Friday, August 26, 2011

Tragedi Sedih di Ambang Aidilfitri

25 Ramadan - Seorang alumni Darwa, seorang muslim ( dulu muallaf keturunan Tamil beragama Hindu) membaritahu pihak kami bahawa beliau dan keluarganya diminta keluar dari rumah yang disewanya menjelang akhir bulan ini. Beliau mempunyai lima orang anak yang berusia 3 tahun - 12 tahun. Baru mendapat kerja di sebuah syarikat pengurusan pinjaman kredit. Sejak mendapat kerja ini, jadual hariannya semakin sebok bahkan hari sabtu dan ahad pun dia akan melaksanakan kerjanya dengan penuh dedikasi dan bersemangat.

Ketika ditanya kenapa tuan rumah minta keluar rumah sedangkan Hari Raya hanya tinggal beberapa hari sahaja lagi. beliau memaklumkan bahawa tandas tersumbat dan dia minta tuan rumah untuk selenggarakan tangki tandas. Tetapi ia enggan dan minta dia buat sendiri. Dengan keadaan kewangannya yang sangat terbatas tentunya ia tidak mampu untuk mengupah orang untuk membersihkannya.

Untuk makluman sewa rumahnya dibayar oleh pihak Zakat untuk tempoh 6 bulan.Jika tamat tempoh ia perlu memperbaharuiya. Oleh kerana terlalu sebok bekerja ia terlepas pandang untuk memperbaharuinya dan akhirnya tuan rumah minta duit diposit rumah ditolak sebagai sewa untuk bulan seterusnya dan sewa tersebut akan berakhir pada akhir ogos ini.

Pihak darwa sudah menawarkan untuk membayarkan sewa untuk bulan sembilan untuk memberikan keringanan keluarganya menyambut aidil fitri. Setakat ini belum mendapat apa-apa respon. Tetapi tuan rumah sudah membawa penyewa baru dan dia mendesak supaya si Y berpindah kerumah lain.

Dalam kesibukan urusan akhir Ramadan ini, pihak Darwa memang agak kesuntukan masa untuk membantu. Pengurus telah pun balik bercuti untuk menyambut aidil fitri bersama keluarga yang telah lama tidak bersua. Ramai sukarelawan pula sebok dengan urusan masing-masing. Nampaknya Y terpaksa mengahadapi semua kepayahan ini seorang diri. dengan keadaan terbuang dari keluarga kerana mempertahankan Aqidah Islamnya, tentunya cabaran ini begitu menggugat jiwa. semoga Allah memberi kekuatan dan hidayah kepada mereka semua.

Anehnya, tuan rumah yang berbangsa MELAYU ini seperti sudah mati rasa dan tidak ada rasa keinsanan untuk membantu sesama insan mustadhafin. Ingatlah, bahawa Allah Maha berkuasa dan Maha Mengaetahui. Doa orang-orang yang dizalimi dan teraniaya itu lebih didengar oleh Allah dan doanya mustajab!

Alhamdulillah dengan sumbangan anda dan insan budiman yang lain dalam tabungan akaun ABIM Selangor ( May Bank )dapat menyelamatkan kehidupan insan marhaen seperti ini. Diluar sana berbagai pihak dari kalangan bukan Islam yang sedia membantu golongan-golongan seperti ini, Janganlah berlaku lagi kejadian seperti yang telah berlaku di DUMC.


SELAMAT HARI RAYA AIDIL FITRI

Sinar Ramadan DARWA@ABIM Prihatin


25 Ogos 2011, Shah Alam - Pada 19 Ogos 2011, DARWA telah menerima satu laporan mengenai wanita berusia 32 tahun yang mempunyai lima anak, dan anak yang pertamanya akan mengambil peperiksaan PMR pada tahun ini manakala yang paling kecil berumur 2 tahun. Suaminya sudah dua tahun menghilang dan merupakan seorang penagih dadah.

Kesukaran wanita ini telah menarik keprihatinan kami di ABIM Selangor dan seluruh keluarga ABIM negeri untuk membantu dan menggerakkan usaha mendapatkan sumbangan dan bantuan yang sepatutnya di negeri Selangor. Alhamdulillah usaha awal telah diambil pelbagai pihak khususnya pihak ABIM Daerah Shah Alam serta DARWA sendiri.

Sekali kita dipanjatkan kesyukuran (Alhamdulillah) kerana hari ini (sekitar waktu tengahari) pasukan DARWA bersama mantan YDP ABIM Selangor (Ustaz Zawawi) serta sahabat-sahabat dari ABIM Mesir (seramai 3 orang) telah selamat menyampaikan sumbangan kepada keluarga terbabit. Sumbangan disampaikan oleh Pengerusi DARWA sendiri, Ustazah Hazlina. Antara maklumat terkini yang diperolehi hasil dari kunjungan tersebut adalah;

a) Menerima bantuan bayaran sewa tertunggak selama 2 bulan,
b) Membuat satu temujanji dengan Hospital Tengku Ampuan Rahimah untuk Puan Katijah
c) Mendapatkan bantuan untuk kes Puan Katijah di Mahkamah Syariah pada 6 Oktober 2011
d) Mereka juga masih perlu untuk menyewa di situ (harga sewaan rumahnya RM500.00 sebulan)

Sebarang bantuan untuk dihulurkan boleh terus ke MAYBANK 562106228176 (atas nama ABIM SELANGOR). Ia merupakan tabung khas DARWA untuk kemudahan penyelarasan bantuan.

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...