumbangan kalian mendapat ganjaran besar daripada Allah swt di dunia dan akhirat. Moga iringan doa kalian dimakbul Allah.

Bas baru sampai, semua sibuk nak naik bas

Ada masa lagi nak berposing-posing 

Dah nak naik bas pun la..
Barang-barang macam nak pindah terus..2 hari 1 malam jer pun

Sesi perkenalan dengan Coach Fuad

Semua kusyuk..tak tahu la ke laut ke langit ke tujuh

Pengisian maghrib ustaz Din 

Perkongsian dan sesi terapi daripada Coach Fuad

Latihan berdiri tegak

Anak itik ke anak dinasor..

Anak itik tok wie

Anak itik Cik Kasma..cun tak??

Team Fokus with our babies

Ucapan perpisahan cik pengurus

Peluk cium sayang untuk anak-anak Darwa

Kenangan Kekal Sepanjang Zaman - Terima Kasih 

   


Tuesday, May 27, 2014

BERITA BERGAMBAR - PENYERTAAN DARUL WARDAH DALAM AKTIVITI MASYARAKAT

IHTIFAL SEK REN AGAMA JALAN KEBUN, SHAH ALAM, SELANGOR 
9 NOVEMBER 2013










PROGRAM KARNIVAL MASJID PERINGKAT NEGERI SELANGOR 2013 
MASJID JAMEK AR-RAHIMAH, KLANG 
17 NOVEMBER 2013















Monday, May 26, 2014

PROGRAM PELAJAR PRAKTIKAL KOLEJ ISLAM SAINS DAN TEKNOLOGI TERENGGANU

NAMA PELAJAR - SUHAILA BINTI MD ALI
PROGRAM - SEHARI MERENUNG DOSA SEMALAM
TARIKH - 21 DISEMBER 2013
JEMPUTAN - PUAN HAYATI BINTI MOHD YUSSOF










NAMA PELAJAR - NUR AQEELA BINTI M.SHARUDDIN
PROGRAM - SEHARI MENITI KASIH  
TARIKH - 25 DISEMBER 2013
JEMPUTAN - PEGAWAI POLIS DAERAH SHAH ALAM, S.I ARIS & 
                        KETUA POLIS KOTA  KEMUNING 
PENGISIAN - CERAMAH JENAYAH DAN ISU SOSIAL REMAJA













Thursday, May 15, 2014

BAHAGIA MENJADI GADIS (BMG)

Program Bahagia Menjadi Gadis (BMG) merupakan antara program utama Darul Wardah sebagai salah satu usaha untuk mencegah kegiatan tidak sihat gadis remaja terutama yang menjurus kepada perbuatan ZINA.

Program ini dijalankan dengan usahasama di antara pihak Darul Wardah dan sekolah-sekolah, institusi pengajian tinggi, kolej-kolej, badan-badan NGO lain dan mereka yang ingin bekerjasama dengan pihak kami. Program BMG ini juga bertujuan untuk memberi kesedaran dan infomasi kepada anak-anak gadis mengenai kemudaratan mendekati ZINA.

Kami dengan terbuka menerima pelawaan daripada mana-mana pihak untuk bekerjasama dalam memperhebatkan usaha kita untuk menangani masalah berkaitan ZINA yang kian membimbangkan dalam masyarakat Islam di  negara ini.

Semoga usaha kami ini dapat memberi sedikit sumbangan kepada umum dan semoga usaha dakwah ini mendapat keberkatan daripada Allah. Ayuh bersama kami demi generasi, masyarakat, negara dan yang paling penting demi agama kita, ISLAM.



                          



                                  

                                  


Seandainya anda berminat untuk bekerjasama dengan kami dan sebarang pertanyaan, anda boleh hubungi : 

Ustazah Hazlina - 019-277 4175
Puan Hidayah  - 019-363 6394

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...