Monday, June 24, 2019

MAJLIS SAMBUTAN HARI RAYA WAP SELANGOR



22 Jun 2019

Darul Wardah menghadiri Majlis Sambutan Hari Raya Aidilfitri WAP Selangor di Masjid Ar-Raudhah Seksyen U10 Shah Alam. Terima kasih atas jemputan.





JAMUAN RAYA BERSAMA ABLEACE

21 Jun 2019. Alhamdulillah. Telah selesai Jamuan Raya Ableace bersama Darul Wardah. Ramadhan dan Syawal bersama kami. Moga dilimpahi rezeki berterusan dan hubungan ukhuwah berkekalan. Syukran jazilan daripada kami.








Monday, June 17, 2019

PROJEK KUIH RAYA DAN YUK MUNJUNG

20 mei
15 ramadhan. Seharian Projek Kuih Raya dan Yuk Munjung semalam di Darul Wardah melibatkan semua pelatih dan staf Darul Wardah serta Lajnah Muslimat Masjid An-Naim Jalan Kebun. Alhamdulillah semua bekerjasama membuat dan menikmati kuih samperit, chocolate rice, snowball dan juga ketupat, rendang dan sambal jawa. Alhamdulillah












IFTAR BERSAMA UITM


18 mei
13 Ramadhan Darul Wardah dikunjungi pula pelajar dan pensyarah daripada UiTM Shah Alam. Kunjungan mereka adalah untuk Baju Raya Project dan menaja makanan berbuka untuk Darul Wardah. Mereka juga memberikan perkongsian kepada pelatih disamping memberikan juga pelbagai jenis sumbangan termasuk barangan mentah dan barang keperluan pelatih yang lain. Alhamdulillah. Kami sangat menghargai setiap yang menyumbang kepada kami. Semoga diberkahi. InsyaAllah.








IFTAR BERSAMA ABLEACE

17 mei
12 Ramadhan yang lalu, seperti tahun-tahun sebelum, Darul Wardah didatangi oleh Syarikat ABLEACE yang menaja makanan berbuka untuk kami. Mereka juga turut menyampaikan sumbangan berupa barangan keperluan pelatih, makanan mentah dan sebagainya. Alhamdulillah moga digandakan rezeki buat kalian. Syukran Jazilan.







IFTAR BERSAMA MSU


14 Mei
9 Ramadhan, Darul Wardah dikunjungi oleh pelajar dan juga pensyarah daripada Public Relation Marketing Management & Science University (MSU). Mereka menyumbang makanan berbuka juga memberikan perkongsian kepada pelatih kami. Mereka turut memberikan sumbangan berupa barangan keperluan harian,hamper dan juga wang tunai. Alhamdulillah tidak ternilai sumbangan yang diberikan. Semoga hubungan kerjasama ini terus terjalin. Alf syukran dari kami.








MAJLIS TADARUS AL-QURAN PERDANA

11 Mei 2019
Sekitar Majlis Tadarus Al-Quran Perdana di Masjid An-Naim Jalan Kebun pada  bersamaan 6 Ramadhan.






KURSUS PENGURUSAN JENAZAH



27 April 2019


Pelatih-pelatih Darul Wardah berpeluang menghadiri Kursus Pengurusan Jenazah di Masjid An-Naim Jalan Kebun secara teori dan praktikal. Bersesuaian dengan modul pemulihan spiritual. Alhamdulillah ilmu yang sangat penting untuk dipelajari. Moga mendatangkan kebaikan untuk semua. Mabruk dan syukran kepada pelapis-pelapis anak muda.














LAWATAN KERJA DARIPADA MAJLIS AGAMA ISLAM SELANGOR

25 April 2019

Sekitar Lawatan Kerja daripada Majlis Agama Islam Selangor (MAIS) ke Darul Wardah Khamis yang lalu.












LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...