Tuesday, July 30, 2013

TAKLIMAT KHAS IBU BAPA


29 JUN 2013 

DARUL WARDAH buat pertama kalinya telah mengadakan taklimat khas untuk ibu bapa kepada penghuni berikutan beberapa perubahan dan pembaharuan yang telah dibuat oleh pihak pengurusan DARUL WARDAH bagi penambahbaikkan dari segi pentadbiran dan pengurusan.

Taklimat juga diadakan untuk menerangkan kepada ibu bapa beberapa prosedur baharu pihak Hospital dan Jabatan Kerja Sosial Perubatan (JKSP) serta maklumat terkini daripada Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM).

Di samping itu juga Ustazah Hazlina selaku Pengerusi Darul Wardah telah memberi penerangan semula tentang misi dan matlamat penubuhan Rumah Perlindungan dan Pemulihan Wanita Darul Wardah (DARWA) kepada semua yang hadir dan memberi peluang kepada ibu bapa untuk mendapat maklumat dan penjelasan bagi sebarang persoalan mengenai DARUL WARDAH.

Kami amat mengharapkan kerjasama dan sokongan penuh daripada pihak ibu bapa untuk mencapai sasaran kami terhadap setiap penghuni. Alhamdulillah, pertemuan pada hari tersebut telah memberi  hasil yang sangat baik kepada kedua-dua belah pihak. Keterbukaan kedua-dua belah pihak memberi kelapangan untuk semua perkara. Semoga kerjasama dan doa daripada semua pihak dapat mencentuskan semangat bukan hanya kepada kami di DARUL WARDAH malahan kepada ibu bapa serta penghuni sendiri untuk berubah menjadi insan yang lebih baik untuk masa akan datang.

InshaAllah, pertemuaan seperti ini akan diadakan secara berkala untuk mengukuhkan ukhwah di kalangan ibu bapa, penghuni dan pihak pengurusan DARUL WARDAH selain untuk mempertingkatkan pentadbiran DARUL WARDAH sendiri. Ucapan ribuan terima kasih kepada semua hadirin sekalian.




KASIH DIPAUT, MAHABBAH DIPUPUK



LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...