15 April 2021 (Khamis)
Sepanjang bulan Ramadhan ini terlalu banyak barokah dikurniakan kepada kita. Setiap amal dan ibadat akan digandakan pahalanya malah kita juga dikurniakan ganjaran tambahan melalui ibadah khusus dibulan Ramadhan seperti berpuasa sebulan, terawih, malam lailatul qadar dan bersahur.
Maka dalam tempoh sebulan Ramadhan ini rebutlah banyak pahala dan ganjaran yang ditawarkan sebagai bekalan akhirat.
Alhamdulillah terima kasih kepada Team Dapur Panas yang tidak pernah jemu untuk menaja makanan berbuka buat para pelatih. Sesungguhnya amat besar pahala kepada orang yang memberi makanan kepada orang lain untuk berbuka puasa. Syukur Nikmat ya Allah. Moga kepada semua yang terlibat dalam Team Dapur Panas sentiasa diredhai Allah dunia akhirat. Anak-anak di sini tidak akan pernah lupa jasa kalian yang banyak membantu.