Monday, December 30, 2019

PROGRAM ALLAH SAYANG KITA


27 Disember 2019

Program Allah Sayang Kita daripada Fakulti Pendidikan Islam UKM.

Program bermula selepas Maghrib hingga selepas Isyak. Dimulakan dengan Solat Maghrib berjemaah dan diteruskan dengan Slot Kenali Diri sebelum berhenti untuk Solat Isyak berjemaah. Slot Wasiat Iman dimulakan sejurus selesai Solat Isyak,dimana di dalam slot ini mereka membawa para pelatih mengingati kematian. Dengan itu, nilai kehidupan dan anugerah nyawa yang diberikan akan terasa lebih berharga unuuk dimanfaatkan dalam sisa baki umur yang tidak tahu penghujungnya.

Alhamdulillah. Pengisian yang sangat bermanfaat dan diharapkan pelatih dapat meraih semangat baru dan kekal positif untuk berubah walau ada sejarah hitam yang pernah berlaku dalam kehidupan mereka.

Terima kasih atas penganjuran program ini. Semoga setiap jiwa yang menjayakannya mendapat kebaikan dunia dan akhirat. InsyaAllah.










LAWATAN BERSIRI FMS


19 Disember 2019

Lawatan Bersiri FMS.

Kali ini Lawatan Bersiri FMS membawa tajuk Penjagaan Pra Kehamilan untuk dikongsikan bersama Pelatih-pelatih Darul Wardah. Disampaikan oleh Dr. Salbiah dan Dr. Riza juga dua orang Jururawat dari Klinik Desa Jalan Kebun.

Banyak ilmu mengenai kesihatan wanita, ibu dan kanak-kanak telah disampaikan dalam Lawatan Bersiri ini sepanjang tahun 2018 dan 2019 ini yang bertepatan dengan keadaan pelatih di rumah kami. Jutaan terima kasih diucapkan kepada semua yang telah terlibat atas penyampaian ilmu teori dan praktikal ini. Terima kasih atas keprihatinan terhadap kami disini. Semoga diganjari dengan seribu kebaikan. InsyaAllah.









KEMBARA BAKTI SRIKANDI MASJID AN-NAIM


17 Disember 2019

Kembara Bakti Srikandi Masjid An-Naim

Alhamdulillah telah selesai Program Kembara Bakti Srikandi di Darul Wardah pada pagi ini. Dimulakan dengan ceramah Berani Berhijrah dari Puan Hanis Farhana yang menyentuh sedikit sebanyak mengenai akil baligh untuk remaja perempuan dan sebagainya.

Seterusnya disambung dengan Slot DIY Jambangan Coklat. Setiap Srikandi dan pelatih Darul Wardah diberikan coklat untuk dibuat jambangan mengikut kreativiti mereka. Satu Terapi Seni yang menarik dalam melibatkan modul pemulihan mereka. Tahniah! Semuanya mampu membuat jambangan coklat yang menarik. Untuk adik-adik Srikandi mereka akan menyerahkan jambangan coklat tersebut kepada warga emas yang akan mereka lawati esok.

Syabas dan tahniah kepada penganjur program ini; Masjid An Naim atas pengelolaan program yang menarik untuk musim cuti sekolah ini. Terima kasih kerana sudi memilih Darul Wardah sebagai salah sebuah tempat Kembara Bakti Srikandi. Moga diberkahi.







PROGRAM PEMANTAPAN SOLAT


16 Disember 2019

Program Pemantapan Solat dari pelajar Fakulti Pengajian Islam Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM).

Dimulakan dengan penerangan mengenai apa itu solat dan diikuti dengan praktikal solat bersama pelatih. Alhamdulillah diberikan ilmu fardhu ain yang sangat bermanfaat untuk semua. Mereka turut memberikan sumbangan berupa makanan kering untuk kegunaan pelatih dan cenderahati untuk semua.

Syukran diucapkan atas perkongsian program disini. Ilmu yang diberikan akan digunakan sebagai panduan hidup untuk keseluruhannya. InsyaAllah. Alf syukran dari kami.











KURSUS PEMBUATAN SABUN DAN KELAS PENGURUSAN STRESS


10 Disember 2019

Alhamdulillah selesai sudah Kursus Pembuatan Sabun dan Kelas Pengurusan Stress untuk warga kerja Darul Wardah dan Rakan Dakwah DARWA di Institut Biosains Universiti Putra Malaysia.

Sangat bersyukur diberikan peluang menjalani kursus ini sekaligus menambah skil dan kemahiran untuk kebaikan dan kemajuan Pertubuhan Kebajikan Darul Wardah.

Sekalung penghargaan diberikan kepada team Projek Komuniti CSR UPM terutama Dr Sharida selaku Pengarah Projek, Puan Musliana dan Puan Rafidah selaku tenaga pengajar Pembuatan Sabun dan Kelas Pengurusan Stress, juga puan Sophiah tenaga pengajar kelas jahitan yang telah pon berlangsung sebelum ini. Akan kami manfaatkan ilmu yang telah dipelajari sebaiknya. Terima kasih atas tunjuk ajar tulus ikhlas yang telah diberikan. Semoga Allah memberkahi kalian. TERBAIK. Alhamdulillah.





















LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...