Thursday, June 18, 2009

jangan tinggal bayi itu



Beberapa hari lepas tiba-tiba F muncul di DARWA. Tanpa salam dan izin belia menginap di Darwa layaknya seperti rumah sendiri.F merupakan bekas penghuni DARWA. F keluar selepas dua bulan bersama bayinya dirawat dan dijaga oleh pihak Darwa.

kepulangan F secara mengejut ke Darwa tanpa bayinya , hampir-hampir membuat kak wardah merasa tersirap. Jawapannya mudah" saya tinggalkan bayi tu dengan satu makcik, yang kerjanya mengasuh anak orang" ." Berapa lama tinggalkan bayi tu? " dah sebulan, sejak saya keluar". Selamba sahaja dia menjawab.

" abis tu, F jaga tak anak tu malam-malam "? " tak, memang saya tak mahu bayi tinggal dengan saya, jaga dia susah, asyik menangis saja, tak kuasa saye"

Ya Allah! berilah kami kesabaran!Lihat gambar diatas, palestenians cries 4 their babies!!

umat islam disini, sudahlah melakukan perbuatan terkutuk, mahu ditambahinya lagi dosa!

Ya Allah, kami mohon padaMu campakkanlah NUR pada kami semua.

Ya Allah!kuatkan semangat, tekad, dan jihad kami dalam kerja dakwah ini.

Ya Rabb! Anta sami'u al dua'.

Monday, June 15, 2009

kita manusia



penghuni Darwa datang dan pergi bersilih ganti. Semalam selepas selamat melahirkan bayi, akhirnya L keluar diambil ahli keluarganya.

Sebak juga rasa di hati. Walaupun dalam masa mendidik dan menjaga mereka, rasanya tidak terlayan kerenah-kerenah yang mereka lakukan.

Itulah pengalaman yang tidak ternilai. Tiga empat tahun teori di menara gading tak kan sama dengan dua tiga bulan Di darwa. tHIS IS SCHOOL OF LIFE beb !

Sebagai manusia, kita tidak terlepas dengan perasaan marah, geram, kecewa dengan sikap dan ragam mereka. Namun apabila saatnya berpisah, Ya! jauh disudut hati terasa pilu.

Hanya satu pesan! Solat taubat , jadikan amalan harian.Semoga kita bertemu dilain kali dalam kondisi yang lebih menyenangkan dan jauh lebih baik dari hari-hari yang dilalui semalam.

Kelahiran



Akhirnya seorang lagi bayi lahir ke dunia. teringat Hadis Rasulullah SAW yang bermaksud:

" setiap anak dilahirkan dalam keadaan suci( fitrah ), maka kedua ibu bapanya lah yang mencorakkannnya, sama ada menjadi seorang majusi, seorang nasrani atau seorang Yahudi"

Cukuplah dengan dosa sang ibu, melanggar perintah Allah ! Didik dan peliharalah anak supaya tidak mengulangi perbuatan yang sama.

Doakan supaya anak yang lahir itu menjadi mukmin Muttaqi.

Thursday, June 4, 2009

jumble sale!

Alhamdulillah,projek jumble sale telah berjalan. Petugas-petugas yang komited, termasuk prof kita begitu bersemangat menjual.

Tahniah dan syabas kepada semua.Duit hasil jualan mampu menampung penghuni untuk membuat pemeriksaan di hospital.

Teruskan perjuangan walaupun leyih !

Monday, May 25, 2009

Kes -kes Mutakhir

Akhir-akhir ini pihak Darwa banyak sekali menerima pertanyaan untuk menjadi penghuni baru DARWA.

Setiap hari paling kurang, 2 atau 3 panggilan tentang kehamilan luar nikah. Kebanyakkannya melibatkan remaja.Inilah petanda dunia akhir zaman.Zina berleluasa dan melata. Yang diberi amanah saling bercakaran dan berebut kuasa hanya untuk perut mereka.

Wallahua'lam.

BERSAMA DALAM MENANGANI ISU AGAMA

Merujuk kepada kes Muhammad Ridzuan Abdullah atau Pathmanathan a/l Krishnan dan Indira Ghandi dalam isu penjagaan tiga orang anak mereka yang berlangsung di Mahkamah Tinggi Ipoh pada hari Selasa bersamaan 5hb Mei 2009, Penulis ingin memberi beberapa pandangan yang mungkin mampu membawa pulangan yang lumayan kepada Islam itu sendiri. Secara peribadi, apabila penulis yang hadir melihat suasana dan berbual dengan barisan peguam muda yang mewakili Pertubuhan-Pertubuhan Pembela Islam (PEMBELA) banyak sekali yang masyarakat Islam perlu tahu realiti yang sebenarnya.

Sebenarnya, alangkah hebatnya sokongan padu yang diterima oleh Indira Ghandi daripada keluarga, sahabat handai yang berlainan bangsa termasuk dua orang tokoh politik Democratic Action Party (DAP) iaitu Yang Berhormat Kulasegaran dan Sivanesan yang begitu komited dari awal pagi sehingga petang berada bersama-sama mengikuti perjalanan kes. Dalam hal ini semua pihak menyokong keputusan yang menetapkan anak-anak kekal menganut agama asal ibu bapa masing-masing walaupun ibu atau bapa mereka kemudiannya memeluk agama lain. Dalam perbezaan aliran politik, parti politik DAP, Malaysia Chinese Association (MCA), Malaysian Indian Congress (MIC), dan GERAKAN dan mungkin banyak lagi nampaknya bersama bersepakat dalam isu ini. Nampaknya tidak timbul musuh politik di kalangan mereka. Malah ada beberapa pemimpin utama dari parti berkenaan yang telah pun membuat kenyataan akhbar. Disinilah penulis ingin membangkitkan persoalan penting yang menyangkut isu perpaduan umat.

Pertama, alangkah baiknya sekiranya semua pihak sama ada badan bukan kerajaan atau NGO Islam yang ada turun padang memberi sokongan moral kepada barisan Peguam muda PEMBELA yang mencurah keringat tanpa bayaran yang tinggi. Meraka khabarnya menggunakan kekuatan kewangan sendiri yang agak terhad. Malah yang lebih penting sekali adalah kehadiran tokoh-tokoh politik setempat yang beragama Islam dari United Malays National Organizatian (UMNO), Parti Islam Semalaysia (PAS) dan Parti Keadilan Rakyat (PKR) untuk turun sama membawa panji-panji agama Islam itu sendiri. Tunjukkan kita tidak ada kompromi dalam mempertahankan Islam. Inilah masa yang sangat baik untuk mengangkat kekuatan Islam dan mewujudkan kebersamaan yang tidak berbelah bahagi untuk Islam. Tiada siapa pun yang rugi yang pasti Islam akan mendapat untung. Perbezaan dari sudut pendekatan ideologi dan pengaruh politik parti yang terasnya Melayu dan Islam sepatutnya tidak menghalang untuk bersama dalam hal yang bersangkut dalam hal agama Islam itu sendiri.

Kedua, untuk maklumat semua pihak, barisan peguam muda PEMBELA ini sedikit rasa kecewa yang bukan sahaja dalam hal kuantiti kehadiran sokongan yang kurang, tetapi semacam masyarakat Islam tidak ambil peduli dengan isu yang sensitif dengan agama Islam itu sendiri. Untuk maklumat semua pihak, isu ini hangat dimainkan oleh akhbar arus perdana masyarakat Cina dan India. Dengan itu penulis mewakili Agkatan Belia Islam Malaysia (ABIM) Cawangan Perak ingin menyeru agar semua pihak ambil peduli dan tunjukkan sokongan yang kuat untuk kes yang disambung pada hari Selasa bersamaan pada tarikh 12hb Mei 2009. Sebagai seorang mukmin kita yakin dengan ketentuan ilahi dan apa yang berlaku sebenarnya tersembunyi hikmah yang besar, yang hanya Allah sahaja yang Maha Mengetahuinya.

Dipetik dari www.pot36.blogspot.com

Islam masih berevolusi ???


Baru beberapa hari lepas kak Wardah menerima panggilan dari tuan Insiyur R. IR R yang juga merupakan ahli pidato hebat bertanyakan apakah ada kekeosongan tempat di DARWA?

Kesnya seorang lelaki Pakistan yang mengahwini seorang wanita Cina yang telah memeluk agama islam dan mempunyai seorang anak.
Kesan kegawatan ekonomi menyebabkan mereka tidak mampu membayar rumah sewa. Suami sanggup tidur di masjid-masjid dan surau.

Bagaimana dengan anak dan isteri. setelah berminggu mencari pertolongan kesana dan kesini akhirnya hampa.Seelah kehabisan ikhtiar isteri yang asalnya akhirnya isteri berteduh disebuah gereja di Johor baru bersama anaknya.

terkesima! pelbagai perasaan berbaur menjadi satu ! Telahan kak Wardah mungkin kewarganegaraan mereka menyukarkan mereka mendapt pertolongan.

Ah ! Dimanakan letaknya ayat "sesungguhnya orang-orang beriman bersaudara", tidak mengenali warna kulit, ras, dan bangsa. hakikatnya ia masih dalam ruang lingkup geografi dan asabiyyah yang berterusan.....

Jangan Persiakan amanah


DARWA menerima penghuni baru .Seorang wanita , India muslim dalam lingkungan umur akhir 20 an bersama seorang anak lelaki berusia dua tahun.

Bagaikan mengulangi kes Puan F yang telah berjaya diselesaikan kesnya oleh Darwa.Puan N keluar dari rumah setelah dipukul oleh suaminya .Suaminya seorang India yang baru memeluk agama Islam.

keadaan ekonomi yang tenat ,menyebabkan si suami masih tinggal bersama ibu bapa dan adik beradik yang masih beragama asal anutannya sebelum ini.

Acapkali bila menantu yang tidak seagama tinggal serumah dengan mertua dan ipar duai mengalami ketegangan dan ketidakharmonian dalam keluarga. Mungkin tertekan dengan situasi yang tidak menyenangkan menyebabkab suami melepaskan barannya.

hasilnya lebam teruk jelas kelihatan pada lengan puan N. Penangan sebatan tali pinggang dan wayar extentation.perebutan cucu antara nenek dan ibu akan menjadi duri yang sangat menyakitkan.

Dengan pengisytiharan kabinet mengenai hak penjagaan anak-anak pasangan yang memeluk islam, tentu sekali proses perundangan bukan cara terbaik menangani kemelut ini.

Berpandukan kes Puan F, perundingan adalah cara terbaik untuk mengatasi kebuntuan.
persoalannya dimanakah agensi-agensi yang diamanahkan untuk menangani persoalan seperti ini!

Tolonglah ! jangan persiakan amanah dan tuntutan agama! Cukuplah dengan birokrasi dan kerenah yang memenatkan! Jangan marah apabila ramai yang memeluk islam , ramai juga yang memohon untuk keluar dari islam....!

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...