Monday, July 13, 2009

Bukan salah ibu mengandung

Tepat jam 9.00 malam , kak wardah berada di sebuah restoran depanMasjid An Naim.Ditemani suami , bertemu dengan bapa dan pakcik EE.
EE telah lari dari rumah lebih kurang lapan hari. Dia dihantar ke DARWA oleh insan-insan yang masih prihatin. mendengar cerita EE, satu pun tiada yang baik tentang keluarganya.

Begitulah biasanya remaja, mereka dengan mudah menyalahkan orang lain, especially parent.Berada selama lima hari di DARWA, ceritanya asyik bertukar-tukar. Biasalah nak coverline!
Akhirnya beliau mengaku , beliau terlanjur sejak dari form 3 lagi dan bla....bla...bla, seperti yang kita maklumi terjebak dengan pelbagai masalah sosial lain.

peluang bertemu dengan bapanya, kak Wardah hanya mendengar setiap butiran yang keluar dari mulut bapanya.
Ya ! ibu bapa mana yang tak sayangkan anak!bagai menatang minyak yang penuh!Anak-anak sekarang lebih advance!Cerita anak beranak ni berlapis-lapis, Tak dapat dileraikan dalam masa sehari.
Apa pun kak Wardah cuba jalankan tanggungjawab sebaik mungkin dengan mengembalikan anak ke pangkuan keluarga. Adakah EE akan lari lagi......?

Kejutan ditengah Malam

Dah lama Wak tak ke Hospital tengah-tengah malam buta kerana menghanatar orang sakit.Dulu masa isteri Wak nak bersalin dua kali Wak kena kejut awal-awal pagi kerana isteri wak nak bersalin.

Malam tadi Wak dapat signal, seorang penghuni Darwa mengadu sakit perut.Walaupun Wak baru terlelap sekejap selepas selesaikan satu kes yang lain tapi kerana tanggungjawab wak bangun juga.

Semasa wak ambil penghuni tu di Darwa, semua kawan-kawan turut menghantar dimuka pintu memberikan semangat. Maklumlah baru pertama kali nak bersalin.Suami tak ada pulak tu.Kesian pun ada kerana ketika ini semua rakan-rakannya masih bersukaria dibangku sekolah.Sendiri mau ingatlah...

Pukul 2.00 pagi wak terpaksa tinggalkan dia diHospital kerana banyak lagi prosedur yang dia kena lalui dan wak doakan semoga dia tabah menempuh pengalaman baru diwad bersalin.Wak percaya keluarganya akan mengambil berat dan membantunya selepas ini.wak dengar keluarganya tengah kecoh kerana siibu merahsiakan kejadian ini dari keluarga dan sekarang tembelang sudah pecah.Wak tak mau campur.banyak lagi kerja lain yang nak dibuat.

Kepada semua Wak nak kongsikan perasaan ini kerana wak tau semakin hari semakin ramai yang nak masuk mendaftar di Darwa kerana perut yang semakin membusung!

kepada adik-adik diluar sana.....Kembalilah kepada kehidupan yang berpaksikan iman dan takwa kepada Allah.Bertaubat adalah sebaik-baik jalan kepangkuan kebenaran.

Siksa Untuk Si Penzina

semalam Wak Juragan merasmikan Program OSCC anjuran Kerajaan Negeri Selangor dengan kerjasama HELWA ABIM Selangor.Antara panel yang dijemput berforum ialah wakil dari Jabatan Kebajikan Masyarakat.Rupanya Wak kenal dia masa dia jadi Presiden MPP Kolej Darul Hikmah. Shah... namanya. Sekarang dia jadi Pegawai Kebajikan di KS .Sebelum ni bertugas di Sabak Bernam.

Menurut ceritanya, kes yang paling banyak diterimanya ialah kes anak luar nikah @anak zina. Bermacam-macam jenis kes dan ragam remaja dan anak-anak muda bila tiba tahun baru dan pesta-pesta keramaian.Biasanya bulan sembilan, banyak kes kelahiran anak tak sah taraf yang dilaporkan. Begitu juga dengan bulan Mei kerana hasil dari sambutan Kemerdekaan.menurut cerita rakan-rakan yang membuat operasi semasa pesta kerainan ini, banyak kondom ditemui bersepah-sepah ditapak pesta.Yang tak sempat cari pelindung tulah yang terbunting.Pelik juga..dalam ramai-ramai manusia tu, pandai pulak mereka mencelah mencari lubang ke neraka. Sedangkan jalan ke Syurga terbentang luas dihadapan mereka.

Abu Dawood meriwayatkan bahawa ;
Rasulullah SAW bersabda :" Jika seseorang berzina maka imannya itu keluar seperti asap yang menutupi kepalanya dan apabila ia telah selesai berzina imannya kembali lagi.

Samurah bin Jundub meiwayatkan , bahawa Nabi SAW telah didatangi Malaikat Jibril dan Malaikat Mikael, Nabi SAW bersabda :

"Kami melihat ramai orang lelaki dan wanita yang tidak berpakaian didalam tempayan besar yang terletak dibawah api yang panas.Mereka menjerit-jerit kerana kepanasan lalu Nabi bertanya : Siapakah orang itu wahai Jibril?.

Jibril menjawab : " Itulah orang-orang lelaki dan perempuan yang berzina dan itulah azab mereka dihari akhirat nanti! ( Hadis direkodkan oleh Bukhari) .

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...