Thursday, June 18, 2009
jangan tinggal bayi itu
Beberapa hari lepas tiba-tiba F muncul di DARWA. Tanpa salam dan izin belia menginap di Darwa layaknya seperti rumah sendiri.F merupakan bekas penghuni DARWA. F keluar selepas dua bulan bersama bayinya dirawat dan dijaga oleh pihak Darwa.
kepulangan F secara mengejut ke Darwa tanpa bayinya , hampir-hampir membuat kak wardah merasa tersirap. Jawapannya mudah" saya tinggalkan bayi tu dengan satu makcik, yang kerjanya mengasuh anak orang" ." Berapa lama tinggalkan bayi tu? " dah sebulan, sejak saya keluar". Selamba sahaja dia menjawab.
" abis tu, F jaga tak anak tu malam-malam "? " tak, memang saya tak mahu bayi tinggal dengan saya, jaga dia susah, asyik menangis saja, tak kuasa saye"
Ya Allah! berilah kami kesabaran!Lihat gambar diatas, palestenians cries 4 their babies!!
umat islam disini, sudahlah melakukan perbuatan terkutuk, mahu ditambahinya lagi dosa!
Ya Allah, kami mohon padaMu campakkanlah NUR pada kami semua.
Ya Allah!kuatkan semangat, tekad, dan jihad kami dalam kerja dakwah ini.
Ya Rabb! Anta sami'u al dua'.
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
4 comments:
Jangan tinggal bayi tu pada orang yang tak boleh harap...kena tengok akhlak dan imannya. Jangan nanti mereka mengulangi dosa ibubapa yang berzina.Jangan ada yang nak jual,sudahlah..
kadang-kadang memang timbul dalam benak perasaan kenapa orang yang tak kawin lagi mudah je untuk nak dapat anak. and semudah tu juga dia tinggalkan pada orang lain. and ada juga yang tergamak buang / bunuh baby tu.
kiter yang memang betul2 nak anak and berusaha untuk dapatkan anak masih belum dikurniakan rezeki...
F : ibu muda berjiwa remaja, tidak hairanlah perlakuannya tidak seperti ibu-ibu lain yang punya jiwa ibu
moga kepulangan kak N ke pangkuan suami,disinari cahaya kebenaran dan dijauhi kegelapan yg menyesatkn...Ya Allah bantulah mereka mencari kebahagiaan di jalanMu...ameen
Post a Comment