Wednesday, January 6, 2016

EKSPEDISI DARUL WARDAH KE SELATAN THAILAND (FINAL)

Assalamualaikum w.b.t.
Alhamdulillah...

Akhirnya kami tiba jua ke destinasi utama kami iaitu di Rumah Anak Yatim Tanjung Patani. Di sana kami akan menganjurkan beberapa program untuk anak-anak yatim dan warga kampung. Beberapa aktivti dan program telah dirangka dan segala persiapan juga telah diatur oleh warga Nat Tanjung.


Ketika ketibaan kami, kami disambut dengan sangat meriah oleh warga setempat. Mereka sangat ramah menyapa dan meraikan kami seolah-olah saudara rapat yang sudah lama tidak bersua. Kami terus dihidangkan dengan makanan yang dimasak sendiri oleh kaum ibu di sana.



*Antara juadah yang menyambut kedatangan kami.. sangat sedap dan membuka selera J


Kemudian, pada waktu malamnya team Darul Wardah melakukan sedikit perbincangan berkenaan program yang akan di adakan keesokan harinya di Rumah Anak Yatim Tanjung tersebut. Antara yang hadir adalah Pengerusi dan para ahli jawatankuasa Rumah Anak Yatim Tanjung, tok imam, ketua kampung, penghulu dan Yang Berhormat juga turut hadir. Kami merasakan suasana tersebut jarang berlaku kerana semua pihak turut serta untuk bermesyuarat demi menjayakan program tersebut.


\
*Taklimat berkaitan Rumah Anak Yatim Tanjungyang disampaikan oleh pengerusi rumah anak yatim tersebut.


Berdasarkan maklumat yang telah diberi, program kami hanya boleh diadakan selepas jam 10.00 pagi kerana sudah menjadi kebiasaan warga Patani segala aktiviti harian bermula pada jam 10.00 pagi dan begitu juga dengan sesi persekolahan.

Pada keesokan harinya, kami dibawa ke rumah ketua kampung untuk menikmati sarapan pagi. Sudah menjadi kebiasaan masyarakat di sana, sarapan pagi merupakan hidangan yang agak berat kerana mereka bekerja berat di siang hari. Seluruh ahli keluarga ketua kampung sangat meraikan kehadiran kami ke rumah mereka.


*Juadah kebiasaan di Patani, nasi ulam


*Antara yang istimewa di Patani 


*Menikmati sarapan pagi yang sangat enak.. J


*Bangunan persekolahan untuk anak yatim di Nat Tanjung


Program kami bermula pada jam 10.00 pagi. Kami membahagikan team kami kepada dua kumpulan, kumpulan yang pertama menyanjurkan program untuk anak-anak yatim iaitu pertandingan mewarna dan melukis. Semua anak-anak yatim di situ sangat gembira dan terhibur sepanjang aktiviti tersebut diadakan.


*Anak-anak yatim yang tekun mengikuti aktiviti melukis dan mewarna


*Taklimat aktiviti yang disampaikan oleh Encik Azali, wakil dari Darul Wardah

Manakala untuk kaum ibu pula, Ustazah Hazlina telah mengadakan perkongsian bersama kaum ibu di sana dan kebanyakan daripada mereka merupakan ibu kepada anak-anak yatim di Nat Tanjung. Perkongsian yang disampaikan lebih kepada perkembangan anak-anak remaja dan bagaimana menjadi seorang ibu dan isteri yang hebat.


*Ustazah Hazlina yang bersemangat menyampaikan perkongsian


*Kaum ibu juga turut khusyuk mendengar perkongsian yang disampaikan


*Sesi penyampaikan hadian kepada pemenang pertandingan mewarna dan melukis


*Sesi penyampaian cenderahati kepada pengerusi Rumah Anak Yatim Tanjung


*Ustazah Hazlina menyampaian cenderahati dari Darul Wardah kepada wakil kaum ibu


*Sesi bergambar bersama beberapa orang kaum ibu yang turut hadir ke program yang  diadakan


*Team Darul Wardah bergambar kenangan dengan AJK Rumah Anak Yatim Tanjung


*Sebelum pulang, dijamu pula dengan gulai kawah oleh penduduk kampung

Terima kasih kepada semua warga Nat Tanjung Patani yang bekerjasama menyanjurkan program dan meraikan kehadiran kami.

InsyaAllah, kami akan berkunjung lagi ke sana membawa sumbangan yanng diperlukan. Sesiapa yang berminat boleh menghubungi kami atau akan kami war-warkan kemudian.

Sekian. J


LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...