Pertubuhan Kebajikan Darul Wardah Selangor (DARWA) melahirkan rasa kesal
apabila Novel Pantai Kasih dijadikan sebagai komponen sastera (Komsas) dalam
mata pelajaran Bahasa Malaysia tingkatan empat.
Darul Wardah yang juga mengendalikan kes remaja hamil tanpa nikah di
Rumah Perlindungan dan Pemulihan Wanita Darul Wardah Selangor berasa amat tidak
wajar sama sekali Teks Novel Pantai Kasih yang boleh disifatkan berunsur lucah
dijadikan sebagai salah satu bahan pembelajaran di sekolah menengah.
Pihak Darul Wardah berasa simpati dengan guru-guru yang bukan sahaja
dibebani dengan pelbagai tugasan. Amanah kerja kadang kala menyebabkan guru
terpaksa meninggalkan kelas. Remaja yang menjalani pemulihan di Rumah
Perlindungan dan Pemulihan Darul Wardah memaklumkan, aktiviti yang mereka
lakukan ketika ketiadaan guru adalah menonton video prono melalui telefon di
belakang kelas!
Pendidikan adalah
wahana untuk membetulkan kemanjadian manusia, menginsankan INSAN. Pihak kami
menggesa panel pemilih supaya lebih berhati-hati, peka dan bertanggungjawab
dalam pemilihan dan penilaian.
Pemilihan buku
Pantai Kasih bertentangan dengan roh Falsafah Pendidikan Negara, Dasar Budaya
Negara dan Dasar Sosial Negara. Teras Pendidikan yang berteraskan kepercayaan
kepada Tuhan, kemuliaan akhlak, ketinggian akal budi tidak akan dicapai dengan
sikap sambil lewa dan ambil mudah. Pendidikan hari ini akan mencorakkan
generasi masa depan.
Pihak Darul Wardah
menganggap bahawa langkah pencegahan adalah lebih baik dari merawat.
Justeru, Darul
Wardah mengesa pihak Kementerian Pendidikan Malaysia untuk meneliti dan
seterusnya mengambil tindakan menarik semula Novel Pantai Kasih yang menjadi
novel Komponen Sastera (KOMSAS) dalam mata pelajaran Bahasa Malaysia tingkatan
4 dari kurikulum sekolah.
HAZLINA ABD RAZAK
PENGERUSI
PERTUBUHAN KEBAJIKAN
DARUL WARDAH SELANGOR
darulwardah@gmail.com