Friday, November 29, 2019

SEINDAH RABIATUL ADAWIYAH


26 November 2019

Nasional FM Ambil Tahu Siri 7 di Darul Wardah.

Telah diadakan Rakaman Raudhah "Seindah Rabiatul Adawiyah" bersama dengan YBhg Ustazah Isfadiah anjuran Nasional FM melibatkan keseluruhan pelatih dan warga kerja Darul Wardah.

Alhamdulillah pengisian ilmu yang sangat padat dan tajuk yang relevan dari Ustazah Isfadiah untuk dijadikan pedoman dan pengajaran kepada semua yang mendengar khususnya anak-anak pelatih Darul Wardah.

Keseluruhan pelatih dan warga kerja Darul Wardah juga menerima bingkisan istimewa pemberian dari Nasional FM. Alhamdulillah. Pemberian yang sangat bernilai untuk kami disini.

Jutaan terima kasih dari team DARWA untuk keseluruhan warga kerja Nasional FM yang telah memberikan sepenuh tenaga dan hati untuk program ini. Terima kasih kerana memilih rumah kami dalam Siri Nasional FM Ambil Tahu ini. Syukur Alhamdulillah. Moga diberkati setiap usaha yang dicurahkan. InsyaAllah bertemu lagi di masa akan datang. 😊😊















LAWATAN KERJA DAR ASSAADAH


21 November 2019

Lawatan Kerja dari Dar Assaadah Majlis Agama Islam Wilayah Persekutuan.

Dar Assaadah juga merupakan Sebuah institusi milik Majlis Agama Islam Wilayah Persekutuan yang memberi perkhidmatan Perlindungan Dan Pemulihan akhlak kepada Wanita Islam yang bermasalah sosial dan hamil tanpa nikah.


Mempunya matlamat dan objektif yang sama dengan Darul Wardah. Moga kunjungan ini dapat memberi manfaat yang banyak kepada kedua-dua buah rumah. Bertukar-tukar buah fikiran dan idea. InsyaAllah menghasilkan impak yang besar.







TOGETHER WE STAND


11 November 2019



Program Together We Stand dari pelajar Kelab Inspirasi UITM Cawangan Kelantan Kampus Kota Bharu.

Mengadakan LDK dan gotong royong bersama pelatih. Terima kasih atas kesudian menjalankan aktiviti bersama warga DARWA. Tahniah dan syabas.
















Thursday, November 28, 2019

SALAM MAULIDUR RASUL 1441H



Salam Maulidur Rasul 1441H. Negara Rahmah Ummah Sejahtera.

Darul Wardah turut sama menyertai Perarakan Maulidur Rasul anjuran Masjid An - Naim Jalan Kebun. Sepanduk direka sendiri oleh para pelatih. Alhamdulillah.

Moga terus mekar cinta dan sayang pada Nabi Muhammad SAW.








Monday, November 4, 2019

HARI SUKAN DARWA



22 Oktober 2019
Hari Sukan DARWA

Alhamdulillah. Syukur Acara Sukan DARWA yang dirangka telah berjalan dengan lancar. Pelbagai acara diadakan seperti perbarisan rumah sukan, lari berpasangan, isi air dalam botol, bawa bola pingpong dalam sudu, belon kasih sayang, cari gula dalam tepung dan pelbagai lagi acara lain yang melibatkan semua pelatih dan staf.


Persediaan untuk perhiasan rumah sukan masing-masing dilakukan secara bekerjasama antara staf dan pelatih, dimana ia dapat membentuk satu idea yang kreatif dan sekaligus menghasilkan hubungan yang baik.

Acara sukan ini bukan sahaja dapat menyihat dan menyegarkan badan bahkan juga merupakan salah satu terapi pemulihan pelatih yang melibatkan perkembangan psikomotor,emosi,sahsiah dan juga fizikal mereka.

Syukur alhamdulillah, warga DARWA merafakkan setingi-tinggi kesyukuran ke hadrat Ilahi kerana melimpahkan kepada kami nikmat kesihatan yang tidak berbelah bahagi. Moga dijauhkan dari golongan yang kufur nikmat.

Mohon didoakan kelangsungan kesejahteraan dan kebaikan kami disini. InsyaAllah.

























LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...