Assalamualaikum w.b.t.
Apa khabar pengunjung blog semua?. Semoga kita
sama-sama sihat wa’afiat dan sentiasa dalam rahmat da redha Allah Taala.
Terlebih dahulu kami mohon maaf kerana telah
lama membiarkan blog Darul Wardah ini bersawang tanpa sebarang posting terbaru.
InsyaAllah, atas permintaan ramai kami akan update aktiviti-aktiviti yang telah
kami lakukan sejak kebelakangan ini.
TEAM BUILDING DARUL WARDAH
Pada bulan April 2015 yang lalu, kami telah
mengadakan Team Building Siri 1 yang diadakan di Kem Bumi Jati selama 2 hari 1
malam.
Team Building ini dikendalikan sepenuhnya oleh
Ustaz Zawawi Haji Mughni dan Ustazah Hazlina Abdul Razak. Objektif utama team
building ini adalah untuk mengeratkan ukhuwah sesama penghuni Darul Wardah yang
kebanyakannya baru sahaja berada di Darul Wardah.
*Ketibaan para penghuni ke Kem Bumi Jati. Alhamdulillah, kami dah ada
van sendiri. Terima kasih MAIS atas sumbangan.
*taklimat program oleh
Ustaz Zawawi
*para penghuni khusyuk mendengar penerangan dari Ustaz Zawawi
Pada
siri pertama ini, penekanan lebih ditekankan berkaitan konsep ta’aruf
(berkenalan), tafahum (memahami) dan takaful (tolong-menolong).
Kesemua ini diterapkan dalam slot dan modul-modul yang dijalankan.
*sesi merapatkan ukhuwah (ta’aruf)
*Hasil
aktiviti dalam kumpulan
*indoor
game
*solat
jemaah setiap waktu termasuk dhuha
*masing-masing
memerah otak melaksanakan aktiviti J
*fokus...
*Slot
yang dikendalikan oleh Ustazah Hazlina
*sesi
luahan perasaan.. nukilkan segalanya pada sebiji belon
*habis
madu sepah dibuang.. kesakitan dan akibatnya terpaksa ditanggung berseorangan.
Lelaki tersebut hilang entah ke mana.
*Ingin
kami lepaskan segalanya.. moga ada episod baru yang lebih baik untuk kami..
*Slot
terapi kasih melalui air
*Bergambar
kenangan sebelum pulang.
Aktiviti-aktiviti
yang berikutnya akan dimasukkan dalam entri yang seterusnya.
Moga bermanfaat buat ummah.
Doakan kami. J