Saturday, November 26, 2011

Seorang Lagi Bayi DiBotakkan

Pihak Darwa telah mengadakan satu majlis ringkas Cukur Rambut anak salah seorang penghuni DarWa sempena Majlis Ibadah Korban yang lalu.

Kami mendoakan semoga anak yang suci bersih ini akan menjadi seorang yang saleh dan beriman kepada Allah SWT.

Sdr. YDP ABIM Kuala Langat, Mohamad Raden Imaduddin sedang menggayakan aksi menggunting rambut seorang bayi yang sedang didokong oleh Sdr YDP ABIM Serdang, Khairul Hamzani Abd Hamid.

Operasi membotak dan melicinkan kepala bayi tersebut akhirnya telah disempurnakan oleh Sdr Raden dan isterinya . Nampaknya, Seorang lagi bayi telah dibotakkan oleh seorang guru dengan disaksikan oleh seorang pensyarah Robotik dengan restu ibunya di DarWa..he..he..

Korban@Darwa Ringkas Tapi Signifikan


11 Zuljijjah yang lalu, DarWa telah menerima sumbangan seekor kambing untuk dikorbankan sempena ketibaan Hari Raya Korban. Kambing jantan berwarna hitam itu telah disembeliah dibelakang rumah oleh Us Zawawi, Mantan YDP ABIM Selangor dan kemudian digantung di Bawah Pohon Ceri.





Ramai pimpinan dan sukarelawan yang hadir membantu mengerjakan operasi kambing tersebut sekaligus memeriahkan suasana Majlis Ibadah Korban@DarWa. Menurut YDP ABIM Selangor, Sdr.Kahirudin Abas, Kehadiran ramai sahabat dalam majlis ini dapat merapatkan ukhuwwah antara aktivis dan pimpinan, sekaligus dapat memberikan suntikan rangsangan motivasi kepada penghuni DarWa .

Pihak pengurusan DarWa mengucapkan Selamat Hari Raya Aidil Adha kepada semua penghuni dan keluarga di DarWa, Alumni-alumni diserata tempat dan juga kepada semua yang hadir dalam Majlis Ibadah Korban 2 di DarWa.Walaupun majlis ini ringkas tapi tetap signifikan.

Friday, November 25, 2011

Berita Sedih Menjelang Tahun Baru Hijrah

Rumah No 8 Darwa telah pun dijual oleh pemiliknya pada bulan Ramadan yang lalu. Pembeli yang baru akan masuk kerumah tersebut menjelang awal tahun depan. Ini bermakna Darwa perlu mencari lokasi baru untuk menampung penghuni yang terus bertambah.

Kepada pembaca dan pengunjung yang membaca berita ini ingin, kami mencari rumah sewa yang berpatutan berpagar sekitar Seksyen 30, Shah Alam .

150 remaja berbasikal bertamu ke DarWa

pada 27.11.11 ( ahad ) - Darul Wardah ( DarWa) akan menerima kunjungan 150 orang remaja dan belia dari dari Kuala Langat. Mereka datang berbasikal dalam siri kempen Gaya Hidup Sihat yang sedang digerakkan oleh ABIM Kuala Langat dan Lembaga Penggalakan Kesihatan.

Beberapa aktiviti telah diatur oleh pihak penganjur dan DarWa. Antara aktivitinya ilah sesi taaruf, taklimat mengenai DarWa, Ceramah kesedaran dan keinsafan, Sesi Fotografi dan gotong royong membersihkan kawasan DarWa.

Saturday, November 19, 2011

DOSA HODOH VS DOSA CANTIK



Dosa Hodoh apabila dikaitkan dengan remaja . Remaja terlanjur, buang anak , lari dari rumah, melepak dan seribu hal yang disangkutkan dengan anak-anak muda.

Dosa cantik apabila dilakukan dibangunan –bangunan yang gah dan besar, dibawah lampu yang begermelapan, digedung-dedung dan toko-toko ternama ,dilaksanakan oleh sekelompok manusia yang bijak pandai, transaksinya bukan dentingan syiling,malah melibatkan kiraan sebanyak bintang-bintang dilangit.

Ironis sungguhkan ???

Kita merasa jijik dan kesal dengan kes zina, bunuh bayi, apatah lagi makan babi , menyebutnya terasa nak muntah., tapi dalam kes riba, korupsi, salah guna kuasa, makan harta orang lain, terasa macam tak ada apa-apa.

Imam An-Nawawi rh berkata : “Telah Ijma’ seluruh ulama Islam tentang pengharaman Riba dan ianya termasuk dalam kategori dosa besar." [Rujuk Al-Majmu’, 9/391]

Berkata Imam Qatadah rh : “ Allah menjanjikan ahli Riba dengan hukuman bunuh, dan akan mendapatkannya dimana sahaja mereka berada” [At-Tabari, 3/72]

Berkata Ibnu Abbas r.a : “ Tidak diterima dari pemakan riba ( yang menggunakan harta riba tadi) sedeqahnya, hajinya, jihadnya dan persaudaraannya.” [Al-Jami’ li Ahkamil Quran, Al-Qurtubi, 3/362 ; Az-Zawajir ‘An ‘Iqtiraf al-Kabair , ibid, 1/224]

Imam Malik Bin Anas rh pula berkata : “Telah ku buka lembaran-lembaran Kitab Allah SWT dan Sunnah Nabi SAW dan tidak ku dapati (dosa) yang lebih buruk dari Riba, kerana Allah SWT dalam mengistiharkan atau mengizinkan perang ke atasnya” [Al-Jami’ Li Ahkam Al-Quran, Al-Qurtubi, 3/364 ]

Rasulullah S.A.W bersabda bermaksud “Riba mempunyai 73 pintu, Riba yang paling ringan (dosanya) seperti seorang lelaki berzina dengan ibunya”. [Hadith Riwayat Ibnu Majah]

Rasulullah S.A.W bersabda bermaksud : "Satu dirham riba dosanya lebih berat daripada dosa orang berzina tiga puluh enam kali ." [Hadith Riwayat Muslim]

Dari Ubadah bin Sha’id, daripada Nabi S.A.W, sabdanya : " Emas dengan emas, perak dengan perak, beras dengan beras, gandum dengan gandum, kurma dengan kurma dan garam dengan garam, kalau sama macamnya dan sama bentuknya ( adalah ) riba. Tapi bila berlainan jenisnya maka lakukanlah jual beli jika kamu menghendakinya selama dengan tunai ."

[Hadith Riwayat Muslim]

Umar bin Al-Ahwash daripada bapanya meriwayatkan, katanya : " Saya mendengar Rasullullah SAW berpidato pada Haji Wada’ : " Wahai manusia..sesungguhnya darah kamu, harta kamu dan kehormatan kamu haram atas kamu seperti haramnya hari kamu ini di kota kamu ini. Ketahuilah bahawa setiap riba daripada riba Jahiliyah dilarang bagi kamu. Kamu hanya berhak atas modal kamu. Kamu tidak boleh menganiaya dan tidak boleh dianiaya ." [Hadith Riwayat Muslim]

Rasulullah S.A.W bersabda bermaksud “Riba mempunyai 73 pintu, Riba yang paling ringan (dosanya) seperti seorang lelaki berzina dengan ibunya”. [Hadith Riwayat Ibnu Majah]

Imam Malik Bin Anas rh pula berkata : “Telah ku buka lembaran-lembaran Kitab Allah SWT dan Sunnah Nabi SAW dan tidak ku dapati (dosa) yang lebih buruk dari Riba, kerana Allah SWT dalam mengistiharkan atau mengizinkan perang ke atasnya” [Al-Jami’ Li Ahkam Al-Quran, Al-Qurtubi, 3/364 ]

Berkatalah Abu Hanifah rh pula : “Riba,inilah ayat didalam Al-Quran yang paling menakutkan.” [Rujuk At-Tabari, Hamisyh An-Naisaburi, 4/73]

Ibn Abbas r.a berkata : “Akan dikatakan kepada pemakan riba di hari kiamat : "ambillah senjata kamu untuk berperang dengan Allah SWT kerana Allah SWT dalam mengistiharkan atau mengizinkan perang ke atasnya" [Jami Al-Bayan ‘An Takwil Ayyi Al-Quran, At-Tabari, 3/68 ; Ad-Durru Al-Manthur, As-Suyuti, 3/366]

Berkata Imam Qatadah rh : “ Allah menjanjikan ahli Riba dengan hukuman bunuh, dan akan mendapatkannya dimana sahaja mereka berada” [At-Tabari, 3/72]

Berkata Ibnu Abbas r.a : “ Tidak diterima dari pemakan riba ( yang menggunakan harta riba tadi) sedeqahnya, hajinya, jihadnya dan persaudaraannya.” [Al-Jami’ li Ahkamil Quran, Al-Qurtubi, 3/362 ; Az-Zawajir ‘An ‘Iqtiraf al-Kabair , ibid, 1/224]

Imam An-Nawawi rh berkata : “Telah Ijma’ seluruh ulama Islam tentang pengharaman Riba dan ianya termasuk dalam kategori dosa besar." [Rujuk Al-Majmu’, 9/391]

Friday, November 11, 2011

MUSIM BARU ! PENGHUNI BARU !


Assalamualaikum !

Selamat bertemu kembali !
Lama Kak Wardah tak menulis.
Alhamdulillah , akhirnya yang dinanti selama sembilan bulan akhirnya muncul !
Sekarang sedang berpantang, sebab tu Kak wardah tak melayani sebarang kemusykilan sepanjang dua tiga bulan ni.
Sibuk menguruskan kesihatan diri. Kak wardah gagahkan diri, untuk menulis dan melayani kembali permintaan-permintaan yang diluar sana, semakin hari semakin mencurah !

Ralat rasanya meninggalkan dakwah terlalu lama !

Pengumuman MUSIM BARU di DARWA !!!

1. Kes yang diterima diDARWA ada TIGA Kategori:

a) Kes AKIDAH- melibatkan saudara baru, yang peluk Islam tiada perlindungan,kebajikan dan bimbingan, ada yang terpaksa balik ke agama asal, ada yang berlindung di institusi yang bukan dikendalikan oleh non Muslim. INI KEUTAMAAN Darwa.

b)Kes KEGANASAN RUMAHTANGGA. Yang kena pukul, tampar, sebat, ancaman bunuh , sepak terajang dll. DARWA bantu beri perlindungan sementara sehingga dapat cari jalan keluar.
Biasanya kita dapatkan IPO.

c) Kes MENGANDUNG LUAR NIKAH.Yang hari-hari kami dapat kes macam ni. Keutamaan DARWA pada kes sumbang mahram, dan rogol. Adapaun kes ZINA , kami biasanya ada syarat-syarat yang perlu dipatuhi oleh ibubapa/ penjaga dan bakal penghuni. Yang ini untuk pencari-pencari maklumat diluar sana , silalah buat appointment dan berhubungan dengan pihak DARWA dahulu. YANG PALING PENTING!!!!

Jika mahu berhubungi dengan kami tolonglah telefon pada waktu kerja jam 9.00 pagi-sampai 5.00 petang. Isnin-Jumaat.Hari minggu biasanya kami ada program pendidikan dan pencegahan diluar.

Tolonglah, jangan menelefon waktu maghrib, waktu kami nak tidur, atau waktu dinihari ketika masih diulit mimpi! kami pun kena uruskan diri dan keluarga ! kesian mereka !

Untuk talian yang digunapakai 019 2774175 atau 019 3636394 atau pejabat 03 55118994.

Mohon maaf, jika layanan kami sebelum ini kurang memberangsangkan.

Kerja-kerja sukarela memang memerlukan kesabaran dan komitmen yang tinggi.
Moga mendapat dokongan dari semua dan yang paling penting keredhaan Illahi!

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...