Tuesday, October 9, 2018
LAWATAN BERKALA FMS
27.9.2018 Khamis.
Lawatan berkala FMS ke Darul Wardah. Kali ini tajuk yang disampaikan adalah mengenai Sexual Transmitted Disease/HIV, Jaundice dan juga Autism Spectrum Disorder. Turut diadakan ujian saringan HIV kepada para pelatih. Alhamdulillah usahasama yang baik seterusnya memberi faedah yang sangat banyak kepada kami disini. Jutaan terima kasih kepada para Pegawai Perubatan Daerah Klang atas program yang diadakan ini. Moga diberkati. InsyaAllah.
PROGRAM KONGSI RASA
22 September 2018, Sabtu.
Selesai sudah Program Kongsi Rasa @ Maal Hijrah di Masjid An- Naim Jalan Kebun. Program hasil kerjasama ADUN Sg. Kandis, Majlis Permuafakatan Anak Yatim & Miskin Jalan Kebun, Majalah Keluarga , Darul Wardah, ABIM Shah Alam dan Pusat Khidmat Dun Sg. Kandis.
Pelbagai aktiviti diadakan seperti pertandingan mewarna, pertandingan masakan jawa, pemeriksaan kesihatan juga penyampaian sumbangan kepada golongan terpilih. Program dirasmikan oleh YB Ustaz Zawawi Mughni. Alhamdulillah rezeki anak-anak DARWA terpilih menerima sumbangan. Terima kasih kepada semua yang menjayakan dan bekerjasama dengan setulus hati. Moga diberkati.
SAMBUTAN HARI KEMERDEKAAN KE 61
Pelatih DARWA juga tidak ketinggalan meraikan Sambutan Kemerdekaan ke 61 serta Hari Malaysia dengan penuh semangat patriotik. Pelbagai aktiviti dilakukan seperti pertandingan deklamasi sajak, nyanyian lagu patriotik dan juga pertandingan pakaian beragam. Setiap aktiviti dijayakan dengan penuh semangat oleh pelatih. Selamat Hari Malaysia. Sayangi Malaysiaku. 🇲🇾
SALAM MAAL HIJRAH
Salam Maal Hijrah 1440H. Menyantuni Umat Membawa Berkat. Darul Wardah turut berkongsi erti kata hijrah di Wanita Hari Ini 11 September 2018. Moga diberi sinar baharu. InsyaAllah.
https://www.facebook.com/whitv3/videos/2149854568606009/
Subscribe to:
Posts (Atom)