7 April (Rabu)
Selesai sudah dengan jayanya Program Jom Singgah sempenan kehadiran Tourism Selangor Dun Sg Kandis. Darwa terpilih sebagai tempat Edutourism. Program ini dimulakan dengan ceramah tentang Panduan Penjagaan Anak yang disampaikan oleh Puan Hajah Mahanom Basri selaku Presiden Persatuan Taska Negeri Selangor (PTNS). Perkongsian dan tips yang disampaikan oleh Puan Mahanom telah memberi manfaat dan meningkatkan ilmu para pelatih dalam menjaga anak-anak kecil mereka.
Seterusnya ptogram diteruskan lagi dengan kunjungan daripada team Tourism Selangor yang diketuai oleh Tuan Azrul Shah bin Mohamad (Pengurus Besar Tourism Selangor) dan team YB Tuan Mohd Zawawi Ahmad Mughni (Adun Sg Kandis). Pengisian program berfokus kepada lawatan tapak dan jualan amal yang disediakan dan dibuat oleh para pelatih darwa sendiri. Terdapat beberapa booth yang dibuka iaitu booth dekorasi kek dan cookies yang baru keluar dari oven, jahitan tangan dan kraftangan. booth jualan goodies dan cenderamata juga turut ada.. Booth sayuran dan pokok bunga juga turut tersedia. Tidak terlepas juga aiskrim Malaysia juga turut terjual sebagai pembasah tekak.
Terima kasih kepada semua pihak yang sudi memberi kerjasama yang baik. InsyaAllah ada rezki kita ketemu lagi.