Wednesday, September 23, 2015

SYARAT KEMASUKAN PELATIH KE DARUL WARDAH


Bagi mereka yang ingin memohon untuk kemasukan atau mendaftarkan anak jagaan ke Darul Wardah, syarat-syarat dan perkara-perkara berikut perlu di ambil perhatian:-

  1. Kes zina dan mengandung tanpa nikah sahaja yang akan berada di Darul Wardah untuk proses pemulihan dan tarbiah. 
  2. Darul Wardah BUKAN tempat untuk menyelesaikan masalah bagi mereka yang mengandung dan melahirkan anak tanpa nikah semata-mata. 
  3. Tujuan utama adalah ikhlas bertaubat kerana Allah SWT, menyesal dan ingin berubah menjadi muslimah yang lebih baik, bersedia untuk belajar dengan bersungguh-sungguh, sanggup menerima teguran dan nasihat dan relahati untuk berada di Darul Wardah tanpa paksaan daripada sesiapa. 
  4. Tempoh pemulihan adalah selama SATU (1) TAHUN (Tiada sebarang rundingan dan budi bicara untuk tempoh kurang daripada satu (1) tahun).
  5. Pelatih, ibu bapa atau waris mesti menghormati dan mematuhi peraturan dan undang-undang Darul Wardah;
  6. Ibu bapa dan waris boleh bekerjasama baik dan menyokong usaha dakwah Islamiyah Darul Wardah untuk mentarbiah pelatih.
  7. Kami tidak membuat sebarang prosedur pengangkatan bayi di Darul Wardah. Bayi pelatih adalah hak mutlak pelatih dan ibu bapa atau waris pelatih. Tiada sebarang dokumen atau akuan pengangkatan yang perlu ditandatangani pelatih atau ibu bapa dan waris berkaitan dengan bayi yang bakal dilahirkan ketika pendaftaran masuk. Sekiranya pelatih, ibu bapa atau waris ingin membuat pengangkatan bayi, prosedur tersebut perlu diuruskan oleh ibu bapa atau waris pelatih sendiri tanpa penglibatan pihak Darul Wardah atau pengangkatan boleh dibuat selepas pelatih menamatkan tempoh pemulihan satu tahun.  
  8. Pelatih mesti di hantar oleh ibu bapa atau waris yang sah sahaja.
  9. Pelatih boleh menguruskan diri sendiri dan boleh menerima arahan dengan baik.
  10. Pengambilan pelatih adalah terhad mengikut kekosongan tempat.
  11. Pihak pengurusan yang akan menentukan sepenuhnya kelayakan seseorang pelatih untuk berada di Darul Wardah.
  12. Perlu menyediakan SEMUA dokumen seperti berikut:  
    • Laporan polis atas nama pelatih (18 tahun ke atas) atau atas nama ibu bapa/waris (bawah 18 tahun) menyatakan “ingin mendaftar masuk ke Darul Wardah dengan rela hati tanpa paksaan daripada sesiapa”;
    • Keputusan ujian kehamilan daripada mana-mana klinik kesihatan atau buku kesihatan ibu mengandung daripada klinik kerajaan (bayi dalam kandungan mesti berusia kurang daripada enam bulan);  
    • Keputusan “scan ultra sound” bayi;
    • Keputusan saringan HIV (ujian darah);
    • Satu (1) salinan kad pengenalan pelatih;
    • Satu (1) salinan kad pengenalan ibu bapa atau waris;
    • Dua (2) keping gambar berukuran pasport pelatih; dan
    • Yuran Pendaftaran dan bulanan

 ** Sebarang pertanyaan atau keterangan lanjut boleh menghubungi pihak pengurusan.  



SENARAI SEMAK BARANG KEPERLUAN PELATIH KETIKA KEBERADAAN DI DARUL WARDAH

  1. Bantal
  2. Cadar
  3. Selimut
  4. Baldi & penyangkut baju
  5. Barang keperluan mandi dan membasuh pakaian
  6. Baju muslimah untuk riadah/santai
  7. Tudung (labuh melebihi paras dada)
  8. Baju kurung atau jubah untuk menghadiri kelas
  9. Telekung solat
  10. Al-Quran Tafsir 
  11. Stokin atau sarung kaki
  12. Kasut bersarung warna hitam
  13. Jam loceng
  14. Buku nota dan alat tulis
  15. Makanan tambahan untuk keperluan peribadi (cth: biskut/milo/nestum/susu/roti) (makanan ringan tidak dibenarkan sama sekali)
  16. Dan barang-barang keperluan lain sepertimana masuk asrama


No comments:

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...