Monday, August 6, 2018

LIGHT HER WAY HOME

6 Ogos 2018.

Alhamdulillah. Projek Mini Garden di laman Darul Wardah sudah dirasmikan dengan sempurna sebentar tadi. Program yang dinamakan " Light Her Way Home" anjuran Pelajar Yayasan Tenaga Nasional (YTN) dengan usahasama Bahagian Padi, Tanaman Industri dan Florikutur, Jabatan Pertanian Malaysia telah dijalankan sejak 2 bulan yang lepas. Program ini adalah bersempena dengan Corporate Social Responsibility (CSR) Yayasan Tenaga Nasioanal 2018. Program yang dijalankan secara berperingkat ini bermula daripada semaian biji benih di Bahagian Padi, Tanaman Industri dan Florikultur (PTIF) sehinggalah majlis perasmian di Darul Wardah sebentar tadi. Mini Garden yang mereka lakukan ini lengkap dengan pemasangan 'ecopond', pemasangan lampu solar serta pemasangan pergola dan 'pavements'. Majlis perasmian tadi disempurnakan oleh Datuk Dr. Shaari Md Nor iaitu Pengarah Yayasan Nasional. Turut hadir wakil staf dari Jabatan Pertanian Malaysia. Pelajar Uniten juga sempat mengadakan demonstrasi pencegahan jenayah kepada para pelatih Darul Wardah. Mereka juga mengadakan sharing session mengenai Solar dan Home Plantatic. Satu program yang sangat memberangsangkan daripada mereka, juga satu usaha murni yang sangat membanggakan. Kami disini merakamkan ucapan setinggi-tinggi tahniah dan terima kasih kerana memilih Darul Wardah terlibat dalam projek ini. Kami mendoakan usaha murni ini diberkati dan semoga Allah memberikan rezeki yang berterusan kepada kalian. Tahniah kerana berjaya melahirkan mahasiswa dan mahasiswi yang masyarakat negara dan juga kebajikan sosial. Semoga kalian sentiasa dalam perlindungan dan keberkatan. Darul Wardah akan berusaha sebaiknya menjaga projek mereka ini disini. Sebuah Garden yang sangat indah, strategik,moden, sedap mata memandang dan sesuai untuk terapi pemulihan spiritual anak-anak DARWA. Alhamdulillah. Alf syukran pelajar Yayasan Tenaga Nasional.













LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...