Saturday, November 26, 2011

Seorang Lagi Bayi DiBotakkan

Pihak Darwa telah mengadakan satu majlis ringkas Cukur Rambut anak salah seorang penghuni DarWa sempena Majlis Ibadah Korban yang lalu.

Kami mendoakan semoga anak yang suci bersih ini akan menjadi seorang yang saleh dan beriman kepada Allah SWT.

Sdr. YDP ABIM Kuala Langat, Mohamad Raden Imaduddin sedang menggayakan aksi menggunting rambut seorang bayi yang sedang didokong oleh Sdr YDP ABIM Serdang, Khairul Hamzani Abd Hamid.

Operasi membotak dan melicinkan kepala bayi tersebut akhirnya telah disempurnakan oleh Sdr Raden dan isterinya . Nampaknya, Seorang lagi bayi telah dibotakkan oleh seorang guru dengan disaksikan oleh seorang pensyarah Robotik dengan restu ibunya di DarWa..he..he..

Korban@Darwa Ringkas Tapi Signifikan


11 Zuljijjah yang lalu, DarWa telah menerima sumbangan seekor kambing untuk dikorbankan sempena ketibaan Hari Raya Korban. Kambing jantan berwarna hitam itu telah disembeliah dibelakang rumah oleh Us Zawawi, Mantan YDP ABIM Selangor dan kemudian digantung di Bawah Pohon Ceri.





Ramai pimpinan dan sukarelawan yang hadir membantu mengerjakan operasi kambing tersebut sekaligus memeriahkan suasana Majlis Ibadah Korban@DarWa. Menurut YDP ABIM Selangor, Sdr.Kahirudin Abas, Kehadiran ramai sahabat dalam majlis ini dapat merapatkan ukhuwwah antara aktivis dan pimpinan, sekaligus dapat memberikan suntikan rangsangan motivasi kepada penghuni DarWa .

Pihak pengurusan DarWa mengucapkan Selamat Hari Raya Aidil Adha kepada semua penghuni dan keluarga di DarWa, Alumni-alumni diserata tempat dan juga kepada semua yang hadir dalam Majlis Ibadah Korban 2 di DarWa.Walaupun majlis ini ringkas tapi tetap signifikan.

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...