Wednesday, August 29, 2018

PROGRAM INSAN SELANGOR BRIDGED WANITA PRIHATIN



20-21 Ogos 2018

Kesemua pelatih Darul Wardah telah ke Program Insan Selangor Briged Wanita Prihatin anjuran Unit Bina INSAN, Bahagian Sumber Manusia, Exco Pendidikan, Pembangunan Modal Insan, Sains Teknologi & Inovasi Kerajaan Negeri Selangor. Program tersebut diadakan di Hotel Aliya Klang yang dikendalikan oleh Ustazah Hazlina sendiri selaku Pengasa Darul Wardah, juga dibantu oleh Cik Normawiyah serta staf Darul Wardah.
.
Program 2 hari 1 malam ini diisi sepenuhnya oleh Ustazah Hazlina mengenai potensi diri dalam setiap individu, konsep taubat, pemulihan spiritual juga langkah-langkah mengawal hati dan nafsu.YB Ustaz Zawawi turut hadir memberi kata-kata nasihat dan motivasi kepada pelatih DARWA. Pengisian yang sangat berguna untuk pelatih sentiasa memperbaharui diri dan mendekatkan diri kepada Allah yang Maha menerima taubat. Moga kita sama-sama berubah kearah kebaikan.











SUMBANGAN DARI KASPUTERI

28 Ogos 2018

Program bersama Kasputeri ptg tadi. Datin Ayu pengasas Kasputeri memberi sumbangan jubah serta tudung untuk setiap pelatih dan juga kata2 motivasi dari beliau. Mereka juga membawa minum ptg utk pelatih. Alhamdulillah. Jutaan terima kasih daripada Darul Wardah. Kami mendoakan moga Allah memberkati rezeki kalian.







PROGRAM PEMBANGUNAN KEMAHIRAN PENTADBIRAN RUMAH PERLINDUNGAN


27-28 OGOS 2018

HOTEL DE PALMA SHAH


Alhamdulillah staf Darul Wardah berkesempatan menghadiri program ini selama 2 hari 1 malam. Tujuan program ini diadakan adalah untuk berkongsi kemahiran kaunseling dan tips-tips serta teknik asas bagi memberi bimbingan kepada penghuni rumah perlindungan. Mendapat pengisian daripada Dr. Jahid Sidek, pengasas Rawatan Islam Manarah mengenai diskusi rawatan Islam seperti sihir. Juga daripada Encik Rinatho mengenai pendekatan kaunseling dalam pengendalian kes. 
.

Juga mendapat pengisian mengenai Modul Istitabah daripada Ustazah Hafizatul Akmal, pengurus Ar-Riqab Mais. Pada hari kedua pulak penceramah daripada USIM, Dr Ahmad Najaa dan Dr Azrul turut memberi perkongsian masing-masing mengenai kepentingan integriti dan juga pengurusan kewangan yang betul. 
.
Turut hadir di majlis penutup, Yang Berbahagia Dr.Hj. Ahmad Shahir bin Makhtar, Pengarah Pembangunan Sosial MAIS dan juga YB Ustaz Zawawi bin Ahmad Mughni selaku Yang Berhormat Adun Sg. Kandis serta Encik Daniyal bin Mat Jusoh, Penolong Setiausaha (Pembangunan Sosial) Bahagian Pengurusan Sumber Manusia.
.
Program yang sangat bermanfaat dan berilmiah yang dapat kami aplikasikan di Darul Wardah. Sangat membantu dalam memantapkan gerak kerja kami disini. Mohon doakan kami dapat melakukan yang terbaik untuk pelatih disini. InsyaAllah.













Monday, August 27, 2018

SUMBANGAN DAGING KORBAN

Anak-anak pelatih Darwa mendapat sumbangan daging korban dari Surau Seksyen 3, Ustaz Zaki di D Kebun Kreatif dan juga dari Haji Zainal sekeluarga. Rezeki daging korban Aidiladha dikongsi bersama anak-anak Darwa. Jutaan terima kasih kami hulurkan. YB Ustaz Zawawi bersama Ustazah Hazlina juga turut sama turun padang. Semoga amalan korban kita semua diterimaNya. InsyaAllah





Friday, August 17, 2018

PERKONGSIAN ILMU BERSAMA MEJAR QAYYUM

17 Ogos 2018.


Terima-kasih Mejar Qayyum yang terus menabur bakti dengan perkongsian ilmu dan pengalaman beliau bersama pelatih-pelatih Darul Wardah serta sumbangan buku utk Maktabah Darwa. Didoakan kebaikan yang berpanjangan untuk Mejar Qayyum. InsyaAllah.




Tuesday, August 14, 2018

SEMINAR UNDANG-UNDANG JENAYAH SYARIAH NEGERI SELANGOR 2018

14 Ogos 2018
Selesai menghadiri Seminar Undang-Undang Jenayah Shariah Negeri Selangor 2018 bertempat di Dewan Syarahan dan Muzakarah Islam Masjid Sultan Salahuddin Abdul Aziz Shah anjuran Jabatan Agama Islam Selangor.
.
Dimulakan dengan Ceramah " Keutamaan Halal Dalam Mencegah Kemungkaran" oleh Ust. Mohd Amri bin Abdullah, Penolong Pengarah Kanan Bahagian Hab Halal Jakim.
.
Seterusnya Wacana dimulakan dengan 3 panel iaitu Dr.Izwan bin Yusof, Penolong Pengarah Kanan, Bahagian KSK Jakim, Ust. Mohamed Hanafiah bin Abdul Malek dari Pertubuhan Kebajikan Sahabat Insan dan Iman Malaysia (SIDIM), dan Prof.Madya Dr. Nik Salida Suhaila Nik Saleh dari USIM. Tuan Mahdi Al-Hilmy bin Arshad pula selaku moderator. 
.
Alhamdulillah, perkongsian yang sangat menarik dan ilmiah. Isu yang dibangkitkan adalah sangat relevan dengan masalah sosial yang semakin berleluasa sekarang. Menjadi tanggungjawab semua pihak untuk membantu mencegah kemungkaran.Moga Allah menghindarkan kita semua daripada perkara-perkara mungkar. Amin.







Monday, August 13, 2018

BENGKEL TEROKAI DUNIA PERNIAGAAN DIGITAL BERSAMA e-USAHAWAN




11 Ogos 2018

Sabtu lepas telah selesai Bengkel 'Terokai Dunia Perniagaan Digital Bersama eUsahawan'. Program eUsahawan adalah satu program yang dijalankan oleh MDEC di bawah Kementerian Komunikasi dan Multimedia. Terima kasih atas perkongsian ilmiah ini.






SECANGKIR TEH @ DARUL WARDAH, SHAH ALAM



SECANGKIR TEH @ DARUL WARDAH, SHAH ALAM 💐

 12 Ogos 2018, Ahad

9.00pagi - 11.00pagi


Pertubuhan Kebajikan Darul Wardah Selangor, No 10 Lorong Haji Taib, Seksyen 30, Kpg Jalan Kebun, Selangor

Bersama Cikgu Junaidah, Pengurus Taski ABIM Shah Alam

Aktiviti : Bengkel Urutan

Alhamdulillah. Semuanya berjalan lancar. Terima kasih kepada Cikgu Junaidah dan team atas perkongsian yang diberikan.






LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...