Monday, October 11, 2021

PENGHARGAAN SUMBANGAN SYUKUR NIKMAT

 4 Oktober 2021 (Isnin)

Bismillahhirrahmannirrahim, Alhamdulillah tidak ada seorang manusia yang hidup di dunia ini Allah tinggalkan dia tanpa rezeki. Setiap manusia sudah ditetapkan untuknya rezeki sejak dari alam rahim. Jangan kata manusia, bahkan haiwan juga ada bahagian rezekinya.

Setiap manusia yang telah ditetapkan rezeki adalah berbeza mengikut keperluan. Janganlah kita merungut atau angkuh apabila menerima rezeki tersebut. Sebagai manusia, hendaklah kita yakin dan percaya bahawa rezeki Allah itu amatlah luas. Terima kasih kepada semua penyumbang yang budiman. Moga Allah merahmati kehidupan kalian dunia akhirat insyaAllah.












PROGRAM CSR BERSAMA TEAM JAMU MUTYARA

 30 September 2021 (Khamis)

"Dalam rezeki kita ada rezeki orang lain" inilah kata-kata yang diungkap oleh Puan Tya Ariffin dan Tuan Asyraf Khalid selaku founder Jamu Mutyara. Ringkasnya kita melihat ada dalam rezeki kita yang mungkin milik orang lain iaitu dengan diwajibkan membayar zakat kepada asnaf dan sunat sedekah jariah. Seharusnya adalah apabila kita membelanjakan barang atau membayar perkhidmatan yang mana adalah keperluan kepada insan lain. Allah menurunkan rezeki terus kepada hambaNya atau melalui orang lain.

Terima kasih atas kehadiran, kata-kata motivasi dan penyerahan sumbangan kepada pelatih. Semoga Allah murahkan rezeki kalian dan insyaAllah sumbangan itu akan dimanfaatkan sebaiknya.





KELAS PENGUKUHAN ALQURAN

 21 September 2021 (Selasa)

Kelas AlQuran dan tajwid adalah teras yang wajib dipelajari di Darul Wardah bagi pengisian rohanian pelatih. Kelas ini dibimbing oleh 4 orang ustaz  berbeza tahap, iaitu Ustaz Faizi, Ustaz Hakimi, Ustaz Qardhawi dan Ustaz Nasafi. Kelas mengaji ini dijalankan pada setiap hari bagi memperbetulkan bacaan pelatih dengan baik.

AlQuran dikatakan sebagai sebuah kitab mukjizat kerana makhluk tidak mampu untuk menghasilkan sebuah kitab semisal dengan AlQuran sekalipun terdapat gabungan dan kesepakatan antara seluruh manusia dan jin. Sudah tentu perkataan makhluk tidak akan menyamai dengan perkataan Yang Maha Pencipta (Rujuk Tafsir AlMaraghi, 8/4024)

AlQuran kitab yang nyata lagi mudah. Firman Allah Taala yang berrmaksud, " Maka sesungguhnya Kami memudahkan AlQuran dengan bahasamu (wahai Muhammad) moga-moga mereka mengambil pengajaran" (Surah AdDukhan:58)





LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...