Monday, August 26, 2019

SODEXO SERVATHON 2019



24 Ogos 2019
Syukur Alhamdulillah, Darul Wardah termasuk dalam 6 buah Pertubuhan Kebajikan yang dipilih untuk menghadiri acara tahunan Sodexo Malaysia yang dinamakan Sodexo Servathon 2019 berlangsung di Menara Zurich Kuala Lumpur Sabtu yang lepas. Kami dibawa pergi dan pulang menaiki bas yang disediakan pihak Sodexo.

Sodexo telah menubuhkan Yayasan STOP Hunger pada tahun 1999 dan program Servathon telah menjadi satu program global organisasi pada setiap tahun. Syukur, Darul Wardah berpeluang menjadi sebahagiannya pada tahun ini.


Pelbagai acara permainan dan kelas masakan diadakan pada hari tersebut yang dianjurkan untuk meraikan para peserta yang dijemput. Sejurus selepas itu, semua jemputan diraikan dengan sama-sama menikmati makanan tengah hari yang turut disediakan oleh kakitangan Sodexo.

Sebelum bersurai, setiap pertubuhan membawa pulang sumbangan dalam pelbagai bentuk seperti alat tulis, barangan makanan kering, makanan sejuk beku, pakaian dan pelbagai lagi. Alhamdulillah kami di Darul Wardah sangat bersyukur atas sumbangan diberikan dan akan digunakan sebaiknya disini.

Jutaan terima kasih diucapkan kepada Sodexo Malaysia atas jemputan ini. Kami sangat gembira dan bersyukur berpeluang menjadi sebahagian daripada acara tahunan Sodexo Servathon. Terima kasih tidak terhingga atas jemputan dan layanan yang terbaik kepada kami. Semoga Sodexo Malaysia terus maju dan diperluaskan rezeki. Moga dapat berjumpa lagi. 😊














LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...