Wednesday, September 22, 2021

SELAMAT MENYAMBUT HARI MALAYSIA 2021

 16 September 2021 (Khamis)

Hari Malaysia yang disambut hari ini diharap menjadi wadah penyatuan rakyat dalam mengukuhkan perpaduan, menyemarakkan lagi semangat cintakan negara serta patriotisme dalam jiwa. Rakyat Malaysia di setiap pelusuk tanah air terus membuktikan kenapa tiada bumi yang lebih bertuah daripada bumi Malaysia. Selamat Hari Malaysia!

Sambutan Hari Malaysia di Darul Wardah diraikan secara sederhana dengan pelbagai pertandingan. Antaranya Spelling Bee, Uji Minda, Tarian, Nyanyian dan Masakan.Terdapat 4 kumpulan yang dipertandingkan iaitu Utara, Selatan, Barat dan Timur. Setiap kumpulan dibimbing oleh guru yang bertugas. Tahniah kepada semua peserta dan guru!

Pertandingan Tarian:
1) Tarian Zapin Johor
2) Tarian Canggung Perlis
3) Tarian Dikir Kelantar
4) Tarian Selangor

Pertandingan Masakan:
1) Utara - Laksa Kedah
2) Selatan - Mi Loka
3) Barat - Asam Pedas
4) Timur - Ketupat Sotong












LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...