Monday, January 4, 2016

EKSPEDISI DARUL WARDAH KE SELATAN THAILAND (PART 1)


Alhamdulillah, pada 4 hingga 6 Disember 2015 yang lalu, Team Darul Wardah telah menjalankan Ekspedisi Dakwah ke Selantan Thailand. Ekspedisi selama 3 hari 2 malam tersebut dipenuhi dengan pelbagai program di Kawasan Tak Bai, Narathiwat, Yala dan Pattani.


Team kami tiba seawal jam 9.00 pagi melalui kawasan Pengkalan Kubur. Di sana, kami ditunggu oleh Ayah Wan yang telah mengatur segala jadual kami sepanjang di selatan Thailand. Kami memasuki Selatan Thailand dengan menyeberangi sungai menggunakan perkhidmatan bot yang telah disediakan.

*Ayah Wan sedang sibuk menyiapkan dokumen yang diperlukan untuk ke sana


*Dengan menyeberangi sungai pun dah sampai Thailand J


*Di atas bot yang membawa kami ke Selatan Thailand


*Saat tiba ke Thailand, melepasi pemeriksaan Imegresen

Di Thailand, waktunya lewat sejam daripada waktu di Malaysia. Setelah sampai ke Thailand, destinasi pertama kami adalah ke Rumah Anak-anak Yatim dan Miskin Darul Aitam Pattani yang kini dikenali sebagai Darul Barakah, Pattani. Rumah Anak Yatim Darul Aitam telah beroperasi hampir 30  tahun di kawasan seluas 200 hektar. Sebelum tiba ke sana, kami melalui tapak pembinaan rumah anak yatim yang berada dalam proses pembinaan.


*Tapak rumah anak yatim yang sedang dibina




*Tiba di Rumah Anak Yatim Darul Aitam


*Anak-anak yang telah menunggu kehadiran rombongan kami


Taklimat ringkas berkaitan dengan Rumah Anak Yatim Darul Aitam Pattani telah disampaikan oleh Ustaz Muhyiddin, salah seorang pengajar di sana dan juga merupakan anak kepada Ustazah Maryam atau lebih dikenali oleh warga Pattani sebagai Kak Yam yang merupakan pengasas kepada rumah anak yatim tersebut. Namun, Kak Yam tidak dapat bersama-sama dengan kami kerana sedang berada di Kelantan.

*Taklimat daripada Ustaz Muhyiddin

Ustaz Muhyiddin menerangkan serba sedikit tentang sejarah penubuhan Rumah Anak Yatim Darul Aitam, bagaimana mereka beroperasi, sistem yang digunakan dan aktiviti-aktiviti para pelajar di situ. Kami dimaklumkan bahawa anak-anak yang tinggal di situ keseluruhannya adalah pelajar perempuan, merupakan anak yatim dan mesti juga miskin dari sudut harta. Namun di situ mereka diajar untuk menjadi seorang pelajar yang kaya dari sudut ilmu agama dan kemahiran-kemahiran untuk menjadi seorang perempuan yang sejati.

Di situ, selain dari mempelajari ilmu akademik dan ilmu agama, mereka perlu menguasai kemahiran-kemahiran tertentu seperti kemahiran menjahit, memasak, menanam pokok, membuat baja dan sebagainya. Mereka juga telah mempunyai kemahiran membuat baja, membuat sabun cuci dan menjual air mineral keluaran mereka sendiri.

Anak-anak yang berjaya dalam ilmu akademik akan dihantar belajar di sekolah berasrama penuh di Malaysia dan seteruskan melanjutkan pelajaran ke Yaman dan universiti-universiti yang lain. Mereka diajar untuk berdikari dan sentiasa membantu rakan-rakan yang lain apabila telah menguasai sesuatu kemahiran yang telah diajar.


*Perkongsian daripada Ustazah Hazlina


Setelah selesai perkongsian ringkas daripada Ustazah Hazlina, kami dihiburkan dengan persembahan-persembahan daripada Anak-anak Yatim Darul Aitam. Mereka memperdengarkan bacaan Al-Quran dari Surah Ar-Rahman, melakukan persembahan nasyid dan ceramah ringkas.


*Alunan ayat suci Al-Quran dari salah seorang pelajar di Darul Aitam


*Persembahan nasyid yang sangat merdu

Seterusnya, pihak Darul Wardah menyampaikan sedikit sumbangan dan cenderahati kepada Rumah Anak Yatim Darul Aitam. Kami amat berharap ramai lagi pihak-pihak tertentu yang akan datang dan menyokong usaha mereka melahirkan anak-anak yatim yang cemerlang di dunia dan di akhirat.


*Rombongan Darul Wardah bersama dengan Ustaz Muhyiddin


*Bergambar bersama anak-anak yang tinggal di Darul Aitam


*Bergambar bersama suami Kak Yam yang bersama mengasaskan Darul Aitam


*tempat mereka menjalankan aktiviti bertani dan bercucuk tanam


*Kelas jahitan yang luas dan selesa untuk keperluan pelajar

* Nota jahitan 


*Menghasilkan sabun cuci dengan bahan-bahan tertentu dan dipasarkan kepada orang ramai sebagai slaah satu sumber ekonomi dan latuhan kepada pelajar


*Antara kelas untuk sesi pembelajaran


*Laluan yang sangat kreatif dan unik 


*Taman permainan untuk pelajar sekolah rendah dan tadika


*Mereka juga menanam pokok bunga dan tanaman herba


Bersambung…. J

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...