Alhamdulillah, kami
telah menerima kunjungan ziarah dan pemberian sumbangan daripada PUSPANITA
Hospital Tengku Ampuan Rahimah Klang (HTAR) dan Syarikat Antara Tropika Sdn. Bhd.
pada bulan Ramadhan yang lalu.
Seramai 12 orang
wakil dari PUSPANITA bersama dengan seorang doktor untuk slot kesihatan dan
Dato’ Nasaruddin bersama isteri daripada Syarikat Antara Tropika telah hadir
untuk program jalinan kasih ini.
*Ucapan
daripada Dato’ Nasaruddin daripada Antara Tropika Sdn. Bhd.
*Ucapan
alu-aluan daripada Ustazah Hazlina
*Ceramah
kesihatan daripada Dr. Anisah
Selain daripada
datang membuat kunjungan ziarah dan penyerahan sumbangan, pihak PUSPANITA juga
mengadakan ceramah kesihatan yang disampaikan oleh Dr. Anisah. Dr. Anisah telah
menghuraikan dengan jelas tentang penjagaan diri dan persekitaran serta kaedah
penjagaan bayi yang baik. Info tersebut amat berguna kepada semua warga Darul
Wardah.
*Sumbangan
kepada penghuni disampaikan oleh isteri Dato’ Nasaruddin yang juga merupakan
ahli PUSPANITA HTAR
*Penyerahan
sumbangan barang keperluan dapur oleh Dato’ Nasaruddin
*Cenderahati
daripada pihak Darul Wardah.
Kami daripada Darul
Wardah merakamkan ucapan terima kasih kepada semua pihak yang sudi menghulurkan
sumbangan kepada kami. Kami mendoakan agar Allah membalas segala kebaikan
kelak.
Bersama mengejar
mardhatillah J