3 Disember 2015
Slot Bahagia Menjadi Gadis(BMG) Edisi cuti
sekolah telah selesai berlangsung. Kali ini, BMG telah berlangsung di Surau
Al-Fateh, Lorong Universiti, Jalan Kebun.
Alhamdulillah, pada kali ini, kami menerima
begitu banyak penyertaan bukan sahaja daripada para pelajar peringkat sekolah
menengah, tetapi juga daripada pelajar sekolah rendah. Nampaknya, sudah ramai
ibu bapa yang menyedari perlunya ilmu tentang pencegahan zina kepada anak-anak
perempuan mereka di saat terlalu banyak kes-kes berkaitan gejala zina, masalah sosial,
rogol, cabul, sumbang mahram dan sebagainya yang semakin meruncing di negara
kita.
*Sesi pendaftaran yang mula dibuka pada jam
8.00 pagi
Antara
pengisian sepanjang program diadakan ialah:
1)
Psikologi Remaja
2)
Mengenal Baligh
3)
Soft Skill – Asertif
4)
Terapi Spiritual
5)
Kisah benar daripada Penghuni Darul Wardah
*Tekun betul adik-adik ni.. semua aktif
belake J
Para peserta yang menyertai program ini bukan
sahaja didedahkan tentang bahaya zina malah mereka juga diberikan ayat hafalan
untuk dihafal dan kajian kes yang perlu difikir bersama penyelesaiannya.
Kemahiran Asertif untuk berani mengatakan tidak kepada sesuatu perkara negatif
juga turut dipraktikkan bersama.
*Sesi bersama Ustazah Hidayah sebelum
pembahagian kumpulan
*Ice breaking dalam kumpulan
*Sesi bersama Ustazah Hazlina
*Adik-adik yang sporting dan bersemangat.. J
*Perkongsian daripada peserta yang hadir
*Bergambar kenangan selepas program bersama
Ustazah Hazlina
Semoga program yang diadakan ini mampu
melahirkan generasi Rabbani yang bersama kami mampu berdakwah mengekang gejala
zina dan kemungkaran sekaligus bersama membaiki akkhlak ummah yang semakin
parah.
Moga Allah redha da nada sahamnya di akhirat
sana, insyaAllah J