Wednesday, March 4, 2009

apa jadi dengan lelaki itu....

kes mawar ni sebenarnya berat. Keganasan dan ............ berlaku sejak dia dari form 3 lagi. Dulu masa form five dia pernah buat report, tapi senyap aje. maklumlah masa tu tak ada orang nak back up dia. Alih-alih dia pula yang dicari kat sekolah, dengan cikgu-cikgunya sekali dikepung lelaki tersebut dengan geng-geng dia.

mawar lepas buat report tu, Kak wardah nampak stress habis. Bercakap sorang diri malam-malam. ketakutan jelas terbayang pada raut wajahnya. Dalam tempoh tiga hari, hampir 7 kali sessi kaunseling dilakukan.
Selepas melakukan solat-solat sunat, nampaknya Mawar agak tenang. Dia mula tersenyum dan ketawa. agaknya sudah berapa lama dia tidak menikmati rasa senyum dan ketawa itu ?

hari ketiga , sarjan yang mengendalikan kes menelefon. Lelaki tersebut telah ditangkap.Bagaimana pun kes ini boleh diikat jamin. Sarjan menyuruh kami kesana sekali lagi....
berulang lagi ke ng S. Ada orang datang jamin dia tak? kalau ada dia akan dibebaskan.Mendengar khabar ini , keriangan yang baru berputik pada wajah mawar, kelihatan semakin pudar...

nikmat berukhuwwah

Siapa yang nak mengantar Mawar ke Ng S ? Minyak, tol, tenaga, sukarelawan, lawywer...? Setelah berbincang Juragan bersetuju untuk memikul amanah tersebut. jam 9.00 pagi, mawar ditemani sama kak hani bertolak ke lokasi S1. sampai disana rupanya mereka tersilap. Sepatutnya balai polis S2. jam 2 petang baru mereka sampai. setelah keterangan diambil, mereka bergegas ke mahkamah untuk ambil IPO. sayang sekali , pegawai bertugas memaklumkan IPO tidak dapat diperolehi memandangkan kesuntukan masa. kena datang lagi sekali.

hari berikutnya Abng mawwel bersetuju ke Ng S. Alhamdulillah perintah IPO berjaya diperolehi.

Namun jam 6.00 petang baru mereka tiba kembali ke darul wardah. Perjalanan yang panjang dan memenatkan.

Kak Wardah raa sungguh terharu, kerana sahabat-sahabat dalam perjuagan, benar -benar telah mengorbankan diri, dalam melakukan kerja-kerja dakwah.Tidaklah rasa keseorangan dalam menegakkan perjuangan. bagi penderma-penderma, especially kak light yang banyak membantu memberi semangat dan dana, trimas SIS !kalau nak disebutkan nama memang ramai...dalam lain posting. Benarlah Firman Allah ; ' dan sesungguhnya orang-orang beriman itu bersaudara:

Bermabit di balai polis

majikan Mawar menelefon Kak Wardah. kak Wardah memberitahu akan membuat laporan polis. Just for covering report. majikan Mawar yang beragama Buddha bersetuju untuk turut sama membantu mawar. Jam 5.45 petang kami berjumpa di balai polis.Ini ada tips bagi mereka yang ingin buat laporan Polis:
1. setiap laporan tidak boleh ditolak oleh polis .... sebab ada polis yang tak nak ambil report.
2. Kalau kes under akta keganasan rumahtangga 1994, cakap dengan pegawai polis kaunter depan tu, saya mahukan pegawai penyiasat wanita. Itu memang hak kita. kalau kat front counter, nanti tak ke mana reportnya.
3, kalau kes under OSCC 1997 ( jenayah seksual, rogol, penderaan wanita) , pergi kat Hospital unit kecemasan, buat MC, report polis kat situ juga, refer kaunselor kat situ juga dan last JKM,

Dari maghrib sampai ke Isyak, lama betul proses keterangan berlaku. hampir lewat malam baru siap. tapi IPO ( interim protection Order ) tak dapat. kena ambil dibalai polis dimana kes berlaku. Ya Allah jauh tu, kes Mawar nampaknya kena seberang negerilah.

sambung balik cerita

salam !

maaf , terhenti agak lama.Kak Wardah beruzlah di sebuah hutan selama beberapa hari. program TOT untuk perunding-perunding pembagunan Modal Insan untuk kerajaan Negeri. Handphone pula kehabisan bateri.Terputus sekejap dengan dunia luar.Pandang kanan, pandang kiri..Eh ! nampaknya Wak juragan pun ada. Bolehlah pinjam telefon dia sekejap.banyak perkara yang berlaku rupanya.

Kita digalak infak di jalan Allah


Oleh DR. ZULKIFLI MOHAMAD ALBAKRI

FIRMAN Allah s.w.t., Hai orang-orang yang beriman, belanjakanlah (di jalan Allah) sebahagian daripada rezeki yang telah kami berikan kepadamu sebelum datang hari yang pada hari itu tidak ada lagi jual beli dan tidak ada lagi syafaat.

Dan orangorang kafir. Itulah orang-orang yang zalim. (al-Baqarah: 254)

SYEIKH Sya’rawi berkata: “Dengan pengorbanan manusia sama ada jiwa raga atau harta benda seperti ayat-ayat terdahulu maka amat munasabah dibincangkan di sini berkenaan nafkah khususnya pada zaman dahulu orang yang berperang akan menyediakan peralatan perang sama ada kudanya, lembing, pedang dan alat-alat panah. Semuanya itu memerlukan kepada nafkah”.

Allah membicarakan hal ini kerana untuk mengekalkan keimanan yang digambarkan pada manhaj langit yang dibawa oleh rasul-rasul supaya manhaj ini sentiasa kekal di bumi sehingga manusia kembali padanya.

Sayyid Qutub berkata: “Oleh sebab itulah selepas pembicaraan mengenai perselisihan dan peperangan itu ayat yang berikut diiringi seruan, “Wahai orang-orang yang beriman!” Ia mengajak mereka mengeluarkan infak di jalan Allah daripada sebahagian rezeki yang telah dikurniakan Allah kepada mereka. Infak itu gambaran jihad dan nadi jihad”.

Firman Allah: Hai orang-orang yang beriman.

Sayyid Qutub berkata: Itulah seruan dengan menyebut sifat yang sangat disukai oleh orang-orang yang beriman, iaitu sifat beriman yang menghubungkan mereka dengan Allah yang menyeru mereka dan yang dipercayai oleh mereka.

Itulah seruan kepada infak di jalan Allah dengan menghulurkan sebahagian dari rezeki yang telah dikurniakan Allah kepada mereka, kerana Allahlah yang memberi dan Dialah juga yang menyeru supaya membelanjakan apa yang telah diberikanNya (ke jalan Allah).

Firman Allah, Belanjakanlah (di jalan Allah) sebahagian daripada rezeki yang telah kami berikan kepadamu.

Al-Baghawi menaqalkan pendapat As-Suddi dengan berkata: “Dikehendaki dengannya zakat yang difardukan. Pendapat yang lain pula dengan maksud sedekah sunat dan nafkah pada kebaikan”.

Sayyid Qutub berkata: “Itulah seruan merebut suatu peluang yang andainya terluput daripada mereka ia tidak akan kembali lagi”.

Firman Allah: Sebelum datang hari yang pada hari itu tidak ada lagi jual beli dan tidak ada lagi syafaat.

Menurut Hamka: “Sekalipun engkau bersahabat karib dengan seorang yang hebat dalam agama, ia tidak akan membantumu atau mensyafaatkanmu di waktu itu supaya Allah meringankan azab terhadap kesalahanmu. Yang hanya dapat melindungimu di akhirat kelak ialah keinsafan sekarang. Harta benda yang telah dikurniakan Allah s.w.t. kepada kita bukanlah milik kita sepenuhnya walaupun setelah kita mengakui keimanan terhadap Allah”.

Orang yang beriman pasti mengakui keimanannya dan sekiranya dia bakhil tanda imannya telah tercalar.

Watak manusia ada dua: Sesetengah orang menamakannya dengan kata rayuan, ajakan halus yang dinamakan sebagai galakan. Maka pada ayat 245 kepada orang yang halus begini Tuhan berkata lain.

Tuhan bertanya: Siapakah gerangan yang sudi membuat pinjaman dengan Tuhan dengan satu pinjaman yang baik? Agar kelak dibayar dengan ganjaran yang berlipat kali ganda? Dan dengan halus pula Tuhan mengakui bahawa Dia kadang-kadang memberi dengan anugerah dengan lebar dan kadang-kadang dengan berbatas-batas. Namun semuanya akan kembali kepada Tuhan jua.

Namun di ayat yang tengah ini kita membicarakan Tuhan bukan bersabda ‘meminjam’. Sebab ada orang yang banyak mendengar kata demikian. Ayat ini memperingatkan bahawa rezeki yang kamu pakai dan makan itu daripada Tuhan asalnya: Razaqnakum. Kami kurniakan kepada kamu. Ayat ini bukan ancaman lagi melainkan sesudah ancaman. Tidak dipujuk rayu tetapi sebagai ancaman. Kalau kamu mengakui beriman, padahal kamu bakhil dan yang akan kamu keluarkan itu bukan milik kamu melainkan anugerah Allah. Maka berwaspadalah kamu di hadapan Allah kelak.

Sayyid Qutub berkata: “Itulah peluang dan kesempatan yang tiada lagi selepasnya – jika mereka kehilangannya – sebarang jual beli yang memberi keuntungan dan sebarang persahabatan atau pertolongan yang dapat menghindarkan mereka dari akibat kegagalan dan kecuaian itu”.

Ayat yang berikut memberi isyarat kepada mauduk infak yang kerananya Allah menyeru mereka supaya membelanjakan harta mereka, iaitu mauduk infak kerana jihad di jalan Allah untuk menolak kekafiran dan menolak kezaliman yang wujud di dalam kekafiran itu.

Firman Allah: Dan orang-orang kafir itulah orang-orang yang zalim.

Sayyid Qutub berkata: Mereka telah menzalimi kebenaran kerana itulah mereka mengingkarinya. Mereka menzalimi diri mereka sendiri dengan meletakkan diri mereka di jalan kebinasaan. Mereka menzalimi orang ramai dengan perbuatan mereka menghalang mereka dari mendapat hidayat dan menindas mereka supaya meninggalkan keimanan. Melakukan pengeliruan dan pemalsuan terhadap mereka dan menafikan mereka dari kebajikan iman yang tiada tolok bandingnya, iaitu kebajikan mendapat kedamaian, rahmat, ketenteraman, kebaikan dan keyakinan.

Orang inilah musuh manusia yang paling jahat dan paling zalim. Oleh itu, kewajipan manusia ialah memburu mereka sehingga mereka menjadi lemah daripada melakukan kezaliman itu.

Al-Maghari berkata: “Iaitu mereka yang meninggalkan zakat merupakan yang menzalimi mereka sendiri. Ini kerana mereka meletakkan harta pada bukan tempatnya dan membelanjakannya bukan kerana Allah. Dengan sebab itulah Allah menamakan mereka sebagai kafir untuk memberi ancaman dan peringatan”.

Al-Nasafi berkata: “Mereka menjadi zalim kerana meninggalkan apa yang patut didahulukan bagi hajat-hajat mereka atau orang kafir pada hari ini merekalah yang zalim. Tiada jual beli padanya, rakan taulan dan pemberi syafaat sama ada orang Mekah atau orang Basrah”.

Iktibar Ayat:

* Seruan dengan orang yang beriman sebagai satu kemuliaan untuk melaksanakan arahan Allah s.w.t.

* Hari akhirat adalah hari di mana segala harta benda dan rakan-rakan taulan tidak boleh menyelamatkannya kecuali iman dan amal solehnya.

* Kezaliman adalah meletakkan sesuatu tidak kena pada tempatnya apatah lagi membabitkan permasalahan akidah.

* DR. ZULKIFLI MOHAMAD ALBAKRI ialah pensyarah Fakulti Undang-undang dan Syariah, Universiti Sains Islam Malaysia, (USIM) Nilai.

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...