Assalamualaikum w.b.t.
Alhamdulillah...
Akhirnya kami tiba jua ke destinasi utama kami iaitu di
Rumah Anak Yatim Tanjung Patani. Di sana kami akan menganjurkan beberapa
program untuk anak-anak yatim dan warga kampung. Beberapa aktivti dan program
telah dirangka dan segala persiapan juga telah diatur oleh warga Nat Tanjung.
Ketika ketibaan kami, kami disambut dengan sangat meriah
oleh warga setempat. Mereka sangat ramah menyapa dan meraikan kami seolah-olah
saudara rapat yang sudah lama tidak bersua. Kami terus dihidangkan dengan
makanan yang dimasak sendiri oleh kaum ibu di sana.
*Antara juadah yang menyambut kedatangan kami.. sangat sedap dan membuka selera J
Kemudian, pada
waktu malamnya team Darul Wardah melakukan sedikit perbincangan berkenaan
program yang akan di adakan keesokan harinya di Rumah Anak Yatim Tanjung tersebut.
Antara yang hadir adalah Pengerusi dan para ahli jawatankuasa Rumah Anak Yatim
Tanjung, tok imam, ketua kampung, penghulu dan Yang Berhormat juga turut hadir.
Kami merasakan suasana tersebut jarang berlaku kerana semua pihak turut serta
untuk bermesyuarat demi menjayakan program tersebut.
*Taklimat
berkaitan Rumah Anak Yatim Tanjungyang disampaikan oleh pengerusi rumah anak
yatim tersebut.
Berdasarkan maklumat yang telah diberi, program kami
hanya boleh diadakan selepas jam 10.00 pagi kerana sudah menjadi kebiasaan
warga Patani segala aktiviti harian bermula pada jam 10.00 pagi dan begitu juga
dengan sesi persekolahan.
Pada keesokan harinya, kami dibawa ke rumah ketua
kampung untuk menikmati sarapan pagi. Sudah menjadi kebiasaan masyarakat di
sana, sarapan pagi merupakan hidangan yang agak berat kerana mereka bekerja
berat di siang hari. Seluruh ahli keluarga ketua kampung sangat meraikan
kehadiran kami ke rumah mereka.
*Juadah
kebiasaan di Patani, nasi ulam
*Antara yang istimewa di Patani
*Menikmati
sarapan pagi yang sangat enak.. J
*Bangunan
persekolahan untuk anak yatim di Nat Tanjung
Program kami bermula pada jam 10.00 pagi. Kami
membahagikan team kami kepada dua kumpulan, kumpulan yang pertama menyanjurkan
program untuk anak-anak yatim iaitu pertandingan mewarna dan melukis. Semua
anak-anak yatim di situ sangat gembira dan terhibur sepanjang aktiviti tersebut
diadakan.
*Anak-anak
yatim yang tekun mengikuti aktiviti melukis dan mewarna
*Taklimat
aktiviti yang disampaikan oleh Encik Azali, wakil dari Darul Wardah
Manakala untuk kaum ibu pula, Ustazah Hazlina telah
mengadakan perkongsian bersama kaum ibu di sana dan kebanyakan daripada mereka
merupakan ibu kepada anak-anak yatim di Nat Tanjung. Perkongsian yang
disampaikan lebih kepada perkembangan anak-anak remaja dan bagaimana menjadi
seorang ibu dan isteri yang hebat.
*Ustazah
Hazlina yang bersemangat menyampaikan perkongsian
*Kaum
ibu juga turut khusyuk mendengar perkongsian yang disampaikan
*Sesi
penyampaikan hadian kepada pemenang pertandingan mewarna dan melukis
*Sesi penyampaian cenderahati kepada pengerusi Rumah Anak Yatim Tanjung
*Ustazah Hazlina menyampaian cenderahati dari Darul Wardah kepada wakil
kaum ibu
*Sesi
bergambar bersama beberapa orang kaum ibu yang turut hadir ke program yang diadakan
*Team
Darul Wardah bergambar kenangan dengan AJK Rumah Anak Yatim Tanjung
*Sebelum pulang, dijamu pula dengan gulai kawah oleh penduduk kampung
Terima kasih kepada
semua warga Nat Tanjung Patani yang bekerjasama menyanjurkan program dan
meraikan kehadiran kami.
InsyaAllah, kami
akan berkunjung lagi ke sana membawa sumbangan yanng diperlukan. Sesiapa yang
berminat boleh menghubungi kami atau akan kami war-warkan kemudian.
Sekian.
J
No comments:
Post a Comment