Setelah selesai
lawatan kami ke Rumah Anak Yatim dan Miskin Darul Aitam Pattani, kami bergerak
pula ke Universiti Fatoni. Universiti Fatoni dibina di atas sebuah tanah wakaf dan
mendapat bantuan dari Timur Tengah.
Pada awalnya,
universiti ini diberi nama Yala Islamic University (YIU) dan kini dikenali
sebagai Fatoni University (FTU).
* Team
Darul Wardah di hadapan pintu gerbang Universiti Fatoni
Setibanya kami di
sana, kami disambut dengan mesra oleh Ustaz Dr Mazlan bin Muhammad yang merupakan
Timbalan Rektor Universiti Fatoni di Masjid Haromain. Team kami bertuah kerana
berpeluang berjumpa dengan Ustaz Mazlan yang sangat sinonim dengan Universiti
Fatoni dan mengetahui banyak kisah di sebalik terbinanya universiti tersebut.
*Sesi
taklimat dari Timbalan Rektor Universiti Fatoni, Ustaz Dr. Mazlan bin Muhammad
Menurut Ustaz
Mazlan, mahasiswa yang belajar di situ bukan hanya dari Thailand Selatan, ada
juga dari Chiang Mai, Thailand Utara, termasuk dari Bangkok dan beberapa negara
lain. Persekitaran yang biah solehah sangat bertepatan dengan universiti
tersebut sebagai sebuah universiti Islam di Thailand.
Ustaz Mazlan juga
menceritakan tentang sejarah universiti tersebut dan sejarah Fatoni sendiri.
Mereka juga berusaha untuk mempertahankan bahasa Melayu Fatoni sehingga terbina
sebuah fakulti yang mempunyai jurusan khusus mengenai bahasa Fatoni.
Kemudian, rombongan
kami singgah sebentar ke Masjid Kerisik
yang juga terletak di Fatoni untuk
melihat dan menjejaki sejarah masjid ini. Masjid Kerisik dalam bahasa Thailand
dikenali Krue Se Mosque atau Pitu Krue-ban Mosque, terletak dalam wilayah
Pattani, Thailand. “Kerisik” ialah perkataan Melayu yang beerti pasir di
kawasan pantai yang berwarna putih bagaikan mutiara.
Walaupun Masjid
Kerisik tidak pernah siap dibina, tetapi masjid ini sentiasa menjadi tumpuan
masyarakat untuk beribadat. Peristiwa berdarah berlaku sewaktu masyarakat baru
selesai menunaikan solat fardhu dan dengan tiba-tiba dikepung oleh tentera
Thailand. Jemaah masjid tidak dibenarkan keluar dalam tempoh masa yang lama
sehingga tembakan bermula yang bukan hanya dari tentera malah juga bom dari
helikopter Apache yang dijatuhkan ke dalam kubah masjid. Sesungguhnya peristiwa
tersebut tidak mungkin dapat dilupakan oleh masyarakat Fatoni dan kesan
tembakan masih lagi ada di masjid tersebut.
*Di
hadapan Masjid Kerisik, Fatoni bersama para pelajar Maahad Ma’arif Fatoni
*Masjid
Kerisik yang hingga kini masih lagi utuh
*Kesan
tembakan di Masjid Kerisik yang masih kelihatan sehingga kini
Bersambung
J