Tuesday, March 26, 2019

BICARA CINTA DI SMK TENGKU AMPUAN JEMAAH

22 Mac 2019.

Jelajah Bicara Cinta di SMK Tengku Ampuan Jemaah. Alhamdulillah, mendapat respon yang sangat positif dari pihak sekolah dan pelajar. Didoakan semua jiwa yang mendengar tadi terhindar daripada perkara-perkara terlarang. Semoga setiap hati yang mendengar sentiasa dibimbing Allah. InsyaAllah. Teruskan menyokong usaha pencegahan dari kami.














Monday, March 18, 2019

ZIARAH KASIH DARI MERU



16 Mac 2019

Program Ziarah Kasih dari Kumpulan Tadabbur Dun Meru. Dihadiri oleh kumpulan Muslimat seramai 44 orang dan turut hadir YB Tuan Mohd Fakhrulrazi bin Mohd Mokhtar dan isteri. Jutaan terima kasih kami ucapkan atas kunjungan ini. Moga berkekalan silaturahim.












KULIAH DHUHA & SOLAT SUNAT DHUHA PERDANA



16 Mac 2019
Darul Wardah menghadiri Kuliah Dhuha dan Solat Sunat Dhuha Perdana di Masjid An-Naim Jalan Kebun.

Majlis dimulakan dengan Solat Sunat Dhuha bersama Ustazah Hazlina dan juga munajat untuk wanita-wanita seluruh dunia, Palestin, Uyghur, Syiria, Palu, Kashmir dan lain-lain.

Kemudian disambung dengan Kuliah Dhuha oleh Ustaz Zamri Zainal Abidin, Pendakwah & Mantan Juruhebah IKIM FM dengan tajuk Sumbangan Sahibiyyah dalam Perkembangan Islam. Turut diadakan penyampaian Anugerah Khas dan Tokoh Wanita kepada mereka yang layak.

Alhamdulillah. Program yang sangat bermanfaat untuk setiap ummah. Tahniah untuk setiap jiwa yang menjayakan program ini. Moga diberkati.
















JELAJAH BICARA CINTA DI MERU

14 Mac 2019, Khamis.


Jelajah Bicara Cinta: Katakan Tidak pada Zina, Arak dan Dadah bersama peserta Penduduk Meru seramai 150 orang di Surau Taman Alam Nyata. Anjuran PKM & Group Tadabbur DUN Meru. Bersama penceramah Norhidayah Sumairi.




MAJLIS ZIKIR DAN SELAWAT BULANAN



Sekitar Majlis Zikir dan Selawat Bulanan di Kediaman Rasmi Dato' Menteri Besar Selangor pada 14 Mac 2019.








TAUTAN KASIH BERSAMA KOLEJ KOMUNITI


10 Mac 2019

Alhamdulillah telah selesai Majlis Tautan Kasih bersama Darul Wardah. Sebuah Program Khidmat Masyarakat Kolej Komuniti Negeri Selangor bersama Alumni mereka yang diadakan di Darul Wardah.

Sebuah Program yang dirangka oleh Pengarah Kolej Komuniti Klang, Ts. Rahizam bin Karim Pengarah KK Klang bersama warga kerja mereka telah menjalankan kutipan sumbangan yang menyasarkan RM4000. Alhamdulillah, kutipan sumbangan melebihi sasaran dan hasil kutipan telah diterjemahkan kepada pemasangan 4 buah CCTV di Darul Wardah yg dipasang sendiri oleh alumni dan pelajar mereka. Satu usaha unggul yang menggabungkan banyak aspek.

Hasil sumbangan yang dijalankan mereka juga diterjemahkan dalam bentuk makanan keperluan harian, barangan bayi, mesin basuh dan cerek kepada Darul Wardah. Sumbangan yang diterima melibatkan alumni, tenaga pengajar dan pelajar daripada 10 Kolej Komuniti di Selangor.

Majlis Tautan Kasih ini dirasmikan oleh LT. KOL. BERSEKUTU (PA) Abdul Razak bin Sabtu DSM, BKT, PJK iaitu Pengerusi Kolej Komuniti Negeri Selangor. Turut hadir Ustazah Hazlina Razak selaku Pengasas Darul Wardah dan juga YB. Tuan Mohd Zawawi Mughni selaku ADUN Sungai Kandis.

Alhamdulillah, kami sangat bersyukur di atas jalinan kerjasama ini. Terima kasih tidak terhingga kepada pihak Kolej Komuniti kerana meluangkan masa, tenaga, wang ringgit bagi menjayakan program ini. Jasa tuan puan tidak dapat kami balas dengan wang ringgit, tetapi sentiasa kami mendoakan semoga Allah memberi ganjaran yang besar dan baik kepada kalian.

Sumbangan pemasangan CCTV dan barangan lain akan kami manfaatkan sepenuhnya disini. Sekali lagi jutaan terima kasih dari kami. Moga sentiasa dalam keredhaan Allah. InsyaAllah.


























LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...