9 Mac 2021
Program Jati Diri diadakan selama 2 hari 1 malam. Program ini dijalankan bagi memupuk semangat perpaduan dalam kalangan pelatih disamping dapat merehatkan minda mereka dengan kehidupan alam sekitar. Aktiviti luar juga membantu pelatih dengan membuka minda dan menambahkan lagi ilmu pengetahuan serta memberi sedikit sebanyak pengalaman terhadap diri setiap individu.
Objektif utama program ini adalah mendedahkan potensi diri setiap pelatih dalam bagaimana cara mendekatkan diri dengan Allah. Disamping ia memupuk disiplin dan sahsiah diri pelatih dalam menangani cabaran kehidupan. Kewibawaan individu membentuk generasi yang cemerlang di masa akan datang.
Alhamdulillah program ini telah berlangsung dengan jayanya. Tahniah dan syabas kepada semua warga kerja yang bertungkus-lumus dalam menjayakan program dan pengisian slot yang mantap. Semoga Darwa terus maju dan melahirkan insan yang berkualiti kepada keluarga, agama, bangsa dan negara. InsyaAllah