Wednesday, October 13, 2021

PROGRAM ZIARAH DAN SANTUNI DARWA SAMA CAKNA

 10 Oktober 2021 (Ahad)

Kehidupan ini harus diteruskan. Jadilah kita manusia yang cekal menghadapi segala cabaran di alam ini. Tiada tempat yang kita boleh mengadu selain dari Allah Taala. Allah jualah tempat mengadu. Jadikanlah kerinduan dan kenangan masa silam sebagai satu kekuatan untuk mencapai kejayaan di masa hadapan. Janganlah kenangan lampau mengusik jiwa sentiasa menjadikan kita sentiasa pendang kebelakang. Merindui masa-masa lampau yang pasti tak akan kembali.

Ketika orang lain berjalan terlalu jauh ke hadapan, tiba-tiba kita masih berdiri di tempat yang sama dan berpatah balik ke garisan permulaan. Sedangkan garisan kemenangan di hadapan.





PIZZA JEPUN OKONOMIYAKI

 8 Oktober 2021 (Jumaat)

Alhamdulillah kali kedua pihak okonomi memberi sumbangan pizza kepada pelatih kami. Sedap, lazat dan lembut sekali. Pizza ini rasanya seakan-akan takoyaki cuma berbeza bentuk sahaja.

Okonomiyaki merupakan sejenis makanan ringan masyarakat Jepun yang juga dikenali sebagai Japanese Pizza diseluruh dunia. Okonomiyaki sangat terkenal di seluruh Jepun terutamanya dikawasan Kansai dan Hiroshima. Terima kasih Doki-doki Okonomi. Semoga dimurahkan rezeki kalian.




PROGRAM CSR BERSAMA RAMLY FOOD PROCESSING (RAMLY BURGER)

 6 Oktober 2021 (Rabu)

Kecil bagi anda, besar maknanya bagi kami...Dengan lafaz syukur alhamdulillah rezeki pelatih-pelatih darwa tidak pernah putus. Perkataan 'Alhamdulillah' disebut oleh AlQuran sebanyak 38 kali menggambarkan Allah Maha Layak Dipuji kerana zatNya, nikmatNya, rahmatNya dan panduan kehidupan yang diberikanNya. Ungkapan Alhamdulillah maksud puji dan puja kepada Allah Taala.

Ia adalah kata-kata indah hanya dikhususkan kepada Allah, Tuhan yang Maha Pemberi Rezeki, nikmat dan pujian kepada Allah yang menyediakan segalanya sertakan menciptakan alam ini untuk hambaNya.

Firman Allah, "Segala puji tertentu bagi Allah yang menciptakan langit dan bumi, dan menjadikan gelap dan terang; dalam pada itu, orang kafir menyamakan (sesuatu yang lain) dengan tuhan mereka." (Surah AlAn'am; 1)

Jutaan terima kasih kepada Team Ramly Burger






LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...