Friday, July 2, 2021

Hari Ketamadunan 5 Negara Asia

30 Jun 2021 (Rabu) 

Penutup tirai bulan diraikan dengan pertandingan antara 5 buah negara iaitu India, Jepun, Korea, hina dan Arab Saudi. Program ini salah satu inisiatif terapi psikomotor bagi melihat kemahiran dan kebolehan yang ada pada diri pelatih. Ternyata sangat kreatif. Hanya menggunakan kain perca dapat menghasilkan pakaian yang menarik.Terdapat empat kategori yang dipertandingkan iaitu:

1) Pembentangan negara
2) Peragaan pakaian
2) Nyanyian dan tarian
4) Hidangan yang menyelerakan

Alhamdulillah Ustazah Hazlina hadir ke program ini sebagai juri tetap. Ribuan terima kasih kepada guru pembimbing kumpulan Pn Nisha, Pn Bai, Cikgu Rokiah dan Cikgu Aila yang tidak jemu berkongsi ilmu kepada pelatih. Tahniah untuk semula kumpulan yang bertanding. Tahniah semua! Berikut adalah keputusan bagi keseluruhan pertandingan, dimenangi oleh:

1) Juara- Negara India (Bimbingan Pn Bai)
2) Naib Juara - Negara Jempun (Bimbingan Pn Bai)
2) Ketiga - Negara Korea (Bimbingan Cikgu Aila)
4) Keempat - Negara China (Bimbingan Pn Nisha)
5) Kelima - Negara Arab Saudi (Bimbingan Cikgu Rokiah)















Sumbangan Makanan menggembirakan

 29 Jun 2021 (Selasa)

Sumbangan makanan daripada insan prihatin untuk pelatih. Alhamdulillah syukur selalu. Hanya ucapan ribuan terima yang tidak terhingga pada team Dapur Panas, team Ustaz Syaiful dan waris pelatih.

Rezeki itu milik Allah, semakin kita ikhlas memberi kepada orang lain, semakin Allah sayang. Allah akan memberi rezeki dari pelbagai sudut. Sebab itulah sebagai hamba, Allah sentiasa menggalakkan hambaNya berkongsi rezeki antara satu sama lain.













Sumbangan dari hamba Allah dikala keperitan pandemik

 28 Jun 2021 (Isnin)

Alhamdulillah syukur ke hadrat Illahi ketika musim pandemik Darul Wardah menerima sumbangan daripada insan-insan prihatin bagi membantu mengurangkan beban perbelanjaan untuk anak-anak di sini. Rezeki pelatih menerima pelbagai bentuk sumbangan dari segi barangan keperluan harian dan wang tunai. Tambahan pula rumah jagaan wanita seperti kami sentiasa beroperasi dikala pandemik.

Terima kasih kepada semua penyumbang, Team Ustaz Akmal dan para sahabat serta Team Brainy Bunch. Semoga Allah melipat gandakan rezeki Tuan Puan sekeluarga dan dibalas dengan kebaikan dunia akhirat.


















Seminar Solusi Cabaran Rumahtangga

 27 Jun 2021 (Ahad)

Susulan dari kes keganasan rumahtangga yang semakin meningkat ekoran dari krisis ekonomi ketika pkp, maka MACMA Malaysia telah menjalan seminar solusi keganasan rumahtangga bagi menyampaikan maklumat kepada mereka di luar sana supaya mendapat jalan dan pencerahan. Program ini mendapat sambutan yang hangat. Rata-rata ramai akui mereka tertekan dan ditekan apabila kewangan keluarga semakin terjejas teruk.



Hari Ayah Sedunia

 20 Jun 2021 (Ahad)

Alhamdulillah pelatih berkesempatan meraikan sambutan hari bapa sedunia meskipun jauh dari keluarga. Mereka mengikuti kelas bakeri untuk menghasilkan kek brownies. Hasil brownies adalah bergantung kepada kreativiti bagi setiap kumpulan. Terima kasih ayah!












LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...